Jaguar XF Harga Bermula RM498K
Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) memperkenalkan Jaguar XF baharu yang ditawarkan pada harga sekitar RM498,800.

Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan & Pengedaran, Sime Darby Motors Malaysia, Jeffry Gan berkata, pihaknya berusaha untuk menawarkan kenderaan bertaraf dunia yang memenuhi keperluan dan keinginan rakyat Malaysia.
“Oleh itu, Jaguar XF dihasilkan sebagai sebuah sedan mewah bersaiz sederhana yang terbaik dalam kelasnya serta terkenal dengan prestasi luar biasanya.
“Menerusi pertumbuhan yang berterusan dalam pasaran kereta mewah, kami yakin bahawa model terbaru ini pasti menarik perhatian pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, Jaguar XF baharu ini menawarkan kemewahan yang agak moden.
“Dengan reka bentuk berinspirasi, dilengkapi teknologi terkini selain menawarkan pemanduan dinamik, kami berbesar hati untuk sekali lagi menyediakan pengalaman pemanduan kenderaan yang lebih baik kepada pelanggan,” katanya.

Bahagian Luaran:
• Gaya bentuk hadapan yang diubahsuai dengan gril baharu
• Lampu depan LED dengan ciri eksklusif ‘Double J’
• Bampar belakang dengan rupa yang lebih moden


Bahagian Dalaman:
• Konsol tengah lebih bergaya, bersambung ke papan pemuka
• Pengecas tanpa wayar
• Skrin sentuh HD kaca melengkung bersaiz 11.4 inci, ada teknologi maklumat Pivi Pro terkini.
• Skrin HD tiga kali lebih cerah, 48% lebih besar daripada model terdahulu
• Ada Apple CarPlay, Android Auto

Ciri-Ciri Lain:
• Ada teknologi Pembatalan Bunyi Aktif -mmengurangkan bunyi persekitaran yang didengar oleh penumpang bagi memastikan perjalanan yang lebih tenang.
• Kawalan Jelajah Adaptif - melaraskan pendikit secara automatik berdasarkan jarak dari kenderaan di hadapan
• Pantau Keadaan Pemandu - memastikan pemandu mampu mengendalikan kenderaan untuk menjamin keselamatan

Menerusi tawaran harga yang bermula dari RM498,800 (dengan 10% SST tidak termasuk Cukai Jalan, Pendaftaran dan Insurans), Jaguar XF baharu ini boleh didapati dalam versi R-Dynamic.
Ia dikuasakan dengan enjin 250PS Ingenium petrol empat silinder bersaiz 2.0 liter dimana ia mampu b memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 7.1 saat .
Enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan Jaguar yang boleh dikawal menggunakan pedal penukar gear stereng untuk meningkatkan kawalan pemandu.
Bagi yang berminat, anda digalakkan untuk membuat pesanan dengan segera.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5259
SELANGOR
BSN7647
JOHOR
JYU1425
PULAU PINANG
PSB1341
PERAK
APG3907
PAHANG
CFG592
KEDAH
KGF706
NEGERI SEMBILAN
NEJ9259
KOTA KINABALU
SJR1926
KUCHING
QAB4975N
Terakhir Kemas Kini 05 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5
Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.
26-11-2024
Pakej Stealth Buat I-Pace Lebih Menonjol
Para pemilik Jaguar I-PACE yang berhasrat untuk meningkatkan nilai estetik kereta mereka kini boleh mendapatkan Pek I- PACE Stealth.
30-11-2023
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Lantik Presiden Baharu
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melantik Mohd Shamsor Mohd Zain sebagai Presiden baharu bagi penggal 2023/2024,
10-04-2023
Range Rover L460, Enjin V8, Harga Masih Belum Didedahkan
Jaguar Land Rover Malaysia mengesahkan pihaknya akan melancarkan kenderaan utiliti sukan mewahnya, Range Rover L460 pada pertengahan Februari ini.
20-01-2023
Land Rover Discovery Metropolitan Edition Diperkenalkan
Land Rover perkenalkan variasi terbaharu, Metropolitan Edition.
16-11-2021
Land Rover Defender Bakal Gegarkan Pasaran Malaysia!
All New Land Rover Defender akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
19-08-2021
Sime Darby Auto Connexion Merangkul Anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards!
Jaguar Land Rover Malaysia telah berjaya merangkul anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards 2020/21.
11-06-2021
Berita Terkini
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Tempahan Honda Prelude sudah dibuka.
01-04-2026
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
