LRT Kelana Jaya Tergendala, Pengguna Kecewa

Situasi di LRT Kelana Kaya. Gambar: pengguna Twitter @LRLR42097845
Rata-rata pengguna Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) mengeluh apabila LRT laluan Kelana Jaya buat hal lagi ketika orang ramai bersesak untuk ke tempat kerja, pada awal pagi tadi.
Ada yang berkongsi beberapa foto di Twitter mengenai situasi tersebut dimana orang ramai terpaksa beratur panjang sementara menunggu ketibaan tren.
"Apa-apa perubahan dalam politik Negara sekali pun, LRT masih rosak pagi-pagi",” komen seorang pengguna Twitter.
Sebaliknya Rapid KL berkata, kelewatan berlaku disebabkan baik pulih yang sedang dijalankan di laluan berkenaan yang berpunca daripada gangguan pada isyarat tren.
Untuk itu, pihak Rapid KL menjangkakan kekerapan 15 minit di beberapa stesen antara Gombak dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC),” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Bagaimanapun setakat pukul 8 pagi tadi, Rapid KL memaklumkan kerja baik pulih telah selesai manakala isyarat kembali normal, dengan jadual perjalanan sedang diselaraskan dan kekerapan dijangka pulih dalam masa 10 minit.
Untuk makluman, ini bukan kali pertama LRT Laluan Kelana Jaya tergendala sebaliknya pernah mendapat perhatian akhbar tempatan gara-gara operasinya terpaksa dihentikan selama hampir seminggu pada 9 November lalu.

Untuk itu, sebaik Anthony Loke dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, beliau terus membuat tinjauan di LRT laluan Kelana Jaya.

Anthony Loke (memakai topi hitam) menyamar sebagai penumpang.
Beliau turut mengakui keadaan cukup sesak terutama ketika waktu puncak sehingga menyebabkan penumpang tidak berasa selesa.
Bagi menyelesaikan perkara, beliau berjanji akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana untuk menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam.
Apapun kita tunggu tindakan seterusnya yang akan diambil Anthony Loke!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
LRT Kelana Jaya Meragam Lagi, Ribuan Pengguna Terkandas
Penumpang disarankan menggunakan laluan alternatif lain.
18-05-2026
Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang
RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.
27-02-2026
Rosak Lagi, Tapi Baik Pulih LRT Laluan Kelana Jaya Sudah Selesai
Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kembali pulih selepas kerja-kerja baik pulih akibat gangguan suis.
06-01-2023
LRT Kelana Jaya Dijangka Pulih Sepenuhnya. - Anthony Loke
LRT bagi laluan Kelana Jaya dijangka pulih pada tahun hadapan.
08-12-2022
Menteri Menyamar Jadi Penumpang LRT Sebab..
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meninjau perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, petang tadi.
06-12-2022
[DIKEMASKINI] Perkembangan Terkini Isu LRT Laluan Kelana Jaya
Perkembangan terkini isu LRT laluan Kelana Jaya.
13-11-2022
Berita Terkini
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

