Bentley Flying Spur Hybrid, Boleh Guna RON95, Harga Bermula RM945K

Bentley Kuala Lumpur hari ini menayangkan Bentley Flying Spur Hybrid dalam satu majlis berprestij di ibu negara, pagi tadi.
Sedan hibrid mewah ini ditawarkan pada harga RM945,000. Bagaimanapun, harga ini tidak termasuk caj duti, cukai mahupun pendaftaran.

Pandangan hadapan.
Ia ditawarkan dengan dua varian:
• Bentley Flying Spur Hybrid Azure
• Bentley Flying Spur Hybrid S

Pandangan belakang.
Melihat kepada harganya, maka tidak hairanlah mengapa ia dipadankan dengan enjin 2.9 liter (2,894cc) V6 TFSI (turbo berkembar) DOHC 24-injap dengan padanan motor elektrik.
Ini bermakna, ia mampu menghamburkan kuasa 536hp dan tork 750Nm. Untuk info, jentera ini menggunakan transmisi jenis 8-kelajuan ZF klac berkembar dengan sistem pacuan semua roda.

Bahagian kabin.
Prestasinya yang cukup memukau ini membolehkannya ia memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 4.3 saat.
Fuhh, ini cukup luar biasa!
Selain itu, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai spesifikasi yang lebih terperinci mengenai jentera mewah ini.

Untuk itu, Caricarz menyenaraikan beberapa fakta penting mengenai Bentley Flying Spur Hybrid ini.

Berikut adalah perinciannya:

• Ia adalah jenis PHEV memandangkan ada pengecasan semula bateri di sebelah kiri kenderaan.
• Bateri jenis litium ion 18kWh. Ia memerlukan masa 2.5 jam untuk dicas penuh (pengecas pantas) dan anggaran masa 6.15 jam jika pengecasan di rumah.
• Kelajuan maksimum 285kmj.
• Ia menawarkan jarak pemanduan lebih 800km.
• Kapasiti tangki minyak ialah 80 liter.
• Apa yang penting, ia boleh menggunakan RON95.
• Ada 3 mod pemanduan EV Drive, Hybrid dan Hold mod.
• Skrin infotainmen menunjukkan aliran kuasa menerusi paparan data statistik, paras bateri, jarak pemanduan dan maklumat pengecasan bateri.
• Ada lencana Hybrid pada fender depan.
• Lampu depan guna LED yang dilengkapi lampu siang (DRL).
• Fungsi Bantuan Lampu Tinggi Automatik (HBA) hadir sebagai ciri standard.
• Tiga pilihan rim iaitu 20, 21 atau 22 inci.
• Sistem infotainmen 12.3 inci.
• Ada dua slot kad SD.
• Sambungan Bluetooth dan WiFi, ada slot cakera padat (CD) dan DVD serta radio digital.
• Sambungan Apple CarPlay, radio satelit Sirius, pemacu keras 60GB, sistem telefon 4G, pencarian online POI.
• Dilengkapi pelbagai ciri keselamatan termasuk beg udara untuk pemandu, penumpang, sisi dan jenis langsir, vision malam, pengecaman papan tanda jalan dan Bantuan Kekal Lorong.
• Ada empat ekzos.
• Diengkapi kabel mengikut kesesuaian pasaran.

Lebih menarik, Flying Spur Hybrid didatangkan dalam lebih 60 pilihan warna dan dihasilkan di kilang Bentley di Crewe, United Kingdom.

Apapun, di sebalik pelancaran jentera ini, nampaknya Bentley sememangnya mahu menumpukan perhatian kepada naturaliti karbon menjelang tahun 2030.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9466
SELANGOR
BSR5731
JOHOR
JA2159J
PULAU PINANG
PSD7430
PERAK
APJ7985
PAHANG
CFH1518
KEDAH
KGH602
NEGERI SEMBILAN
NEK9063
KOTA KINABALU
SJT670
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hanya Ada 48 GT, GTC, 1 Bakal Masuk M'sia?
Bentley cuma keluarkan 48 unit Continental GT Coupés dan Continental GTC.
17-04-2023
Berita Terkini
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
