ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Volvo XC40 B5 Ultimate, Harga RM268,888

Suhana Veru

Kongsi melalui


Volvo Car Malaysia mengumumkan ketibaan  XC40 B5 Ultimate yang ditawarkan dalam barisan model baharu untuk tahun 2023.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump berkata, pihaknya menyedari bahawa pengguna perlu membiasakan diri dengan model kereta elektrifikasi.

 “Untuk itu, kami memperkenalkan versi varian XC40 Mild Hybrid kami, yang merupakan  sebagai batu loncatan yang sesuai untuk pemandu yang mahu  mengamalkan gaya hidup yang lebih mampan,” katanya dalam satu kenyataaan.


Untuk info, ia dipadankan dengan trenkuasa hibrid ringan dan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo.  

Enjinnya digandingkan dengan transmisi automatik Geartronic lapan kelajuan, memacu semua roda (AWD).

Ini bermakna, ia mampu menghamburkan kuasa 263 hp @ 390 Nm. Mengenai daya pecutannya pula, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.4 saat.

Mungkin ramai tertanya-tanya mengenai kehadiran jentera ini yang dikatakan sudah dikemaskini.


Antara ciri baharu yang ada pada jentera ini ialah warna baharu Fjord Blue, sistem audio Harman Kardon Premium, kamera pandangan 360 darjah, skrin tengah sembilan inci berkuasa Android dengan fungsi Google terbina, pembersih udara dengan petunjuk PM2.5.

Jentera ini dijual pada harga RM268,888 dan hadir dalam lima pilihan warna iaitu Fjord Blue, Black Stone, Crystal White, Silver Dawn dan Thunder Grey.

Bagi yang ingin membeli jentera ini, anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman web www.volvocars.com/my/build/xc40.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8391

SELANGOR

BSU1024

JOHOR

JE8786J

PULAU PINANG

PSF8944

PERAK

APL7586

PAHANG

CFH8525

KEDAH

KGJ2795

NEGERI SEMBILAN

NEM1167

KOTA KINABALU

SJU3198

KUCHING

QAB6436P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Volvo Catat Rekod Jualan Memberangsangkan, Kereta Volvo Laku Keras Tahun Lalu

Volvo Catat Rekod Jualan Memberangsangkan, Kereta Volvo Laku Keras Tahun Lalu

Volvo Car Malaysia terus mencatatkan rekod prestasi jualan yang cukup memberangsangkan apabila melabuhkan tirai tahun 2022 dengan menjual sejumlah 3,194 model keretanya.

09-01-2023
EV
Volvo Car Malaysia Tekad Untuk Jual Lebih Banyak EV, Mahu Jadi Jenama EV Nombor 1 Di Malaysia

Volvo Car Malaysia Tekad Untuk Jual Lebih Banyak EV, Mahu Jadi Jenama EV Nombor 1 Di Malaysia

Volvo Car Malaysia berhasrat untuk menjual 75 peratus kenderaan elektrik menjelang tahun 2025.

14-12-2022

Berita Terkini

Kereta Baru
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Kereta Baru
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Volvo EX90?

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.