- Berita
- Berita Auto
- [DIKEMASKINI] Ini 20 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?
[DIKEMASKINI] Ini 20 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?

Persaingan antara Toyota Veloz dan Perodua Alza boleh dikatakan cukup sengit. Toyota Veloz baru sahaja dilancarkan semalam dengan satu varian ditawarkan pada harga RM95,000 dan Perodua Alza pula ditawarkan dalam tiga varian dengan varian AV sebagai varian tertinggi berharga RM75,500, kurang hampir RM20,000 daripada Veloz.
Mana lebih berbaloi untuk dibeli? Betulkah yang mahal lebih baik? Apa kurangnya Alza? Apa lebihnya Veloz?
Itu persoalan yang terlintas dalam fikiran ramai orang. Jika dipandang dengan ‘mata kasar’ kelihatan hampir serupa. Tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam, banyak sebenarnya perbezaan antara kedua-dua model ini.
Peringatan: Perbandingan dibuat dengan Perodua Alza varian AV dan sesetengahnya ciri GearUp Alza (akan dinyatakan).
Baca: Toyota Veloz Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Harga RM95K
Baca: Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik
PERBANDINGAN KUASA KERETA TOYOTA VELOZ VS PERODUA ALZA
#1 Enjin
Perodua Alza dan Toyota Veloz kedua-duanya dihasilkan berasaskan platform DNGA dan menggunakan enjin sama, enjin Dual VVT-i 1.5L. Output maksimum dua model ini juga sama iaitu 105hp/138Nm. Kadar penggunaan bahan api Alza ialah 22.0KM/L dengan sistem Eco idle.

Atas: Enjin Perodua Alza 2022

Atas: Enjiin Toyota Veloz 2022
Veloz berkemungkinan besar memiliki kadar penggunaan bahan api yang lebih tinggi kerana beratnya yang lebih tinggi dan penggunaan saiz roda yang lebih besar.
Perbezaan berat:-
Alza AV: 1170 kg
Veloz: 1185 kg
Perbezaan saiz roda:-
Alza AV: Rim aloi 16 inci dengan tayar 195/60 R16
Veloz: Rim aloi 17 inci dengan tayar 205/50 R17
#2 Mod Pemanduan

Atas: Mod pemanduan boleh dikawal melalui butang Drive di sebelah kanan stereng Alza

Atas: Mod pemanduan yang dipaparkan pada kluster instrumen Veloz
Alza menawarkan pilihan mod pemanduan Normal, Eco dan Power. Ini juga terdapat pada Veloz.
PERBANDINGAN LUARAN TOYOTA VELOZ VS PERODUA ALZA
#3 Dimensi

Atas: Dimensi Alza AV

Atas: Dimensi Veloz
Veloz ternyata lebih besar dengan kepanjangan 4,475 mm (lebih 50 mm daripada Alza) dan berkelebaran 1,750 mm (lebih 20 mm berbanding Alza).
#4 Gril Hadapan
Alza

Alza menggunakan gril yang berbentuk seperti mangkuk atau kembang di atas. Corak grilnya berbentuk L.
Veloz

Veloz tampil dengan gril berbentuk heksagon yang ‘kembang’ di bawah dengan corak gril berbentuk Y.
Baca: [FOTO] Toyota Veloz 2022: Imej Luar Dan Dalam Kereta, Harga Dianggarkan Dari RM95K
#5 Lampu Depan
Kedua-duanya menggunakan lampu signal jenis sequential, tetapi kedudukan lampu nyalaan siang (DRL) adalah berbeza.
Alza

Dengan aksesori GearUp melalui pakej badan Prime, lampu DRL Alza terletak pada sudut tepi bampar depan.
Veloz

Lampu nyalaan siang Veloz terletak di bahagian bawah lampu depan.
#6 Jarak Kelegaan Tanah
Alza

Perodua varian AV memiliki jarak kelegaan tanah 160 mm. Dengan jarak yang tidak terlalu tinggi dari tanah, memudahkan kanak-kanak atau warga tua memasuki atau keluar daripada kereta.
Veloz

Veloz yang bakal dipasarkan di Malaysia memiliki jarak kelegaan tanah sebanyak 190 mm jika dikira sehingga paras sistem suspensi atau 205 mm sehingga ke bahagian tengah peredam ekzos (exhaust muffler). Menurut Toyota, dengan jarak kelegaan seluas ini, pengguna tidak perlu risau memikirkan barangan yang dibawa semasa melalui jalan yang berlubang atau berbonggol-bonggol (mengurangkan impak kepada ruang dalam kereta).
#7 Roda
Alza

