- Berita
- Berita Auto
- Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!
Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!

PROTON sudah mengeksport 1,000 unit kenderaan ke Afrika Selatan
Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan selepas kembali semula secara rasmi ke negara tersebut. Dua model yang dibawa masuk iaitu Proton X50 dan Proton X70 mendapat permintaan yang tinggi. Kini, PROTON sudah mengeksport 1,000 unit kenderaan ke Afrika Selatan.
Pengarah Jualan Antarabangsa PROTON, Steven Xu berkata, “Penjualan pantas kenderaan kami di Afrika Selatan adalah bukti daya tarikan Proton sebagai jenama, dan rangkaian model kami kepada pembeli kereta di sana.
“Kami mempunyai hubungan kerja yang kukuh dengan Kumpulan CMH, dan mereka telah mengendalikan banyak aktiviti untuk memberikan peluang kepada seramai mungkin warga Afrika Selatan untuk merasai rangkaian model-model semasa kami.”

Selepas pelantikan CMH Group sebagai pengedarnya untuk Afrika Selatan pada bulan April 2022, penghantaran pertama kenderaan yang terdiri daripada Proton X50 dan Proton X70 dibuat pada bulan Mei 2022 manakala pelancaran semula jenama dan produk pula diadakan pada 14 September 2022. Penghantaran kedua-dua model ini dibuat setelah 10 tahun Proton menghentikan kemasukan model baharu ke Afrika Selatan.
Prestasi Eksport Yang Menunjukkan Pertumbuhan Positif Tahun 2022

Jualan eksport terus menunjukkan aliran pertumbuhan pada 2022. Pada bulan November sahaja, sejumlah 5,028 unit kenderaan PROTON dieksport ke luar negara. Pasaran terbesar PROTON kekal Pakistan dengan 2,610 unit setakat tahun ini. Sementara negara kedua terbesar pula ialah Afrika Selatan, dan Brunei Darussalam di tempat yang ketiga.
Proton Saga Kekal Model Terlaris
Model yang menerima permintaan paling tinggi ialah Proton Saga, sementara Proton X70 pula meningkat hampir dua kali ganda jumlahnya tahun ini, manakala Proton X50 pula berada di tempat ketiga dengan peningkatan tiga kali ganda tahun ini.

Pengarah Jualan Antarabangsa PROTON, Steven Xu
Jelas Steven Xu, “Volum eksport PROTON terus berkembang secara agresif apabila kami memasuki lebih banyak pasaran baharu dan mewujudkan gabungan strategi CBU dan CKD yang bergantung kepada keadaan pasaran.
“Jualan eksport adalah salah satu tonggak pertumbuhan jualan kami dan oleh itu, kami akan berusaha untuk terus berkembang secara agresif pada tahun-tahun akan datang dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pengeksport utama kenderaan untuk Malaysia," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: [BARU TAHU] Proton Pernah Keluarkan Kereta Limusin Rupanya!
Baca: Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!
Baca: Sempena Ulang Tahun Ke-4 Proton X70, Ini 10 Fakta Yang Anda Patut Tahu!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC3084
SELANGOR
BSQ7494
JOHOR
JYY4834
PULAU PINANG
PSC9624
PERAK
APJ1708
PAHANG
CFG7569
KEDAH
KGG4793
NEGERI SEMBILAN
NEK6349
KOTA KINABALU
SJS3846
KUCHING
QAB9764N
Terakhir Kemas Kini 17 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.
23-02-2023
Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...
Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.
22-02-2023
Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?
Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.
12-02-2023
Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services
Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.
19-01-2023
Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu
Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.
05-01-2023
Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...
Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.
04-01-2023
Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!
DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.
10-12-2022
Proton Tawar Jaminan Lanjutan 1 Tahun Untuk Kereta Pra-Milik PCPO
Semua kenderaan PCPO yang dijual melalui cawangan kereta terpakai Proton layak menerima jaminan lanjutan
21-10-2022
Berita Terkini
SAH: LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Beroperasi
Penantian Berakhir: LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Akhir Bulan Ini.
17-06-2026
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Chery Malaysia Luas Rangkaian Ke Kulai Bersama Autohub Mobility, Buka Pusat 3S Di Kulai
Chery Buka Pusat 3S Konsep Gen 4.0 Di Selatan.
16-06-2026
Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya
Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.
16-06-2026
Kadar Tambang ECRL Tular Cuma Spekulasi, Harga Rasmi Belum Diumum – MRL
Jangan Percaya 'Kadar Tambang ECRL' Tular, MRL Sahkan Belum Ada Keputusan Rasmi.
16-06-2026
Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari
Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.
15-06-2026
Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"
Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah
15-06-2026
Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?
'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat