Formula Harga Bahan Api Saya Perkenalkan Dulu Kekal Terbaik – Rafizi

Rafizi Ramli (Sumber: Utusan)
Formula harga minyak yang diguna pakai kerajaan hasil cadangan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli beberapa tahun lalu kekal sebagai kaedah terbaik buat masa ini.
PERANCANGAN MENURUNKAN HARGA RUNCIT BAHAN API
Mengulas mengenai trend penurunan harga minyak mentah global terkini, Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR berkata banyak faktor yang perlu dipertimbangkan kerajaan dan ini termasuklah keadaan kewangan semasa negara.
“Ini bukan soal formula tetapi soal keadaan ekonomi sekarang. Persoalannya harga minyak mentah dunia sekarang sekitar AS$83 ke AS$85 (RM363.88 - RM372.64) setong dan ada yang beritahu bahawa harga minyak mentah jatuh pada empat, lima bulan lepas mencapai lebih AS$100 (RM438.40) setong.

“Jadi bila dah jatuh adakah kita cukup untuk turunkan harga minyak, sudah tentu bagi orang yang faham tentang sektor minyak dia ada soalan itu. Tapi pada masa sama kita juga kena tengok berapa sebenarnya pendapatan yang kita ada sekarang dan kalau kita nak ubah harga siling RM2.05 seliter berapa banyak peruntukan tambahan yang kita kena buat,” katanya.
KEKALKAN FORMULA LAMA
Menggunakan formula yang pernah diperkenalkan beberapa tahun lalu, Rafizi yakin ia masih relevan digunakan sehingga kini kerana kiraan dibuat berdasarkan perubahan harga minyak mentah dunia dan jumlah harga siling yang dikenakan.
Harga mingguan bagi RON95 kekal pada RM2.05 dan diesel pada RM2.15 seliter, sementara RON97 pula menunjukkan penurunan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM3.95 kepada RM3.85 seliter.

"Semua ini perlukan lebih banyak masa untuk kita tengok satu persatu kerana bila kita sertai organisasi atau pengurusan baharu sama ada kerajaan atau syarikat kita bukan masuk dan buang semua.
"Kita ada hala tuju tapi kena tengok apa yang ada, mana yang baik dan boleh diperbaiki. Fokus mana yang kita rasa tak boleh dan buang untuk perkenalkan yang baru dan sudah tentu ia memerlukan satu proses yang memakan masa.
"Jadi bahaya juga kalau semua menteri selepas 24 jam pertama (angkat sumpah) umum macam-macam sebab itu ibarat resipi menghadapi musibah, jadi saya rasa kita kena ambil langkah demi langkah kerana ia tidak seperti menguruskan syarikat sendiri tetapi menguruskan ekonomi," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Rafizi Pernah Kongsi Formula Turunkan Harga Kereta
Baca: Luar Biasa, Shell Malaysia Lancar Minyak Enjin Diperbuat Daripada Gas Asli
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8449
SELANGOR
BSU9450
JOHOR
JH2148J
PULAU PINANG
PSH3253
PERAK
APM8257
PAHANG
CFJ3750
KEDAH
KGJ7617
NEGERI SEMBILAN
NEM5487
KOTA KINABALU
SJV1193
KUCHING
QAB9740P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
RON95 Terendah Di Dunia
Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.
03-04-2026
Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
26-02-2026
Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
07-01-2026
Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 27 Nov 2025
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 27 November hingga 3 Disember depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
26-11-2025
Harga Minyak Naik, RON97 & Diesel Lebih Mahal Bermula 20 Nov 2025
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 20 November hingga 26 November depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
19-11-2025
Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 6 November 2025
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 6 November hingga 12 November depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
05-11-2025
Harga Minyak Kekal Hingga 10 September Depan
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 4 September hingga 10 September depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
04-09-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


