Ikuti Langkah Syarikat Supercar Lain, McLaren Juga Bakal Bangunkan SUV?

SUV elektrik yang pernah didedahkan McLaren pada November 2021, Extreme E, model ini direka khas untuk digunakan dalam perlumbaan off-road
Selepas Lamborghini, Aston Martin dan Ferrari, kini pengeluar supercar British, McLaren pula akan mengeluarkan sebuah SUV. Yang menariknya, model ini bakal dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya.

Dalam satu temu ramah bersama media UK, Car, Ketua Pegawai Operasi baharu McLaren Automotive, Michael Leiters berkata, syarikat tidak akan menghasilkan supercar elektrik menggunakan bateri litium-ion yang terdapat sekarang memandangkan ia akan memberatkan badan kereta dan memberi kesan kepada kualiti pengendalian sebuah supercar. Namun penggunaan bateri tidak menjadi satu isu bagi kereta SUV atau limusin.

“Saya boleh [melakukannya] namun nanti ia akan menjadi satu produk yang tidak begitu menarik kerana terlalu berat. Tetapi tidak mustahil untuk mencapai kelajuan [tinggi] dengan kereta berkuasa bateri: anda boleh mendapatkan limusin atau sebuah SUV dengan kuasa 1000 kW.”

Leiters turut menekankan bahawa perisian merupakan satu perkara penting yang perlu diberikan perhatian dalam penghasilan sebuah kenderaan elektrik (EV).

“Dengan sebuah EV, penting untuk [menghasilkan] kereta dengan ciri ketersambungan serta sistem kawalan yang baik supaya [pengguna] dapat memanfaatkan semua potensi yang ditawarkan oleh motor elektrik.”
Walaupun Leiters tidak menyebut secara jelas sekiranya McLaren sedang membangunkan SUV, tetapi rata-rata media melaporkan inilah yang dimaksudkan CEO McLaren tersebut apabila dia menyebut “sebuah kereta untuk kegunaan keluarga.”
Ini diperkukuhkan lagi oleh latarbelakang beliau yang sebelum ini pernah terbabit dalam pembangunan SUV Purosangue sebagai projek terakhir di Ferrari dan SUV Cayenne semasa di Porsche.
Sekiranya benar McLaren bakal mengeluarkan SUV sepertimana pengeluar supercar yang lain, ini sememangnya satu langkah yang bijak memandangkan McLaren sebenarnya sedang berhadapan dengan kemelut kewangan.
Lamborghini misalnya, berjaya menjadikan SUV Urus sebagai model terlaris syarikat dengan jualan mencecah 20,000 unit sejak tahun 2018.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Baru Seminggu Guna, McLaren P1 Hanyut Dibawa Banjir
Baca: Kereta Hibrid Lamborghini Akan Guna E-Bahan Api Selepas Tahun 2030?
Baca: "Henti Import Lamborghini" – Arahan MITI
Baca: YouTuber 15 Tahun Miliki Puluhan Kereta Mewah Tetapi Tidak Boleh Memandu
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat