ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Honda BR-V Dilancarkan Di Thailand, Harga Bermula RM115K

Suhana Veru

Kongsi melalui

Nampaknya, Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. secara rasminya telah memperkenalkan generasi kedua Honda BR-V  di negara itu pada Jumaat lalu.

Tidak seperti pendahulunya, leleran kedua crossover 7-penumpang ini bukan sahaja ditingkatkan dengan pelbagai ciri keselamatan tetapi teknologi dan penggayaannya juga dikhabarkan telah disemak semula dengan sepenuhnya.


Ia didatangkan dalam dua pilihan trim:

Varian E

Varian EL

Bagaimanapun, kedua-dua varian ini didatangkan dengan pakej trenkuasa yang sama iaitu enjin berkapasiti 1.5 liter NA DOHC i-VTEC empat-silinder petrol.

Ia dipadankan dengan transmisi automatik CVT sekali gus mampu menghamburkan kuasa 121 PS/145 Nm.

Seperti saingan 7-penumpang yang lain, Honda BR-V spesifikasi Thailand ini sebenarnya diimport sepenuhnya (CBU) dari Indonesia.

Sementara itu, Honda Thailand turut mendakwa bahawa model BR-V ini mencatatkan kadar penjimatan bahan api serendah 16.1 km/L (6.2 L/100 km) yang merupakan antara kenderaan 7-penumpang yang paling cekap dalam kelasnya.

Menyentuh mengenai dimensinya, jentera baharu ini dilaporkan telah dibesarkan sedikit.

Edisi kali ini didatangkan dengan ukuran dimensi 4,490 milimter (mm) panjang, 1,780 mm lebar, 1,685 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,695 mm.


Selain daripada reka bentuk dan gayanya, perubahan paling ketara dalam crossover ini boleh dilihat menerusi senarai ciri-ciri keselamatannya.

Untuk info, kedua-dua varian ini didatangnya dengan ciri-ciri keselamatan seperti berikut:

Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)

Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)

Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (RDM)

Sistem Amaran Lencong (LDW)

Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

Notifikasi Pergerakan Kenderaan Depan (LCDN)


Ciri-ciri keselamatan yang disebutkan di atas itu turut dilengkapi dengan:

Kamera Honda LaneWatch

Sistem peringatan tali keledar

Brek Anti Kunci (ABS)

Agihan Daya Brek Elektronik (EBD)

Bantuan Brek (BA)

Bantuan  Kestabilan Kenderaan (VSA)

Bantuan daki bukit

Bagaimanapun, terdapat perbezaan jumlah beg udara yang mana varian E menerima empat beg udara, manakala EL (6 beg udara).


Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa lagi yang ditawarkan BR-V baharu ini?

Berikut adalah perinciannya:

Paparan kluster instrumen pelbagai info 4.2-inci

Kerusi balutan kulit kombinasi dua-tona (Hitam dan Mocha Grey)

Pendingin automatik (dengan corong di belakang)

Sistem tanpa kunci

Butang penghidup enjin 

Kawalan jauh penghidup enjin

Skrin sentuh tujuh-inci (dengan Android Auto dan Apple CarPlay)

Stereng balutan kulit

Empat-pembesar suara

Bagi varian EL, ia hadir dengan beberapa ciri tambahan seperti:

Roda lebih besar bersaiz 17-inci (dengan tayar 215/55)

Gril hadapan piano black

Lampu kabus hadapan LED

Cermin sisi boleh dilipat secara automatic

Pedal penukar gear

Kerusi balutan kulit kombinasi serba hitam

Tambahan dua lagi unit pembesar suara (keseluruhan enam unit)

Terdapat banyak soket berkuasa 


Menyentuh mengenai harganya, sudah dijangkakan bahawa harga yang ditawarkan agak keras berbanding model generasi pertama.

Apa tidaknya, jentera baharu ini didatangkan dengan ciri keselamatan yang sudah ditingkatkan.

Harga varian E bermula dari THB 915,000 (RM 113,897) dan varian EL yang berharga dari THB 973,000 (RM 121,121).

Generasi pertama Honda BR-V sebelum ini ditawarkan pada harga antara THB765,000 (RM95,217)and THB835,000 (RM103, 931).

Apapun, crossover ini dijangka akan tembusi pasaran Malaysia namun dengan tawaran harga yang lebih premium.

Biarpun, tarikh pelancaran masih belum didedahkan namun dikhabarkan ia akan pada suku keempat tahun ini.

Mungkin ini akan menjadi pilihan anda berbanding Toyota Veloz atau Mitsubishi Xpander?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC1189

SELANGOR

BSQ7208

JOHOR

JYY4103

PULAU PINANG

PSC9160

PERAK

APJ1415

PAHANG

CFG7467

KEDAH

KGG4615

NEGERI SEMBILAN

NEK6219

KOTA KINABALU

SJS3576

KUCHING

QAB9690N

Terakhir Kemas Kini 16 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-01-2024
Berita Auto

20-03-2023
Berita Auto

21-06-2022
Berita Auto

11-05-2022
Berita Auto

13-04-2021
Berita Auto

Honda tawar rebat bernilai RM5,000

Rebat itu akan berakhir pada hujung Mac ini.

23-03-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?

12-06-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran

Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.

05-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.