Kini Boleh Bayar Minyak Guna Touch 'n Go RFID Di Shell
Touch ‘n Go Group dan Shell Malaysia telah merasmikan pengisian petrol tanpa tunai menggunakan Touch 'n Go RFID di 88 stesen minyak Shell seluruh negara. Menjelang akhir tahun, bilangan stesen Shell yang menawarkan pengalaman pengisian tanpa tunai ini bakal meningkat kepada lebih daripada dua kali ganda.
Pelanggan kini boleh membuat pembayaran di stesen tanpa perlu menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit atau terminal tempat jualan (POS) memandangkan bayaran telah dibuat secara automatik menggunakan eWallet Touch ‘n Go yang dihubungkan kepada RFID pelanggan. Shell turut mengintegrasikan sistem RFID dengan BonusLink, membolehkan pelanggan mendapat mata ganjaran yang juga secara automatik.
"Kami bernasib baik kerana rakan kongsi, Shell seiring hasrat kami untuk menyediakan pelanggan pengalaman pemanduan tanpa tunai, tanpa sentuh dan membantu kami menambah tawaran yang lebih inovatif untuk kedua-dua pelanggan.
"Setakat ini, kami memberi tumpuan untuk mempromosikan RFID sebagai kaedah pembayaran tol. Namun, gabungan RFID dan eWallet membolehkan kami mengembangkan penggunaannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Touch 'n Go Group, Effendy Shahul Hamid.
Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Sistem Touch ‘n Go RFID Di Shell?
Langkah #1: Pelanggan mestilah sudah menghubungkan Touch ‘n Go RFID kepada akaun Touch ‘n Go eWallet.
Langkah #2: Touch ‘n Go eWallet memerlukan pendaftaran dan pengaktifan hanya sekali buat pertama kali.
Langkah #3: Pelanggan hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang isian minyak khas RFID selepas pengaktifan yang berjaya.
Langkah #4: Kenderaan akan dikenalpasti dalam masa hanya beberapa saat, dan duit akan ditolak secara automatik daripada Touch n’ Go eWallets pelanggan. Tak perlu tunggu lagi, boleh isi minyak!
Ganjaran Kepada Pengguna
25,000 pelanggan pertama yang membeli petrol di stesen menggunakan Touch ‘n Go RFID dari 10 Ogos hingga 16 September 2022 ini, akan menerima ganjaran istimewa.
Bagi mendapatkan ganjaran berjumlah RM10, pelanggan hanya perlu membelanjakan minimum RM50 untuk transaksi Touch ‘n Go RFID yang pertama di mana-mana stesen Shell. Pelanggan yang layak menerima rebat ini hanyalah pengguna yang pertama kali menggunakan ciri ini.
Untuk melihat senarai penuh stesen yang menawarkan pembayaran menggunakan RFID, boleh kilik pada pautan Shell ini.
Untuk mendapatkan lebih informasi mengenai Touch ‘n Go RFID boleh klik di sini atau di sini.
Baca: Pengguna Bertuah RFID Menang 5.6 Juta Mata Ganjaran, Pin Tambah Nilai TnG RM14K!
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPK7531
SELANGOR
BSG4226
JOHOR
JYD5347
PULAU PINANG
PRS5143
PERAK
ANX9766
PAHANG
CFC6976
KEDAH
KGB4482
NEGERI SEMBILAN
NEG4978
KOTA KINABALU
SJL7824
KUCHING
QAB7044L
Terakhir Kemas Kini 22 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.11
+0.03
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Shell Malaysia Bantu Kembangkan Produk Pengusaha SME
Shell Malaysia mengumumkan pihaknya bakal menawarkan lebih banyak produk termasuk produk terpilih daripada 29 peserta program di bawah program Realisasi Impianmu Bersama Shell di Shell Select.
13-09-2021
Kemenangan Bersejarah Dunia! Shell Diperintah Mengurangkan Pembebasan Karbon Dioksida! Ini Pejuangnya...
Syarikat minyak gergasi dunia, Shell, bertanggungjawab atas perubahan suhu dan iklim dunia.
17-06-2021
Jaringan Pengecasan EV Berprestasi Tinggi Pertama oleh Porsche Asia Pacific dan Shell untuk Perjalanan dari Singapura hingga Penang!
Porsche Asia Pacific dan Shell telah mengumumkan kerjasama untuk mewujudkan rangkaian pengecasan EV berprestasi tinggi yang pertama di rantau Asia Tenggara
01-04-2021
Berita Terkini
Lagi Kereta Masuk Dalam Tasik, Wanita Maut, Anak Terselamat
Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terjunam ke dalam tasik.
21-07-2025
Tiggo 7, Tiggo 8 Hadir Dengan Teknologi Chery Super Hybrid, Harga Anggaran Masih Belum Didedah
Chery Malaysia mendedahkan sekali lagi Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV) Chery Super Hyvrid (CSH), di ibu negara sebentar tadi.
21-07-2025
Bas IPT, SBP Juga Akan Diwajibkan Guna Tali Pinggang Keledar?
JPJ bakal memperketat penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas milik institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah berasrama penuh seluruh negara.
21-07-2025
Budak 11 Tahun, Pemegang Kad UNCHR, Pandu Kereta Ibu Sebelum Terbabas
Baru 11 tahun sudah berani memandu kereta. Padahnya? Kereta dipandu terperosok ke dalam longkang.
21-07-2025
Pempengaruh Bukannya Lemas, Rupanya Larikan Diri Selepas Tenggelamkan Kereta Bini
Sanggup menyusahkan pihak berkuasa demi kepentingan diri.
19-07-2025
Tragedi UPSI: Bas Dipandu Dua Kali Ganda Had Laju!
Bas dipandu dua kali ganda melebihi had laju jadi punca nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melayang.
19-07-2025
Dalam 10 Hari, Proton X50 Facelift 2025 Terima 5,000 Tempahan!
Proton X50 Facelift 2025 nampaknya sudah menyerlahkan daya penariknya kerana baru sahaja sekitar 10 hari tempahan dibuka, lebih 5,000 unit telah ditempah.
19-07-2025
Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT 3 Diluluskan
Skim Rel Akhir bagi Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Laluan Lingkaran diluluskan secara rasmi.
18-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat