ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mat Rempit Panas Punggung, Berdepan Hukuman Lebih Berat

Suhana Veru

Kongsi melalui


Kepada mat rempit, jika selepas ini anda mahu merempit, harap anda fikir dua kali sebelum merempit. Ini kerana jika anda didapati merempit, hukuman RM10,000 menanti anda!

Dikhabarkan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda dengan hukuman lebih berat bagi membanteras kegiatan lumba haram.


Buat masa ini,  hukuman bagi lumba haram cuma RM300 dan selepas akta  itu dipinda, kadar saman akan dinaikkan sehingga RM5,000 atau RM10,000.

Malah, ibu bapa mat rempit di bawah 18 tahun juga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan. 

Tidak hanya itu, pemilik bengkel yang terlibat atau bersekongkol dalam mengubah suai motosikal bagi kegunaan lumba haram turut akan dikenakan tindakan dengan menarik balik lesen bengkel mereka.

Perkara itu disahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak.


ISHAM Ishak bersalaman dengan Mat Kasim Karim sambil diperhatikan Mohd. Shuhaily Mohd. Zain (kiri) dalam sidang akhbar mengenai isu mat rempit di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di George Town.

Untuk info, pindaan akta itu akan dibentangkan pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat pada tahun depan bagi memberi kuasa kepada Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menguatkuasakan akta itu dengan lebih menyeluruh.

Hukuman denda yang lebih berat dikenakan ke atas mat rempit selepas ini apabila lima penunggang motosikal maut kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan lumba haram di di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Pulau Pinang.

Sebenarnya, masalah rempit memang tak habis namun dengan pelaksaan hukuman ini nanti, harap ia dapat ‘memperlahankan’ kegiatan lumba haram.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPR9579

SELANGOR

BSH7021

JOHOR

JYG5401

PULAU PINANG

PRT9315

PERAK

APB1627

PAHANG

CFD4526

KEDAH

KGC2455

NEGERI SEMBILAN

NEH736

KOTA KINABALU

SJM5571

KUCHING

QAB1520M

Terakhir Kemas Kini 12 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.90

+0.02

EURO 5 B7

RM 3.10

+0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2025

Berita Terkini

Berita Auto
Semua Penumpang Kereta Wajib Pakai Tali Pinggang, Tarikh Penguatkuasaan Masih Belum Diputuskan

Semua Penumpang Kereta Wajib Pakai Tali Pinggang, Tarikh Penguatkuasaan Masih Belum Diputuskan

JPJ bakal melaksanakan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna dan penumpang kenderaan persendirian di seluruh negara.

11-09-2025
Berita Auto
Bomba Selamatkan Lelaki Tersangkut Di Tiang MRT, Mujur Tak Mati

Bomba Selamatkan Lelaki Tersangkut Di Tiang MRT, Mujur Tak Mati

Seorang lelaki bernasib baik kerana diselamatkan pasukan penyelamat selepas dia didapati terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT)di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

11-09-2025
Berita Auto
JPJ Keluar 1,415 Saman Kepada Penumpang, Pemandu Bas Sebab Tidak Pakai Tali Pinggang

JPJ Keluar 1,415 Saman Kepada Penumpang, Pemandu Bas Sebab Tidak Pakai Tali Pinggang

JPJ telah mengeluarkan sejumlah 1,415 notis saman kepada penumpang serta pemandu kenderaan perkhidmatan awam atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

11-09-2025
Berita Auto
Cuti Sekolah Seminggu: 2.2 Juta Kereta  Sehari Di Lebuhraya PLUS

Cuti Sekolah Seminggu: 2.2 Juta Kereta Sehari Di Lebuhraya PLUS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya sempena cuti persekolahan dan sambutan Hari Malaysia.

11-09-2025
Berita Auto
Kempen Servis Ihsan Madani Diperkenal Demi Ringankan Kos Pemilik Model PIES

Kempen Servis Ihsan Madani Diperkenal Demi Ringankan Kos Pemilik Model PIES

Kempen Servis Ihsan MADANI boleh didapati di semua pusat servis sah PROTON di seluruh negara dari 11 September hingga 11 November 2025.

11-09-2025
Berita Auto
Projek ECRL Siap Lewat Sebab Kecurian Kabel

Projek ECRL Siap Lewat Sebab Kecurian Kabel

China Communications Construction Sdn Bhd (CCCECRL) mengakui projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berisiko mengalami kelewatan susulan insiden kecurian kabel berterusan di sepanjang jajaran rel itu dari Temerloh ke Bentong, Pahang.

11-09-2025
Berita Auto
iCaur Malaysia Bakal Perluas Cawangan Pusat Jualan & Servis, CKD Mula 2026

iCaur Malaysia Bakal Perluas Cawangan Pusat Jualan & Servis, CKD Mula 2026

Selepas pelancaran rasmi iCaur 03, SUV elektrik ranggi dari subjenama baharu Chery baru-baru ini, iCaur Malaysia kini menumpukan usaha untuk merangka pengembangan rangkaian jualan dan servis di negara ini.

11-09-2025
Berita Auto
Rekod Cemerlang: Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam 36 Bulan, Lepas 100,000 Unit Untuk Tahun Ini

Rekod Cemerlang: Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam 36 Bulan, Lepas 100,000 Unit Untuk Tahun Ini

PROTON mencatat prestasi jualan terbaik dalam tempoh 36 bulan apabila berjaya menjualsebanyak 15,228 unit (Domestik + Eksport) pada bulan Ogos 2025.

11-09-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.