Porsche Pamer Panamera Edisi Platinium
![]()
Gabungan ciri reka bentuk Satin Gloss Platinum yang halus dengan senarai peralatan standard, Porsche akhirnya menayangkan Panamera Edisi Platinum baru-baru ini.
Buat permulaan, para pelanggan berpeluang menikmati sebahagian besar manfaat menerusi pakej standard yang ditawarkan untuk Edisi Platinum.

Antaranya, suspensi udara adaptif dengan Pengurusan Suspensi Aktif Porsche (PASM) dan lampu utama matriks LED yang dipadankan dengan Sistem Lampu Dinamik Porsche Plus (PDLS Plus).
Dari segi kemudahan pula, cermin luarannya dilengkapi dengan pemalap cahaya, bumbung panoramik dan Bantuan Parkir dengan kamera undur.

Sementara itu, dari nilai estetiknya pula, jentera ini didatangkan dengan tayar rekaan eksklusif bersaiz 21 inci, ekzos sport hitam, trim sisi tingkap berwarna hitam kilat dan lampu belakang tampil yang kelihatan agak eksklusif.
Bagi model hibrid pula, pengecas AC didatangkan dengan tambahan kuasa pengecasan 7.2kW.
Bagaimanapun, Edisi Platinum boleh dikenal pasti dari luaran memandangkan ia hadir dengan cat eksklusif, trim saluran udara terdapat di hadapan roda, logo Porsche dan logo e-Hybrid di bahagian sisi model hibrid.

Bagi yang lebih gemar dengan penampilan asli, ia juga menyediakan pilihan rim aloi gaya Panamera bersaiz 20 inci.
Perincian ini diteruskan ke bahagian dalaman. Roda stereng GT sports dipadankan dengan pakej dalaman aluminium, manakala sil pintunya pula dihiasi dengan logo edisi Platinium selain terdapat logo Porsche di bahagian penyandar kepala.

Menyentuh mengenai teknologinya pula, ia didatangkan dengan stereng berkuasa elektrik, Bantuan Tukar Lorong, cermin privasi, pintu jenis soft close dan sistem bunyi Bose.

Malah, kerusi hadapan elektrik boleh laras dalam 14 arah, terdapat pakej memori dan kerusinya pula dilengkapi dengan fungsi pemanas.
Untuk makluman anda, kesemua model Edisi Platinum dilengkapi dengan jam analog di bahagian papan pemuka.

Di Eropah, peralatan premium terdapat untuk model Sport Turismo, manakala di China pula, rangkaian itu diperluaskan memandangkan model Executive didatangkan dengan jarak roda yang dilanjutkan.
Buat masa ini, Edisi Platinum hanya terdapat untuk Panamera 4 dan Panamera 4 E-Hybrid.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5259
SELANGOR
BSN7647
JOHOR
JYU1425
PULAU PINANG
PSB1341
PERAK
APG3907
PAHANG
CFG592
KEDAH
KGF706
NEGERI SEMBILAN
NEJ9259
KOTA KINABALU
SJR1926
KUCHING
QAB4975N
Terakhir Kemas Kini 05 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Generasi Seterus Porsche 718 Hadir Dalam Versi ICE Selain Elektrik
Porsche 718 akan hadir dalam versi ICE.
15-12-2025
Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang
Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.
21-11-2025
Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta
Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.
29-09-2025
Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik
Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.
12-08-2025
Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche
Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!
17-07-2025
Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025
Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.
11-07-2025
Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!
Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.
07-07-2025
JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti
Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.
24-06-2025
Berita Terkini
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
RON95 Terendah Di Dunia
Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.
03-04-2026
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
