BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...
Sofea Najmi
25-3-2022
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan BMW Group di Asia Tenggara, 85 peratus responden Malaysia memaklumkan mereka memandu setiap satu ke tiga hari, sama ada menuju ke tempat kerja atau pulang dari tempat kerja (74 peratus), untuk menyelesaikan tugas harian (65 peratus), atau untuk bercuti pada hujung minggu (36 peratus).
Kajian mendedahkan bahawa lapan daripada sepuluh pemandu Malaysia sudah boleh menerima untuk melihat lebih banyak kenderaan elektrik.
Beberapa sebab penerimaan EV diberikan responden yang termasuklah pengurangan emisi karbon (72 peratus), penjimatan kewangan dengan penggunaan elektrik dan bukannya petrol (49 peratus) dan untuk pengalaman pemanduan yang lebih premium (40 peratus).
Walau bagaimanapun, hampir 60 peratus pemandu Malaysia berpendapat bahawa mereka lebih suka menggunakan kenderaan petrol berbanding EV untuk masa akan datang. Antara isu-isu yang diutarakan adalah seperti kebimbangan jarak perjalanan, kos penyelenggaraan dan kesukaran mengecas kenderaan.
BMW mengatakan bahawa isu-isu ini adalah "kebimbangan semalam" atau kebimbangan masa lalu kerana teknologi yang digunakan pada EV dan juga kelengkapan ekosistemnya (termasuklah rangkaian pengecasan) sudah pun maju.
Berkaitan dengan isu jarak perjalanan, BMW memaklumkan bahawa kereta-kereta terbaharu daripada syarikat mereka kini memiliki jarak perjalanan elektrik yang hebat sehingga mampu mencapai 425 km, misalnya pada iX xDrive40. Tambah BMW, pengecasan semula hanya perlu dilakukan sekali setiap dua ke tiga minggu. Anggaran ini adalah berdasarkan tahap penggunaan kenderaan kebanyakan rakyat Malaysia iaitu kira-kira 20 km sehari.
Sistem pengecasan BMW I Wallbox misalnya, dapat mengecas penuh kereta dalam jangka masa hanya semalaman, selain kenderaan tidak perlu dicas dengan kerap. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan gangguan dalam penggunaan seharian. BMW Group Malaysia telah mula mengedarkan sistem pengecas pantas DC ke semua rangkaian pengedar BMW, lokasi awam dan lebuh raya.
Ada juga yang mengatakan kos penyelenggaraan EV adalah jauh lebih tinggi (41 peratus responden). Bagi menjawab isu ini, BMW berkata, kos untuk menyelenggara EV sebenarnya lebih rendah kerana kereta tidak memiliki banyak komponen yang perlu diservis.
Menurut syarikat, kenderaan elektrik menggunakan pek bateri modular, oleh itu kos pembaikan bateri adalah jauh lebih rendah kerana pemilik hanya perlu menggantikan modul yang rosak dan bukannya keseluruhan bateri.
Bukan itu sahaja, BMW turut menawarkan jaminan bateri selama lapan tahun/jarak perbatuan 160,000 km untuk EV yang dikeluarkan syarikat mereka. Laporan turut mendedahkan bahawa jaminan bateri (39 peratus) dan juga servis selepas jualan yang cemerlang (35 peratus) adalah dua sebab utama yang menarik pemandu untuk beralih kepada kenderaan elektrik.
Dengan 45 peratus responden mengatakan kos sebagai masalah, sokongan kerajaan melalui bajet 2022 untuk penggunaan EV dengan menurunkan cukai bagi kenderaan ini memainkan peranan penting untuk mendorong pembeli menggunakan EV.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Viser berkata, " Kesedaran dan keterujaan ditunjukkan terhadap mobiliti lestari adalah amat menggalakkan. Pemandu Malaysia melihat EV sebagai gerbang kepada pengalaman pemanduan yang lebih premium.
"Sebagai perintis dalam mobiliti elektrik di Malaysia dan setelah berada dalam bidang ini sejak tahun 2015, kami dapat melihat bagaimana sambutan dan semangat pemandu Malaysia untuk beralih kepada EV namun begitu, mereka masih sangsi dengan isu-isu yang menyelubunginya – semuanya kami sedang tangani dengan aktif."
Beliau menambah, “Selain memperkenalkan kenderaan yang terbaik daripada BMW i, kami juga telah membangunkan infrastruktur pengecasan kenderaan secara proaktif.
"Kami dapat mengubah persepsi bakal pemilik EV di Malaysia dengan adanya kemajuan ketara yang telah dibuat."
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC6745
SELANGOR
BSE5920
JOHOR
JXW8708
PULAU PINANG
PRQ4890
PERAK
ANV5274
PAHANG
CFB7186
KEDAH
KGA4986
NEGERI SEMBILAN
NEF8016
KOTA KINABALU
SJK8364
KUCHING
QAB3356L
Terakhir Kemas Kini 11 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
-0.08
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
-0.08
EURO 5 B7
RM 3.00
-0.08
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2025
Berita Berkaitan
Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.
BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.
13-03-2024
Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023
BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.
04-05-2023
BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?
Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.
29-09-2022
BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring
Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.
15-08-2022
9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!
BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.
15-07-2022
BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi
BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.
29-06-2022
BMW Buka Kilang RM9.87 Bilion Di China Untuk Percepat Pengeluaran EV
BMW Jerman telah membuka kilang baharu bernilai AS$2.24 bilion (RM 9.87 bilion) di China
24-06-2022
Berita Terkini
MAS 2025: AION V Didedah, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2025
Generasi kedua GAC Aion V akhirnya tampil buat pertama kali secara umum di Malaysia menerusi MAS 2025.
10-05-2025
MAS 2025: Jetour eVT5 EV Didedah, SUV B-Segmen, Jarak Gerak Hingga 356km
Adakah model ini bakal menjadi EV yang ditawarkan pada harga bawah RM100,000 di negara kita?
10-05-2025
MAS 2025: Jenama EV Terbaru, SoloEra, Pamer Tiga Motosikal - Bateri Boleh Tukar
MAS 2025 bukan sahaja dimeriahkan dengan himpunan pelbagai model empat roda baharu, tetapi turut menyaksikan kehadiran lebih sedozen jenama motosikal.
10-05-2025
MAS 2025: smart #1 BRABUS Edisi Terhad Didedah, Hanya Ada 20 Unit
smart #1 Brabus Limited Edition yang didedahkan di MAS 2025, hanya ditawarkan 20 unit di seluruh negara.
10-05-2025
MAS 2025: PEKEMA Sahkan 2 Lagi Model EV Bakal Dilancar
PEKEMA bakal lancar dua model baharu iaitu sedan dan SUV.
10-05-2025
MAS 2025: KINETA & Charge+ Meterai Kerjasama, Sasar Perluas Rangkaian Pengecas EV
Syarikat penyedia penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) tempatan, KINETA, mengumumkan kerjasama strategik bersama Charge+.
09-05-2025
MAS 2025: Zeekr 009 Executive, Tempahan Dibuka, Hanya Berharga RM310K Untuk 500 Pembeli Pertama
Zeekr melancarkan Zeekr 009 Executive, pada MAS 2025.
09-05-2025
MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5
smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.
08-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat