Ini 40 Dashcam Terbaik Berdasarkan CamScore MIROS & CyberSecurity Malaysia
![]()
Bagi yang masih tercari-cari dashcam untuk digunakan pada kereta, senarai dashcam terbaik yang baru dikeluarkan ini dapat membantu anda membuat pilihan.
Baru-baru ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan CyberSecurity Malaysia telah mewujudkan program penskoran dashcam yang dinamakan Dashcam Safety Scorecard (CamScore). Melalui program ini, sejumlah dashcam telah diuji dan diberikan markah berdasarkan tiga kategori berikut:
#1 Ciri asas
#2 Ciri canggih
#3 Ciri sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS)
MIROS telah menyenaraikan sebanyak 40 model dashcam daripada markah tertinggi, 5 bintang sehinggalah kepada markah terendah, 2 bintang.

Dashcam Safety Scorecard (Sumber: MIROS)
Berdasarkan senarai tersebut, lima model menerima penarafan lima bintang:
1. 70mai A800S
2. 70mai Pro Plus+ A500S
3. Thinkware U1000
4. 70mai M500
5. DDPAI X5 Pro


Selain daripada model tersebut, sejumlah 15 model dashcam mendapat empat bintang, dan 19 lagi tiga bintang. Hanya satu daripada kesemua 40 model yang disenaraikan menerima dua bintang dengan kekurangan mata hanya 0.04 untuk mendapatkan tiga bintang.
Pengurus Projek Forensik Kenderaan yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik, Ts. Zulhaidi Mohd Jawi berkata, “CamScore adalah kesinambungan pelbagai program penarafan yang dibangunkan MIROS termasuk penilaian kenderaan. Setidak-tidaknya kami sudah memberi respons awal kepada luahan pengguna yang tercari-cari panduan memilih dashcam yang sesuai.”

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab pula berkata, “CyberSecurity Malaysia akan terus komited dalam memastikan perlindungan paling optimum untuk rakyat Malaysia berkenaan keselamatan digital.
“Kerjasama strategik bersama MIROS ini adalah simbolik kepada perubahan semasa di mana janaan data digital telah semakin dominan di arena automotif, berbanding sebelum ini yang tertumpu kepada isu internet, peranti dan perkomputeran.”
Apa pendapat anda mengenai inisiatif terbaharu daripada MIROS dan CyberSecurity Malaysia? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
ANTARA KEMALANGAN YANG PERNAH DIRAKAMKAN DASHCAM
Baca: Turun Bukit, Lori Brek Tak Berfungsi!
Baca: [TULAR] Myvi Gerak Hanya Dengan 2 Tayar! Elak Dirempuh Lori
Baca: [VIDEO] Detik Cemas Dirakam: Pemandu Myvi Terbalik Selepas Rempuh Mazda CX-8
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MIROS Lancar Program Didik Keselamatan Jalan Raya Untuk Murid Sekolah
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menganjurkan Program Didik Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Kebangsaan TTDI (2), baru-baru ini.
26-09-2024
Perodua Axia E Terus BIKIN PANAS!
Perodua Axia E yang baru diperkenalkan pada minggu lalu bukanlah model baharu.
22-06-2023
Jangan Sibuk Layari Media Sosial Ketika Memandu
PDRM menasihatkan orang ramai jangan layari media sosial ketika memandu.
26-04-2023
Jom Belajar Pasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Dengan Miros
MIROS akan mengadakan Pemeriksaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak pada 15 Oktober ini
06-10-2022
Mampukah Had Laju 30 km/j Kurangkan Kadar Kemalangan Di Jalan Raya?
DBKL bakal warta had laju 30km/j tidak lama lagi.
17-01-2022
17 Kematian Penunggang P-Hailing Tahun Lepas, MIROS Dedahkan Antara Tindakan Berbahaya Dibuat Segelintir Pembonceng
Seramai 17 orang penunggang motosikal p-hailing terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian pada tahun lepas.
19-04-2021
Penggunaan tali pinggang masih rendah dalam kalangan rakyat
Penggunaan tali pinggang sebenarnya dapat mengurangkan risiko kematian di jalan raya.
16-03-2021
Jangan Biar Kemalangan Kecil Batalkan Niat Beraya: Kepentingan Dashcam Saat Semua Orang Mengejar Masa
Di Malaysia, tanpa video, anda di pihak yang kalah. Lindungi diri sekarang.
13-03-2026
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
