ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Allah Lindungi Saya, Satu Kaca Pun Tak Kena," - Mangsa

Suhana Veru

Kongsi melalui

Jika anda melihat keadaan Proton Wira yang remuk teruk manakala bumbungnya tercabut, sudah pasti anda menganggap pemandu dan penumpangnya terkorban.

Namun ketentuan hidup manusia sudah ditetapkan Allah SWT sejak seseorang itu belum lahir lagi ke dunia apabila mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 49 tahun dikatakan terselamat daripada kemalangan tragis itu.

Apa yang lebih mengejutkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan apabila kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Kandang, Melaka kelmarin.


Keadaan kereta Proton Wira. - Foto: Harian Metro.

“Alhamdulillah memang tidak ada apa-apa, Allah lindung saya. Satu kaca pun memang tidak kena walaupun orang tengok bumbung dan sampai macam itu, tersepit pun tidak. Syukur Alhamdulillah, masih diberi nyawa.

"Saya sendiri pun terkejut melihat keadaan kereta sebegitu rupa, malah pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka juga doktor mengesahkan saya tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman," kata Maizatul Mad Said.

Kemalangan berlaku kerana Maizatul gagal memberhentikan kenderaannya ketika lori berkenaan sedang membuat pusingan U.

Gara-gara rempuhan yang kuat, kenderaan yang dipandunya remuk teruk sehingga hanya tinggal tempat duduk.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1869

SELANGOR

BSS7356

JOHOR

JC4347J

PULAU PINANG

PSE6972

PERAK

APK6650

PAHANG

CFH4526

KEDAH

KGH5491

NEGERI SEMBILAN

NEL4381

KOTA KINABALU

SJT5404

KUCHING

QAB4036P

Terakhir Kemas Kini 16 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-03-2024
Berita Auto

21-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Tiket Harga Tiket Madani?

Khabar Gembira Peminat F1: PM Umum Tiket Madani Serendah RM200.

17-08-2026
Berita Auto

Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban

Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.

15-08-2026
Berita Auto

Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini

Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember

14-08-2026
Berita Auto

Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan

Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.

14-08-2026
Berita Auto

PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS

Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi

13-08-2026
Berita Auto

Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu

JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.

13-08-2026
Berita Auto

Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya

Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?

13-08-2026
Berita Auto

Minyak Turun Sekejap Lagi

Harga minyak mingguan yang baharu ini bermula 13-19 Ogos.

12-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.