Varian XL Single Cab Sesuai Diguna Untuk Kerja-Kerja Lasak, Harga Pun Boleh Tahan!

Ada berita baik buat penggemar trak pikap FORD!
Ini kerana Sime Darby Auto Connexion (SDAC) selaku pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah memperluas barisan Ranger generasi baharu dengan menambahkan satu lagi varian iaitu 2.0 liter XL 4x4 Single Cab.

Ia dijual pada harga RM98,888 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan cukai jalan, untuk Semenanjung Malaysia), dan RM104,388 di Sabah dan Sarawak).
Ia didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Absolute Black, Aluminium Metallic, Arctic White dan Meteor Grey.
Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, biarpun ramai pelanggan memilih Ranger untuk gaya hidup, tetapi pihaknya tetap memberi perhatian terhadap segmen pelanggan yang menggunakannya untuk tujuan kerja-kerja berat.
“Menerusi tambahan varian XL Single Cab dalam barisan Ranger generasi baharu, pelanggan kini mempunyai pelbagai pilihan untuk memilih trak pikap mengikut keperluan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman anda, Ranger XL ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter Single Turbo diesel yang menghasilkan 170 PS @405Nm.

Ini dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan baharu yang memakan masa selama empat tahun untuk dibangunkan, dimana ia menampilkan set gear serba baharu dengan peralihan yang lebih lancar.
Sama seperti semua barisan Ranger generasi baharu, varian XL Single Cab menerima kelebihan iaitu jarak antara roda lebih panjang 50mm.
Ini bermakna ia memberikan kestabilan yang lebik baik ketika berada di atas jalan atau off-road.

Apa yang lebih penting, dengan kelebihan ukuran dimensi yang terlibat itu, Ranger XL Single Cab ini menawarkan ruang kargo tunggal yang paling besar bagi sesebuah trak pikap dalam pasaran ketika ini.

Dengan ukuran 2,332 mm panjang, 1,420 mm lebar dan 540 mm tinggi,ruang kargo di belakang membolehkan pelanggan untuk membawa lebih banyak barangan atau memuatkan barangan bersaiz besar dan panjang seperti kepingan papan panjang untuk binaan atau palet bersaiz penuh.

Jarak kelegaan tanah juga lebih tinggi iaitu 230 mm.
Malah, terdapat juga enam cangkuk kargo yang diletakkan pada tiub landasan logam bagi memudahkan pengguna mengikat barangan dengan selamat.

Menjengah bahagian luarannya, Ranger XL Single Cab tampil ringkas dengan rim 16-inci aloi, gril depan kelihatan standard, bampar depan dan bampar belakang berwarna hitam.

Ia juga digandingkan dengan lampu utama halogen,lampu kabus belakang, cangkuk penyelamat di depan, lampu nyalaan siang dan lampu henti LED di belakang.

Menyentuh mengenai ruang dalamannya, ia hadir dengan skrin sentuh 10.1-inci yang pertama dalam kelasnya serta sistem infotainmen dan komunikasi Ford SYNC® 4A dengan Apple CarPlayTM dan Android AutoTM tanpa wayar.


Bagaimanapun, panel instrumen lapan-inci digital pula telah menggantikan sistem analog dimana lebih banyak maklumat dipaparkan untuk pemandu.

Selain itu, ada dua slot USB dimana salah satu soket berkuasa 12-volt.

Mengenai ciri-ciri keselamatannya pula, jentera gergasi ini didatangkan dengan dua beg udara, sistem brek cegah kunci (ABS) dengan agihan daya brek elektronik dengan kawalan cengkaman, kawalan turun bukit, bantuan daki bukit, penghindaran daripada terbalik dan kawalan olengan bahagian belakang.
Ranger XL Single Cab ini juga didatangkan jaminan pengeluar selama lima-tahun atau 160,000 km.
Lebih menarik, pelanggan boleh juga memilih untuk melanjutkan tempoh jaminan sehingga tujuh-tahun.
Untuk maklumat lanjut, layari www.sdacford.com.my.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9305
SELANGOR
BSQ9152
JOHOR
JYB433
PULAU PINANG
PSD1857
PERAK
APJ3062
PAHANG
CFG8124
KEDAH
KGG5705
NEGERI SEMBILAN
NEK6837
KOTA KINABALU
SJS4608
KUCHING
QAB223P
Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat