Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10, Ini Info Kereta PM

Semalam tular beberapa gambar mengenai kereta yang dinaiki Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba di Istana Negara.
Kereta hitam yang berkilauan itu adalah model BMW 740Le xDrive Pure Excellence yang dijual pada harga sekitar RM569,062.
Untuk makluman anda, model limosin pemasangan tempatan ini dipadankan dengan enjin 6-silinder sebaris 3.0L Turboyang diambil dari model 745Le yang lebih asas.

Ini bermakna ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 286 hp dari 5,000-6,000 rpm dan 450 Nm tork dari 1,500-3,500 rpm, manakala motor elektriknya pula menghasilkan kuasa, 112hp pada 3,170 rpm dan 265 Nm dari 0-2,700 rpm – 15 Nm iaitu lebih tinggi dari sebelumnya.
Motor elektrik berkenaan disepadukan di dalam sistem transmisi, yang menggunakan kotak gear Steptronic lapan-kelajuan
Bateri litium-ion yang ditempatkan di bawah kerusi belakang mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 46 kilometer dengan menggunakan kuasa elektrik penuh, manakala kelajuan maksimum mampu mencecah sehingga 140 kilometer sejam (km/j).
Begitupun, bagi mengecas baterinya, ia boleh dicas dengan menggunakan kabel pengecas AC fasa tunggal yang disambungkan pada soket biasa di rumah.
Namun, pemiliknya perlu menunggu dalam tempoh yang agak lama.
Menyentuh mengenai daya pecutannya daripada 0-100 km/j, ia mampu memecut hanya dalam 5.3 saat.
745Le ini juga mampu memberikan bacaan penggunaan minyak serendah 2.3 liter bagi 100 km berdasarkan kitaran ujian WLTP, manakala kadar pembebasan C02 pula ialah 52 g/km.

Menjengah bahagian luarannya, kidney grille dilihat lebih besar 40 peratus manakala lampunya hadapannya kelihatan lebih tirus dan apa yang penting ia menggunakan laserlight.


Bagi ruang dalamannya pula:
• Sistem Live Cockpit Professional.
• Ada dua paparan – kluster instrumen 10.25-inci/ dskrin 12.3-inci utama
• Kawalan pendingan hawa empat zon.
• Dihiasi dengan kemasan kulit
• Bumbung panoramik Sky Lounge
• BMW Display Key
• 16 pembesar suara
• Sistem bunyi Harman Kardon
• Penumpang belakang ada 2 skrin

Ciri keselamatan:
• 7 beg udara.
• Amaran perlanggaran dan pejalan kaki dengan City Braking.
• Amaran kekal lorong.
• Amaran tukar lorong.
• Ada info had kelajuan
Melihat kepada spesifikasi jentera ini, maka tidak hairanlah mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih jentera mewah ini.
Apa pula pandangan anda mengenai jentera mewah ini?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat