Perodua Capai Jualan Lebih 200K Unit! Ini Dia Senarai Model Terlaris

Perodua Alza 2022
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berjaya melepasi jumlah jualan lebih daripada 200,000 unit dalam 10 bulan pertama tahun ini.
Perodua merekodkan pendaftaran sebanyak 222,203 unit kenderaan sepanjang tempoh antara Januari hingga Oktober 2022, lonjakan 51.2% berbanding 146,951 unit yang dijual dalam tempoh yang sama pada 2021.
"Terdapat jurang pada jualan antara Jun dan Ogos tahun lalu berikutan penutupan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk membendung kes COVID-19.
"Kami menjangkakan momentum pendaftaran akan terus meningkat sehingga akhir tahun," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.
Untuk bulan Oktober 2022 ini, jualan meningkat 5% (25,849 unit) berbanding 24,626 unit pada bulan September.
Berikut adalah model kereta Perodua yang terlaris:
Bezza: 6,768 unit
Myvi: 6,130 unit
Axia: 4,989 unit

Pencapaian ini hampir memenuhi sasaran jualan Perodua yang pernah diumumkan pada Januari tahun ini iaitu untuk mendaftarkan secara keseluruhannya sebanyak 247,800 unit kenderaan.
PENGELUARAN
Pada bulan Oktober, Perodua mengeluarkan sejumlah 22,974 unit kereta yang menjadikan jumlah keseluruhan antara Januari-Oktober 229,811 unit.

"Kami merancang untuk meningkatkan lagi pengeluaran dan jumlah jualan kami kerana kami cuba melepasi sasaran jualan yang ditetapkan sebelum ini bagi 2022 dan ini akan dapat mengurangkan tempoh menunggu pelanggan kami," kata Zainal Abidin.
Tambah beliau, prestasi pengeluaran dan jualan yang lebih baik daripada yang jangkaan ini telah memberi impak positif kepada ekosistem automotif tempatan, memandangkan secara puratanya 95% daripada alat ganti Perodua dibekalkan oleh pengeluar tempatan.
"Malah, kadar penyetempatan yang tinggi juga telah membantu melindungi Perodua daripada turun naik pasaran pertukaran matawang asing pada masa ini. Hasrat kami adalah untuk menambah baik lagi rantaian bekalan automotif tempatan kerana dengan adanya industri ini, ia memberi banyak manfaat kepada Perodua dan pengguna," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Perodua Tetap Laku Selepas Tamat Pengecualian SST, 9,000 Alza Ditempah Bulan Julai
Baca: Sejarah Perodua: Dari Kancil Kepada King Myvi 2022 (Evolusi Perodua Myvi)
Baca: Nak Tahu Model Kereta Tak Jatuh Harga? Baca Ini
Baca: PERODUA Mulakan Kajian Ativa Hybrid, Tetapi Hanya Terhad Kepada 300 Pelanggan
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat