ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ford Mustang Mach-E Kini Di Malaysia, Diimport Oleh G-Mart Group, Harga Dari RM450K! Apa Yang Menarik?

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Syarikat penjual kenderaan import, G-Mart Group baru-baru ini telah memperbanyakkan lagi pilihan kenderaan luar negara yang ditawarkan dengan kemasukan model baharu, sebuah SUV crossover, Ford Mustang Mach-E yang menjadikan syarikat ini sebagai yang pertama membawa masuk model EV ini di pasaran Malaysia.


Kami berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat kesemua tiga unit Mustang Mach-E yang ditawarkan di cawangan mereka di Kampung Melayu Subang. Tiga warna ditawarkan iaitu merah, kelabu dan biru.

KUASA & PRESTASI MUSTANG MACH-E

Ketiga-tiga unit yang dibawa masuk oleh G-Mart Group ini adalah daripada varian Extended Range bagi versi Premium AWD spesifikasi UK. Versi ini menggunakan pek bateri litium-ion 88 kWh, lebih besar berbanding Standard Range yang menggunakan bateri berkapasiti 68 kWh.


Model ini dikuasakan oleh dua motor dengan kemampuan 346 hp (atau 258 kW)/580 Nm untuk menggerakkan kesemua roda (AWD). Hasilnya, Mustang elektrik ini boleh melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 5.1 saat dan mencapai kelajuan tertinggi (V-Max) 180 km/j. V-Max ini dihadkan supaya kereta dapat mencapai jarak perjalanan elektrik lebih jauh.

Dari segi pengecasan, trenkuasa EV ini boleh menerima input kedua-dua AC dan pengecas pantas DC (sehingga 150 kW). Dengan cas penuh, ia boleh mencapai jarak perjalanan antara 435 km (EPA) dan 540 km (WLTP), bergantung kepada cara pemanduan.

REKA BENTUK MUSTANG MACH-E


Pesaing terdekat kepada Mercedes-Benz GLC Coupe dan BMW X4 ini tampil sporty, ini dapat dilihat dari bumbungnya yang direka dengan kecerunan yang melandai ke belakang, rim aloi 19 inci dalam dua tona, angkup brek bercat merah, aksen hitam yang kontra daripada warna keseluruhan badan, dan juga beberapa lagi elemen rekaan lain yang diambil daripada coupe sport Mustang seperti lampu hadapan, lampu belakang dan juga pintu kargo belakang.


Turut menarik untuk diperhatikan ialah beberapa ciri baharu yang tidak pernah diketengahkan Mustang sebelum ini seperti pemegang pintunya yang menggunakan sentuhan butang untuk bukaan secara automatik. Selain itu, pada tiang pintu pemandu terdapat pad kekunci sentuh untuk membolehkan pemilik kenderaan memasukkan kod keselamatan unik bagi membuka pintu.

RUANG KABIN MUSTANG MACH-E

Seperti mana di bahagian luar, bahagian dalam Mustang Mach-E juga sporty dan terasa mewah dengan kelengkapan pelbagai teknologi moden. Antara ciri premium yang disediakan ialah kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, bumbung kaca panoramik, tempat duduk dalam balutan kulit, kemasan dalam jahitan merah yang sporty serta pelarasan tempat duduk hadapan yang automatik.


Dari segi teknologi, model ini dilengkapkan dengan paparan instrumen digital bersaiz 10.2 inci di ruang pemandu dan juga skrin sentuh tengah 15.5 inci. Pada skrin tengah ini turut terdapat satu ciri unik iaitu suis dial volum analog yang boleh digunakan untuk mengawal pendingin udara, sistem infotainmen, sambungan Apple CarPlay/Android Auto dan juga tiga mod pemanduan (Whisper, Active dan Untamed).


Selain itu, skrin gergasi di bahagian tengah ini juga digunakan untuk memaparkan pandangan 360 darjah sekeliling kenderaan. Untuk hiburan, Mustang Mach-E dilengkapkan dengan sistem audio hi-fi premium Bang & Olufsen. Ciri menarik lain ialah pad pengecas tanpa wayar, port pengecas USB-C dan USB-A untuk penumpang depan dan belakang. Di samping itu, turut terdapat penyejuk udara untuk keselesaan penumpang belakang.

RUANG SIMPANAN/KARGO MUSTANG MACH-E


Mach-E tampil dengan but belakang dan juga ruang simpanan tambahan di hadapan (frunk). Ruang simpanan pada bahagian but belakang berkapasiti 402L dan apabila tempat duduk belakang dilipat memberikan kapasiti sehingga 1,420L. Akses untuk ruang simpanan belakang ini dimudahkan dengan butang keyfob atau sensor kaki. Sementara itu, frunk kereta pula memberikan tambahan kapasiti 81L yang dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ruang ini juga sesuai digunakan untuk menyimpan kabel pengecas kereta.


Tertarik dengan SUV elektrik ini? Jangan buang masa lagi, buka langkah kaki anda untuk ke cawangan  G-Mart Group di Kampung Melayu Subang secepat mungkin!


HARGA MUSTANG MACH-E

Model ini dijual pada harga bersih RM450,000. Pembelian adalah termasuk pakej Perlindungan APEG selama lima tahun yang merangkumi jaminan membabitkan kerosakan ECU, trenkuasa dan bateri bervoltan tinggi kereta.


Baca: G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQL1504

SELANGOR

BSM3440

JOHOR

JYR1430

PULAU PINANG

PRY4537

PERAK

APF365

PAHANG

CFF1930

KEDAH

KGE2560

NEGERI SEMBILAN

NEJ4681

KOTA KINABALU

SJQ1952

KUCHING

QAB2062N

Terakhir Kemas Kini 05 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

+0.02

RON 97

RM 3.10

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.04

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.04

Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans

OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans

JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.

11-08-2025
Berita Auto
Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut

Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut

Gara-gara hilang kawalan, pasangan suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, semalam.

05-08-2025
EV
Ford Mustang Mach-E Kini Digunakan FBI

Ford Mustang Mach-E Kini Digunakan FBI

Ford Mustang Mach-E digunakan FBI. Ini sebabnya...

18-08-2022
Global
Jualan Mustang Mach-E Dihentikan Gara-Gara Bateri Panas

Jualan Mustang Mach-E Dihentikan Gara-Gara Bateri Panas

Ford Motor telah mengarahkan kepada semua pengedarnya untuk menghentikan jualan model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Mustang Mach-E buat sementara waktu gara-gara masalah bateri terlalu panas.

15-06-2022
EV
Ford Bakal Dirikan Kilang Pengeluaran Bateri EV Di AS Dengan Rakan Kongsi China, CATL

Ford Bakal Dirikan Kilang Pengeluaran Bateri EV Di AS Dengan Rakan Kongsi China, CATL

Ford Motor Co. (Ford) dan Contemporary Amperex Technology Co Ltd. (CATL) dikhabarkan sedang merancang untuk membina sebuah kilang bateri.

13-02-2023
EV
G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV

G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV

Kumpulan Syarikat G-Mart bersedia untuk ledakan jualan EV yang ramai diramalkan akan bermula tidak lama lagi.

29-10-2022
EV
Ford Mustang Mach-E Kini Digunakan FBI

Ford Mustang Mach-E Kini Digunakan FBI

Ford Mustang Mach-E digunakan FBI. Ini sebabnya...

18-08-2022
Global
Jualan Mustang Mach-E Dihentikan Gara-Gara Bateri Panas

Jualan Mustang Mach-E Dihentikan Gara-Gara Bateri Panas

Ford Motor telah mengarahkan kepada semua pengedarnya untuk menghentikan jualan model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Mustang Mach-E buat sementara waktu gara-gara masalah bateri terlalu panas.

15-06-2022

Berita Terkini

EV
MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah

MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah

Kerajaan Malaysia kini memberi isyarat jelas untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU).

05-02-2026
EV
Berapakah Jumlah Tempahan Perodua QV-E? Ini Jawapan Bos Besar Perodua!

Berapakah Jumlah Tempahan Perodua QV-E? Ini Jawapan Bos Besar Perodua!

Ini dia jumlah tempahan Perodua QV-E setakat ini.

05-02-2026
EV
Lebih 3,000 Proton e.MAS 5 Terjual Setakat Bulan Lalu

Lebih 3,000 Proton e.MAS 5 Terjual Setakat Bulan Lalu

PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mengumumkan bahawa sebanyak 3,276 unit Proton e.MAS 5, model EV kedua di bawah jenama Proton e.MAS, telah terjual pada Januari lepas.

03-02-2026
EV
SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13

SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13

Siapa kata SUV elektrik hanya untuk kegunaan ‘manja’ di kawasan bandar atau pusat beli-belah? Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) premium dari China, Zeekr, berjaya memadamkan stigma tersebut melalui model Zeekr 7X.

03-02-2026
EV
Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
EV
Jangan Risau, Proton e.MAS 7 PHEV Boleh Gerak Lebih 1,100 KM

Jangan Risau, Proton e.MAS 7 PHEV Boleh Gerak Lebih 1,100 KM

Proton e.MAS 7 PHEV berjaya membuktikan keupayaannya dengan mencatatkan jarak keseluruhan 1,104.5 kilometer dengan satu cas penuh bateri dan satu tangki penuh bahan api, selain mengekalkan baki jarak pemanduan sejauh 189 kilometer.

30-01-2026
EV
Trak Elektrik Chery ‘Himla’ Dilancarkan – Dari RM73K Di China

Trak Elektrik Chery ‘Himla’ Dilancarkan – Dari RM73K Di China

Kurang setahun selepas kemunculan sulungnya di Auto Shanghai 2025, Kumpulan Chery kini menggegarkan pasaran global dengan pelancaran varian elektrik sepenuhnya (EV) bagi trak pikap di bawah jenama Himla.

28-01-2026
EV
Luxeed V9 Diperkenalkan – MPV Mewah Huawei-Chery, Capai 1,200 KM

Luxeed V9 Diperkenalkan – MPV Mewah Huawei-Chery, Capai 1,200 KM

Arena MPV mewah kini semakin hangat dengan kemunculan Luxeed V9, hasil kolaborasi strategik antara gergasi teknologi Huawei (HIMA) dan Chery.

26-01-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.