VW Reka Kerusi Pejabat Canggih, Boleh Gerak Selaju 20km/j
Nampaknya pasukan di Volkswagen (VW) telah mempamerkan bakat luar biasa apabila menghasilkan kerusi pejabat elektrik yang paling pelik setakat ini.
Jika anda melihat kerusi ini, ia tidak saling tumpah seolah-olah kerusi kereta kerana ia dilengkapi dengan semua ciri yang lazimnya ada pada kerusi kereta.
Kerusi ini adalah rekaan pertama syarikat kenderaan komersial yang dimiliki oleh kumpulan Volkswagen di Norway dimana ia telah menghasilkan kerusi pejabat elektrik yang mempunyai fungsi hampir sama seperti kereta.
Kerusi pejabat ini dilengkapi dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan kelajuan sehingga 20 kilometer sejam (km/j) dan mampu melakukan jarak perjalanan sehingga 12 kilometer.

Roda kerusi ini turut dihiasi dengan logo VW dan bateri kerusi tersebut boleh dikeluarkan.
Ia juga dilengkapi dengan lampu LED di bahagian perehat tangan dimana bentuk lampu ini dikatakan mirip yang ada pada rangkaian EV VW ID selain lampu itu menampilkan pelbagai mod warna.


Apa yang cukup menarik ialah kerusi tersebut dilengkapi dengan lampu signal, sistem pemanas dan tali pinggang keledar sebagai keselamatan.
Kesemua fungsi boleh dikawal melalui panel kawalan pada perehat tangan kanan manakala, di bahagian perehat tangan kiri pula mempunyai skrin infotainmen yang disambungkan ke sistem audio.

Pendek kata, ia kelihatan sama seperti kerusi kereta Volkswagen.
Menyentuh mengenai infotainmen, ia dihubungkan dengan kamera pandang belakang untuk fungsi mengundur dan terdapat sensor 360 darjah dimana anda boleh keadaan sekeliling.


Sebelum terlupa, kerusi pejabat ini juga dilengkapi dengan ruang but seluas 5 liter.
Apa yang mendukacitakan ialah perabot ini hanya direka bentuk untuk satu unit dan VW tidak bercadang untuk mengeluarkannya secara besar-besaran dalam masa terdekat ini.

Namun, jika anda berada di Norway, anda boleh 'pandu uji' kerusi ini di lokasi VW terpilih dalam beberapa bulan lagi.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS2544
SELANGOR
BSN6582
JOHOR
JYT8673
PULAU PINANG
PSA9741
PERAK
APG3249
PAHANG
CFF9744
KEDAH
KGE9606
NEGERI SEMBILAN
NEJ8951
KOTA KINABALU
SJR1563
KUCHING
QAB4845N
Terakhir Kemas Kini 01 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video
Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.
23-02-2026
AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?
Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.
14-01-2026
Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208
Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.
16-12-2025
Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat
Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.
16-12-2025
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih
Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.
26-11-2025
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang
XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).
18-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat