GoCar Catat Lebih 500K KM Setelah Setahun! Tawar Potongan Hingga 70%

Setahun selepas dilancarkan pada bulan Disember tahun lalu, peneraju platform perkongsian kereta, GoCar Malaysia, kini meraikan pencapaian perjalanan kenderaan elektrik (EV) yang sudah melebihi 500,000 km.
Perkhidmatan yang disediakan memberi peluang kepada lebih daripada 1,000 pelanggan untuk mencuba sendiri pengalaman menggunakan EV yang lebih senyap dan baik untuk alam sekitar. Bagi 90% daripada kesemua pelanggan, ini merupakan pengalaman pertama mereka menggunakan EV.
Selaras dengan rancangan untuk memperluas perkhidmatan yang ditawarkan, GoCar kini menambah lebih 30 unit Nissan Leaf di kesemua 20 zon di sekitar Lembah Klang, menjadikan jumlah keseluruhan kini 50 unit untuk kedua-dua pilihan iaitu perkongsian dan langganan EV.

“Pasaran EV di Malaysia kini telah mendapat momentum, terutamanya dalam pembangunan infrastruktur pengecasan dan juga pengenalan lebih banyak model EV daripada pelbagai jenama kereta. Walau bagaimanapun, akses kepada orang ramai kekal satu cabaran. Kos pembelian EV yang tinggi tidak sesuai untuk kebanyakan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi semasa yang mencabar,” ujar Ketua Pegawai Operasi GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.

PROMOSI ISTIMEWA GOCAR: JIMAT HINGGA 70%!
GoCar kini menawarkan penjimatan hebat sehingga 70% (dihadkan pada RM80) untuk tempahan perkongsian kereta GoEV dengan kod promo “1STGOEV.”

Promosi ini terhad untuk tempahan yang dibuat antara 12 hingga 15 Disember, namun pengguna boleh menebus tempahan tersebut untuk perjalanan yang dibuat sehingga 31 Januari 2023.
Selain itu, GoCar turut akan memberikan 100,000 GoPocket Points yang bersamaan RM1,000 kepada 10 pengguna bertuah.
GoEV Share kini hanya disediakan untuk perjalanan pergi-balik (pengambilan dan pemulangan dalam zon sama) dan untuk penggunaan jangka masa singkat – mengikut jam, harian, mingguan atau bulanan. Kadar biasa bermula daripada RM24.90/jam dan RM249/hari hingga RM232/hari bagi tempahan selama sebulan.
TAKUT KEHABISAN TENAGA ELEKTRIK?
Jangan risau, setiap kenderaan GoEV didatangkan dengan kad chargEV percuma yang membolehkan pelanggan mengakses mana-mana daripada 300 stesen pengecasan yang terdapat di seluruh negara. Stesen pengecasan dalam zon GoEV adalah percuma untuk semua ahli GoEV.
Selain itu, melalui integrasi dengan platform mudah alih JomCharge EV Connection, pengguna GoEV dapat melihat lokasi pengecasan, ketersediaan dan jenis pengecas yang disediakan dengan mudah.

Untuk membuat tempahan GoEV Share, muat turun aplikasi GoCar sekarang. Untuk maklumat lanjut mengenai GoEV dan GoCar Malaysia, layari https://hi.gocar.my atau ikuti Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter GoCar Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7294
SELANGOR
BSQ8604
JOHOR
JYY8176
PULAU PINANG
PSD1512
PERAK
APJ2687
PAHANG
CFG7950
KEDAH
KGG5421
NEGERI SEMBILAN
NEK6706
KOTA KINABALU
SJS4392
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 21 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kini Semua Boleh Naik Kereta EV: Program GoEV GoCar
Program GoEV telah dilancarkan untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan rakyat Malaysia.
02-12-2021
Berita Terkini
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda
PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.
19-06-2026
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat