- Berita
- Kereta Baru
- Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja

Demam Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 nampaknya semakin hangat apabila Hyundai Motor Malaysia (HMY) baru sahaja menggemparkan suasana pameran dengan membuat kemunculan mengejut model yang paling dinanti-nantikan tahun ini: Hyundai STARGAZER Baharu.
Langkah berani ini membuktikan strategi agresif Hyundai yang kini bergerak pantas daripada segmen kenderaan elektrik (EV) berprestasi tinggi kepada kenderaan keluarga serba boleh. Bagi pasaran Malaysia, ini adalah isyarat jelas bahawa Hyundai serius mahu mendominasi setiap fasa kehidupan mobiliti anda.

Bukan Sekadar Kereta, Ini Adalah Sebuah "Wehicle"!
Ada istilah menarik yang diperkenalkan oleh Hyundai kali ini. Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen, menyifatkan STARGAZER baharu ini sebagai sebuah ‘Wehicle’ (Kenderaan Kita).
“Ia bukan sekadar tentang kereta, tetapi tentang orang di dalam dan di sekelilingnya. Kami percaya bahawa elemen 'KITA' (WE) dalam ‘WEhicle' adalah bahagian yang paling penting.
"Oleh kerana 'KITA' itu penting, Hyundai mereka bentuk kereta ini untuk menjadi teman jalan raya yang pintar dan melindungi keluarga moden di Malaysia," katanya.


Reka Bentuk Futuristik & Varian 'Abang Sado' STARGAZER X
Lupakan reka bentuk MPV kotak yang membosankan. Hyundai STARGAZER memecah tradisi dengan:
- Siluet Aerodinamik: Rupa paras yang kemas.
- Bar Lampu LED 'H': Rekaan ikonik melintasi bahagian belakang yang pastinya menjadi tumpuan di jalan raya.
Bagi keluarga muda yang mahukan imej lebih ranggi dan sporty, Hyundai turut membawa kejutan ekstra lewat varian STARGAZER X. Varian yang diispirasikan daripada gaya SUV ini tampil lebih 'sado' dengan bampar sporty, spoiler belakang, overfender, dan kemasan lencana berona hitam.
Ruang Dalaman: 'Sanctuary' Mewah Untuk Ahli Keluarga

Masuk ke dalam kabin tiga baris tempat duduknya, ia tidak terasa seperti sebuah kenderaan pengangkut biasa, tetapi lebih kepada sebuah ruang istirahat yang luas. Antara fungsi premium yang dimuatkan termasuklah:
- Paparan Digital Imersif: Skrin gergasi berskala sehingga 10.25 inci.
- Kemudahan Moden: Pad pengecasan peranti tanpa wayar (wireless charging).
Mesra Anak-Anak: Meja bersepadu di belakang tempat duduk—sangat praktikal untuk perjalanan jauh atau menyuap makanan anak.

Di bawah reka bentuk futuristik ini, STARGAZER digerakkan oleh enjin 1.5-liter Smartstream yang dipadankan dengan Intelligent Variable Transmission (IVT) untuk pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api.
Aspek keselamatan juga tidak dipandang remeh dengan kehadiran pakej ADAS Hyundai SmartSense (termasuk Smart Cruise Control dengan fungsi Stop & Go). Paling mengujakan, ia hadir dengan jaminan 8 Tahun/160,000km yang pastinya membuatkan pesaing lain tidak senang duduk!
Harga Anggaran Bermula RM99,XXX – Tempahan Kini Dibuka!


Pratonton eksklusif ini sedang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) sehingga 21 Jun 2026. Jika anda sedang berkira-kira untuk menukar kenderaan , ini tiga varian yang boleh anda tempah sekarang
| Varian | Anggaran Harga | Layout Tempat Duduk |
| STARGAZER Style | RM 99,XXX | 7-Tempat Duduk |
| STARGAZER Prime | RM 109,XXX | 7-Tempat Duduk |
| STARGAZER X | RM 121,XXX | 6-Tempat Duduk (Captain Seat) |
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW5725
SELANGOR
BSU7246
JOHOR
JG6417J
PULAU PINANG
PSH642
PERAK
APM6025
PAHANG
CFJ2915
KEDAH
KGJ6533
NEGERI SEMBILAN
NEM4551
KOTA KINABALU
SJU8276
KUCHING
QAB8907P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


