Teruk Ke Kualiti Jalan Di Malaysia?

Tahukah anda, Malaysia menduduki tempat ke-12 daripada 59 negara kerana memiliki kualiti jalan raya terburuk di dunia.
Data itu dikeluarkan oleh firma pendidikan pemandu, Zutobi yang menjalankan kajian bertajuk ‘Worst and Best Roads-US and International Ranking’.
Kedudukan carta yang didedahkan dilihat agak mendukacitakan.
Apa tidaknya, kualiti jalan raya di Malaysia dikatakan menurun lebih 5 peratus dalam tempoh lima tahun lalu
Malah, jumlah kematian jalan raya pula antara kedua tertinggi dunia, 22.76 bagi setiap 100,000 orang.
Selain Malaysia, beberapa negara turut disenarai sebagai negara yang mempunyai jalan raya terburuk dunia, antaranya:
• Kuwait
• Costa Rica
• Georgia
• Panama
• New Zealand
Malah, Malaysia menerima skor keselamatan keseluruhan 3.32 daripada 10 berdasarkan empat faktor iaitu kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya, dan saiz relatif rangkaian jalan raya.
Sebaliknya, negara jiran kita, Singapura mencipta sejarah apabila ia merupakan negara yang merekodkan skor keseluruhan tertinggi kualiti jalan raya iaitu 9.44 daripada 10.
Fuh, tahniah Singapura!

Maka, tidak hairanlah kenapa Singapura merekodkan kadar kematian jalan raya paling sedikit iaitu 1.69 bagi setiap 100,000.
Apapun, Malaysia mempunyai bilangan kematian jalan raya paling rendah berkaitan alkohol iaitu hanya 0.1 peratus,.
Cuma di sebalik laporan ini, mungkin kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk membersihkan negara daripada menjadi negara yang mempunyai jalan raya yang terburuk di mata dunia!
Apa pendapat anda?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Gara-Gara Nahas Jalan Berlubang, Pemuda Ini Cacat Kekal, Mujur Dapat Pampasan
Seorang penggguna jalan raya menerima pampasan sebanyak RM652,000 selepas menang kes saman apabila kaki kirinya putus akibat terjatuh ke dalam lubang.
17-11-2022
Berita Terkini
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
