ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Emira: Harga Bermula RM1.1 Juta

Suhana Veru

Kongsi melalui

Lotus Cars Malaysia memperkenalkan jentera terbaharunya, Lotus Emira Edisi Pertama yang dijual bermula dari harga RM1,131,800.

Namun ada berita baik untuk penduduk di Langkawi kerana ia dijual pada RM456,900 di negeri berkenaan.

Lotus Emira 2022 yang menggantikan model Elise, Exige dan Evora itu menggunakan enjin V6 dan enjin 2.0 liter M139 AMG.

Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa 400hp dan tork 430Nm yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan.


Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) sekitar 4.3 saat dengan kelajuan tertinggi 290 kilometer sejam) km/j.

Malah, ada tiga pilihan transmis iaitu manual, automatik dan dual-klac (DCT).

Varian 3.5L hadir dengan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik, manakala varian 2.0L dilengkapi transmisi DCT.

Melihat kepada luarannya, ia digandingkan dengan rim berjejari-V bersaiz 20 inci dengan dua kemasan berbeza.


Terdapat dua cakera brek dengan kaliper yang berjenama. Ia adalah sebahagian daripada spesifikasi Edisi Pertama termasuk Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Model ini juga hadir dengan dPakej Tour dimana ia dilengkapi suspensi touring yang dipasang dengan tayar Goodyear Eagle F1, manakala Sports pula hadir dengan suspensi sporty bersama tayar Michelin Sport Cup 2.

Menjengah bahagian luarannya, Emira dihiasi dengan lampu LED, kemasan ekzos titanium, cermin pintu lipatan berkuasa dan sensor undur kereta.


Sebagai pilihan, terdapat tujuh pilihan warna dalaman, yang menarik tiada sebarang kos tambahan dikenakan ke atas pelanggan.

Ia terdiri daripada warna kulit Nappa tan, merah, hitam, kelabu dan tan, serta Alcantara hitam dengan jahitan merah, kuning atau kelabu.


Mengenai kabinnya, tempat duduk boleh laras 12 cara dengan fungsi memori, sistem infotainmen bersaiz 10.25 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.


Selain itu,  paparan kluster meter  pula dikatakan bersaiz12.3 inci. Kereta sports ini menggunakan sistem audio premium KEF 340 W dengan 10 saluran bunyi termasuk tiga unit pembesar suara Uni-Q dan subwoofer.

Emira ini juga dilengkapi dengan kawalan iklim, kawalan jelajah, penghidup enjin tanpa kunci dan mod pemanduannya  boleh dipilih.

Apapun, Emira ini menawarkan enam pilihan warna iaitu Seneca Blue, Magma Red, Hethel Yellow, Dark Verdant, Shadow Grey dan  Nimbus Grey.


 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS5204

SELANGOR

BSN7631

JOHOR

JYU1405

PULAU PINANG

PSB1295

PERAK

APG3874

PAHANG

CFG569

KEDAH

KGF514

NEGERI SEMBILAN

NEJ9258

KOTA KINABALU

SJR1924

KUCHING

QAB4971N

Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

08-12-2025
Global

06-06-2025
EV

04-04-2025
Global
Global

02-12-2024
Berita Auto

15-11-2024
Global

06-10-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026
Kereta Baru
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026  Kini Di Malaysia – RM198,000

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Kereta Baru
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.