ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Perkembangan Infrastruktur EV M'sia: 6 Stesen Pengecas Pantas 180 kW EV Shell Recharge Kini Beroperasi Sepanjang PLUS

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Risau guna kenderaan elektrik (EV) takut tidak terjumpa stesen pengecas semasa dalam perjalanan jauh? Kini tidak lagi selepas rangkaian infrastruktur pengecasan berprestasi tinggi (HPC) merentas negara yang terpanjang di Asia Tenggara sudah mula beroperasi sepenuhnya!


Kemudahan ini diwujudkan hasil kerjasama antara Shell dan Porsche Asia Pasifik yang telah dimeterai tahun lalu supaya dapat memberikan ketenangan jiwa kepada pengguna EV yang bergerak dari Singapura melalui Malaysia hinggalah ke negara Thailand. 



Dalam tempoh kurang setahun selepas pelancaran stesen pengecasan pertama di Tangkak, Johor, kini kesemua enam stesen pengecasan dalam rangkaian sudah tersedia untuk kegunaan orang ramai. 




Keenam-enam stesen ini terletak di lokasi yang strategik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang termasuk Shell Hentian Tangkak Lay-By (Arah Selatan), Shell R&R Pagoh (Arah Utara), Shell R&R Seremban (Arah Utara & Selatan), Shell RTC Simpang Pulai (Arah Utara) dan Shell R&R Tapah (Arah Selatan). Kesemua enam stesen ini terletak dalam jarak kurang daripada 200 km antara satu sama lain. 




Stesen HPC ini disediakan lengkap dengan pengecas berprestasi tinggi 180 kW bersama sambungan pengecas CCS Type 2. Sambungan yang disediakan ini membolehkan EV dicas dengan kuasa penuh 180 kW sementara dua kenderaan pula boleh dicas secara serentak dengan kuasa maksimum 90 kW. 




Anda boleh membuat tempahan ruang parkir pengecas HPC sehingga 60 minit lebih awal menggunakan aplikasi ParkEasy. Menggunakan aplikasi yang sama, pengguna turut dapat menggunakan fungsi navigasi ke stesen pengecasan yang tersedia. 


Sementara menunggu kenderaan dicas, pemandu boleh berehat dan menikmati pelbagai makanan yang dijual di Deli2Go atau menggunakan kemudahan yang disediakan di stesen.


Baca: Koleksi Shell Motorsport Kini Di Malaysia! Hanya Bayar RM30?


Baca: Bermulanya Era EV M'sia: Shell & Porsche Umum Permulaan Operasi Stesen Pengecas Berprestasi Tinggi

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5408

SELANGOR

BST9876

JOHOR

JE7634J

PULAU PINANG

PSF8270

PERAK

APL7152

PAHANG

CFH8367

KEDAH

KGJ2490

NEGERI SEMBILAN

NEM670

KOTA KINABALU

SJU2779

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-11-2025
Global

10-07-2025
Global

03-07-2025
EV

06-09-2024
EV

26-07-2024
Berita Auto

24-07-2024
Kereta Baru

17-07-2024
Kereta Baru

21-06-2024

Berita Terkini

EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.