Alza menggunakan roda aloi bersaiz 16 inci. Sesuai dengan badan kereta yang lebih rendah berbanding Veloz.
Veloz

Veloz menggunakan roda aloi yang lebih besar, iaitu 17 inci.
#8 Rel Bumbung


Rel bumbung hanya terdapat pada Toyota Veloz (biru), tiada pada Alza
#9 Bahagian Belakang
Alza

Logo Alza dapat dilihat diletakkan pada sudut bawah bahagian tepi pintu but kereta. Sementara itu lampu belakang kereta dilihat tidak bersambung antara satu sama lain.
Veloz

Logo Veloz terletak di bahagian tengah pintu but iaitu antara nombor plat kereta dan logo Toyota. Lampu belakangnya pula dilihat berhubung antara satu sama lain (hanya dipisahkan oleh logo Toyota).
#10 Warna
Dari segi warna, Alza 2022 tidak ditawarkan dalam warna biru. Sementara Toyota Veloz pula tidak ditawarkan dalam warna coklat. Senarai warna kedua-dua model ini dikongsikan di bawah.
Alza

Senarai warna Perodua Alza 2022:
Ivory White (putih)
Glittering Silver (perak)
Garnet Red (merah)
Elegant Black (hitam)
Vintage Brown (coklat)
Veloz

Senarai warna Toyota Veloz 2022:
White (putih)
Metallic Bluish Black (hitam kebiruan metalik)
Red Metallic (metalik merah)
Metalik Silver with Black Roof (perak metalik dengan bumbung hitam)
Blue Metallic with Black Roof (biru metalik dengan bumbung hitam)
#11 Lampu Suluhan Kaki

Toyota Veloz terdapat ciri yang tiada pada Alza lampu suluhan kaki supaya penumpang dapat melihat keadaan lantai sebelum memijak keluar. Lampu sama akan menyala apabila pintu kereta dibuka menggunakan remote.
PERBANDINGAN KABIN TOYOTA VELOZ VS PERODUA ALZA
#12 Papan Pemuka (Dashboard)
Alza

Alza AV hadir dengan papan pemuka dua tona iaitu dengan gabungan warna merah gelap yang kontra daripada seluruh kabin. Warna merah ini dapat dilihat pada bahagian tengah papan pemuka dan bersambung kepada sebahagian pintu.
Veloz

Veloz juga tampil menyerlah dengan papan pemuka dua tona, tetapi dengan gabungan warna kelabu cerah. Warna in juga dapat dilihat pada sebahagian sudut pintu.
#13 Tempat Duduk
Alza

Varian AV hadir dengan tempat duduk balutan separa kulit dalam dua tona (sama seperti gabungan warna papan pemuka).
Veloz

Veloz juga menggunakan tempat duduk balutan separa kulit.
#14 Sistem Infotainmen
Alza

Alza menggunakan sistem infotainmen bersaiz 9 inci, dengan kemampuan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay menggunakan wayar.
Veloz

Veloz menggunakan sistem infotainmen bersaiz 9 inci sama seperti Alza. Selain itu, sistem ini juga boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa memerlukan wayar atau dengan wayar.
#15 Kluster Instrumen

Kedua-dua model menggunakan kluster instrumen digital bersaiz 7 inci.
#16 Penyejuk Udara (AC) & Kawalan Iklim
Kedua-duanya memiliki panel kawalan AC digital zon tunggal. Namun dengan sedikit perbezaan.
Alza

Panel Alza adalah serupa dengan yang terdapat pada Ativa, tidak memiliki fungsi kawalan iklim auto, tetapi terdapat dua tetapan memori.
Veloz

Pada panel Toyota terdapat dua tombol bulat dan satu fungsi automatik untuk mengawal penyejuk udara. Terdapat sistem penyejuk udara automatik

Penyejuk udara belakang Perodua Veloz dan Alza adalah sama (Foto diambil daripada Veloz)
#17 Stereng
Alza

Kecondongan (tilt) stereng Alza boleh dilaraskan
Veloz

Stereng Veloz boleh dilaraskan secara teleskopik (pelarasan stereng lebih fleksibel)
#18 Ruang Kargo

Ruang kargo yang luas (Foto diambil daripada Veloz)
Kapasiti ruang kargo Alza dan Veloz adalah sama iaitu 498L dengan tempat duduk barisan ketiga dilipat.
Tetapi dengan adanya rel bumbung pada Veloz, menawarkan model ini ruang kargo lebih (beban maksimum rel ini ialah 75 kg).
#19 Pengecas Tanpa Wayar

