ORA Good Cat Masuk Malaysia, Ada 2 Varian, Harga Berbeza Mengikut Varian

Great Wall Motors (GWM) buat julung kalinya melancarkan kenderaan elektriknya, ORA Good Cat pada satu acara rasmi, sebentar tadi.
Ia didatangkan dengan dua varian iaitu ORA Good Cat 400 PRO ( RM139,800) dan ORA Good Car 500 Ultra pula dijual pada harga (RM169,800).
Melihat sahaja kepada luarannya, kereta comel ini tampil dengan beberapa rekaan yang moden dan ciri canggih.
Bagi varian ORA Good Cat 400 PRO, ia didatangkan dengan bateri lithium-ion phosphat iaitu 47.8kWh dan mampu bergerak sejauh 400 kilometer.
Sementara itu, varian tertinggi, 500 ULTRA pula, dilengkapi dengan dengan bateri yang lebih besar iaitu 63.1kWh dimana ia boleh bergerak sejauh 500km untuk satu pengecasan penuh.
Menyentuh mengenai pengecasan, ia menggunakan biasa AC dimana varian 400 Pro memerlukan masa hingga lapan jam untuk baterinya penuh, manakala 500 Ultra memerlukan 10 jam.

Sebaliknya, dengan pengcesan pantas DC, tempoh pengecasan 400 Pro hanya sekitar 46 minit (32 minit jika dari 30-80 peratus manakala 500 Ultra pula ialah 60 minit dari 0-80 peratus.
Biar apapun pilihan anda, kedua-dua varian ini tetap menghamburkan kuasa yang sama.
Untuk makluman anda, semua varian ini dilengkapi dengan satu motor elektrik namun ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 141hp dan tork 210Nm tork.
Jentera ini digandingkan dengan sistem pacuan roda depan, manakala kelajuan maksimum pula hanya 152 kilometer sejam.
Bagi penulis jentera ini agak sesuai untuk kaum wanita dan saya menggambarkan kenderaan ini seolah-olah seorang wanita bertubuh gempal yang berketinggian sederhana.
Apa tidaknya, rekaannya yang kelihatan agak membulat membuatkan ia kelihatan lebih menonjol apatah lagi bahagian hadapannya dipadankan dengan sepasang lampu utama berbentuk bulat.

Malah, terdapat juga kemasan hitam berbentuk honeycomb.
Menjengah bahagian sisinya, difahamkan kenderaan elektrik ini didatangkan dengan dua rim bersaiz 17 dan 18 inci namun ujar pihak syarikat ia bergantung kepada varian.

Jika anda meneliti bahagian belakangnya pula, lampu brek ketiga dilihat disepadukan ke dalam cermin belakang sekali gus membuatkan ia kelihatan cukup menawan.
Menyentuh sedikit mengenai kabin dalamannya pula, ia kelihatan agak mewah manakala papan pemuka, stereng agak mirip dengan warna luaran badan.

Jentera ini dilengkapi dengan skrin instrumen digital bersaiz 7 inci, pendingin hawa automatik bersama penapis udara PM2.5, skrin infohibur 10.25 inci, empat unit pembesar suara, port USB untuk dashcam dan pengecas tanpa wayar.
Bagi varian 500, , terdapat fungsi urutan, enam speaker audi hi-fi. Bagi tempat duduk jentera, ia dibaluti dengan kulit sintetik dua tona berwarna putih dan warna badan.
Mengenai ciri keselamatan, ini yang ada pada ORA Good Cat:
• Sensor parkir undur
• Kawalan jelajah.
• Dua atau enam beg udara (bergantung kepada varian)
• Kawalan stabiliti automatik.
• Bantuan daki bukit.
• Brek kecemasan pada kelajuan rendah.
• Ada sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).
Ciri keselamatan 500 Ultra:
• Sistem amaran perlanggaran hadapan.
• Traffic Jam Assist
• Bantuan Tukar Lorong
• Pengesanan Titik Buta
• Amaran Perlanggaran Belakang
• Bantuan Lorong Kekal Kecemasan.
• Amaran Lintasan Trafik Belakang.
• Brek Trafik Lintasan Belakang
Jika anda berminat untuk membeli jentera ini, ia hadir dalam dua pilihan warna dua tona iaitu hijau-putih, merah-hitam, beige-coklat dan hitam-putih.

Ia juga hadir bersama pakej 4 dalam 1 Purr-fect Package termasuk jaminan selama lima tahun (150,000km), jaminan bateri sehingga 8 tahun (180,000km).
Apa yang cukup menarik ialah tawaran kos buruh percuma untuk servis sebanyak lima kali.
Apa pandangan anda mengenai jentera ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG6357
SELANGOR
BSR7090
JOHOR
JA5082J
PULAU PINANG
PSD9358
PERAK
APJ9570
PAHANG
CFH2061
KEDAH
KGH1740
NEGERI SEMBILAN
NEK9653
KOTA KINABALU
SJT1527
KUCHING
QAB2242P
Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah
Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.
20-07-2026
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW
Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.
17-07-2026
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat