ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Veloz Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Harga RM95K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



UMW Toyota Motor telah melancarkan crossover Toyota Veloz serba baharu sebentar tadi. Model dipasang tempatan (CKD) ini ditawarkan dalam satu varian yang serba lengkap dengan pelbagai ciri premium. Ia ditawarkan pada harga RM95,000, atas jalan tanpa insurans.


KUASA & PRESTASI



Veloz serba baharu menggunakan enjin 4 silinder 16 injap DOHC aluminium penuh 1.5L 2N-VE dengan suntikan bahan api elektronik (EFI). Ia ditampilkan dengan teknologi Dual VVT-i. 


Menurut Toyota, Dual VVT-i yang digunakan kali ini merupakan versi yang diperbaik daripada sistem asal VVT-i dibangunkan Toyota sebelum ini. Teknologi yang terbaharu ini memberikan kereta prestasi lebih baik dan penjimatan minyak yang lebih tinggi. 


Kuasa disalurkan kepada tayar hadapan melalui transmisi CVT yang turut membantu menjimatkan penggunaan minyak. Pemandu boleh memilih secara manual 7 step dalam transmisi yang disediakan (sistem CVT tidak menggunakan gear seperti transmisi automatik biasa). 




Veloz memiliki output kuasa maksimum 105 hp pada 6,000 rpm dan tork 138 Nm pada 4,200 rpm. Terdapat tiga mod pemanduan yang disediakan mengikut keperluan pemandu iaitu PWR, ECO dan NORMAL. 


BAHAGIAN LUAR TOYOTA VELOZ 2022




Di bahagian luar, crossover premium ini hadir dengan ciri-ciri berikut:

  • Lampu depan LED dengan isyarat pusingan berjujukan dan lampu nyalaan siang (DRL)

  • Lampu depan dengan ciri Follow-Me

  • Lampu kaki yang akan menyala di sebelah pintu (untuk melihat keadaan lantai sebelum dipijak)

  • Lampu kaki sama akan menyala apabila pintu kereta dibuka menggunakan remote

  • Rel bumbung yang boleh menerima beban maksimum 75 kg

  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 205/50 R17

  • Jarak kelegaan tanah 205 mm (untuk melalui laluan berbatu atau menempuhi banjir)


KABIN KERETA


Berikut adalah perincian tentang bahagian dalam Toyota Veloz:

  • Terdapat tiga barisan tempat duduk yang dapat memuatkan 7 orang penumpang

  • Barisan kedua dan ketiga boleh dilipat sepenuhnya untuk ruang simpanan barang yang lebih besar

  • Tempat duduk upholsteri separa kulit

  • Pencayaan ambien berwarna biru pada konsol tengah dan kemasan pintu

  • Panel infotainmen bersaiz 9 inci hadir dengan ciri sambungan berwayar/tanpa wayar Apple CarPlay/Android Auto

  • Paparan pelbagai info bersaiz 7 inci (empat pilihan paparan)

  • Tiga port usb 

  • Pad pengecas tanpa wayar

  • Dua soket bulat 12V

  • 15 pemegang botol

  • Sistem penyejuk udara automatik (udara sejuk akan mengalir di dalam kabin untuk mengekalkan suhu sama sebaik suhu yang ditetapkan telah dicapai)

  • Penumpang belakang kekal sejuk dengan sistem penyejukan pada bahagian kepala/bumbung. 




CIRI KESELAMATAN TOYOTA VELOZ 2022

Toyota Veloz dilengkapkan dengan ciri keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkum empat sistem utama iaitu sistem pra-pelanggaran (PCS); Amaran Keluar Lorong (LDW); Pencegah Keluar Lorong (LDP); dan Kawalan Kekal Lorong (LKC). 

Selain sistem TSS, model ini turut dilengkapkan dengan ciri seperti kawalan jelajah adaptif (ACC), lampu suluh memandu adaptif, pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang dan sebagainya. 


Ciri lain seperti perakam video digital (DVR) didatangkan secara standard. Pembeli juga boleh mendapatkan kamera pandang belakang dengan tambahan RM350.


WARNA




Toyota Veloz ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu:

  • Putih

  • Hitam kebiruan metalik 

  • Metalik merah 

  • Metalik silver (dengan bumbung hitam) 

  • Metalik biru (dengan bumbung hitam)


HARGA 

Toyota Veloz 2022 ditawarkan pada harga RM95,000 atas jalan tanpa insurans, dengan jaminan selama lima tahun, tanpa had perjalanan. Setiap pembelian didatangkan dengan langganan sistem telematik kenderaan (VTS) selama tiga tahun. Sistem ini membolehkan kenderaan dikesan oleh pusat panggilan melalui signal GPS sekiranya dicuri, dan maklumat ini akan disalurkan kepada pihak berkuasa.

Apa pendapat anda tentang Toyota Veloz 2022? Berbaloi atau tidak untuk dibeli pada harga lebih RM20k berbanding Alza? Kongsikan pendapat di bawah.

Baca: Ini 18 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?

Baca: Toyota Veloz Masih Belum Dilancar, Tapi Tempahan Sudah Cecah...

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT5340

SELANGOR

BSU3556

JOHOR

JF5411J

PULAU PINANG

PSG3408

PERAK

APM1667

PAHANG

CFJ246

KEDAH

KGJ4232

NEGERI SEMBILAN

NEM2475

KOTA KINABALU

SJU5042

KUCHING

QAB7420P

Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Video

Perodua Alza AV 2022, Review Pandu Uji | MPV serba moden yang mesra pengguna dengan hanya RM75,500.

Perodua Alza 2022 telah dilancarkan di Malaysia! Sebanyak tiga varian ditawarkan iaitu X, H dan AV. So... MPV segmen-B tujuh tempat duduk ni Alza 2022 Lebih Luas, Lebih Canggih, Harga Pun Boleh Tahan!

02-02-2023
Global

04-10-2022
Pandu Uji

07-09-2022
Berita Auto

03-08-2022
Berita Auto

Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik

Ini 12 sebab kenapa anda patut beli Perodua Alza 2022 varian AV.

27-07-2022
Berita Auto

23-06-2022
Berita Auto

16-06-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.