#20 Pencahayaan Ambien
Veloz memiliki cahaya ambien biru pada bahagian pintu dan konsol tengah
MANA LAGI BERBALOI? TOYOTA VELOZ ATAU PERODUA ALZA?
Berdasarkan perbandingan yang dikongsikan, dan perbezaan harga kira-kira RM20K, mana satu menjadi pilihan anda? Berbaloikah bayar lebih untuk Toyota Veloz, atau Perodua Alza AV sudah cukup sempurna? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Rujukan: Risalah Toyota Veloz
Baca: Toyota Veloz Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Harga RM95K
Baca: Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQH9018
SELANGOR
BSL7421
JOHOR
JYP9074
PULAU PINANG
PRX7355
PERAK
APE3325
PAHANG
CFE8229
KEDAH
KGD8845
NEGERI SEMBILAN
NEJ3053
KOTA KINABALU
SJP7645
KUCHING
QAB456N
Terakhir Kemas Kini 20 Jan, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.52
-0.02
RON 97
RM 3.08
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.84
-0.05
EURO 5 B7
RM 3.04
-0.05
Terakhir Kemas Kini 15 Jan, 2026
Berita Berkaitan
Perodua Alza AV 2022, Review Pandu Uji | MPV serba moden yang mesra pengguna dengan hanya RM75,500.
Perodua Alza 2022 telah dilancarkan di Malaysia! Sebanyak tiga varian ditawarkan iaitu X, H dan AV. So... MPV segmen-B tujuh tempat duduk ni Alza 2022 Lebih Luas, Lebih Canggih, Harga Pun Boleh Tahan!
02-02-2023
Toyota Veloz Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Harga RM95K
UMW Toyota Motor telah mempertontonkan crossover Toyota Veloz serba baharu untuk tatapan media tempatan sebentar tadi.
18-10-2022
Toyota Dan Perodua Miliki Tunggakan Tempahan Tinggi
UMWT dan PERODUA miliki jumlah tempahan tertunggak yang tinggi.
16-08-2022
Pemilik Pertama Perodua Alza 2022 Tular Di Sosial Media
Pemilik pertama Perodua Alza 2022 curi perhatian netizen.
25-07-2022
Perodua Alza 2022 Telah Dilancarkan, Harga Dari RM62K, Ini Spesifikasinya
Pelancaran Perodua Alza 2022, ini maklumat terperinci mengenai harga dan spesifikasi kereta.
20-07-2022
Perhatian! Alza Baharu Sudah Boleh Ditempah Sekarang!
Perodua secara rasmi membuka tempahan untuk Perodua Alza baharu.
23-06-2022
Perodua Dedah Teaser Alza D27A, Bakal Muncul Tidak Lama Lagi!
Gambar teaser sebahagian kereta yang sengaja digelapkan, terpampang di Facebook rasmi, Perodua.
16-06-2022
Jangan Bimbang, UMW Toyota Jamin Ketelusan
Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memberi menjamin kepada para pelanggannya bahawa pihaknya cukup komited untuk meneruskan pengurusan dengan telus.
22-12-2023
Berita Terkini
Pusat Pameran Lee Motors Sudah Berpindah
BMW Group Malaysia mengumumkan pusat pameran Lee Motors kini dipindahkan ke Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.
19-01-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Ditayangkan di Karnival Musim Bunga Tahun Baru Cina 2026
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh pengeluar kereta nasional PROTON, mempamerkan Proton e.MAS 7 PHEV yang akan dilancarkan tidak lama lagi menerusi Karnival Musim Bunga Tahun Baru Cina (CNY) bersama Mango Media.
19-01-2026
DUKE: SUV Terbakar, Nahas Babit 3 Kenderaan
Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya DUKE dari arah Duta menghala ke Ampang, di sini, hari ini.
19-01-2026
Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung
Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.
19-01-2026
Dua Kanak-Kanak Antara 3 Maut Nahas 2 Kenderaan, Sebuah Kereta Terbakar
Tiga individu termasuk dua kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Sungai Kob di sini pada petang semalam.
19-01-2026
Tular: Beli 15 Trak Pikap Secara Tunai
Seorang pengusaha ladang kelapa sawit di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila membeli 15 buah trak pikap secara tunai pada harga 7.5 bilion rupiah (RM1.8 juta).
18-01-2026
Isi Petrol Berulang, Rupanya..
Tindakan dua beradik wanita melakukan pengisian minyak petrol secara berulang akhirnya membawa padah.
17-01-2026
Raba Punggung Wanita, Lelaki Diburu Polis
Seorang wanita terkejut apabila diraba punggungnya oleh lelaki berjambang yang memakai pelitup muka ketika berada di dalam gerabak transit aliran ringan (LRT) Kerinchi, Kuala Lumpur.
17-01-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat