ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sejarah Perodua: Dari Kancil Kepada King Myvi 2022 (Evolusi Perodua Myvi)

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Bersempena dengan bulan kemerdekaan, untuk artikel kali ini jom kita kenal dengan lebih dekat satu lagi jenama kebanggaan negara Malaysia, Perodua. 


Sebelum ini, admin pernah kongsikan sejarah pengeluar kereta pertama Malaysia, Proton, kalau belum baca, boleh klik artikel ini:  Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022


Perodua ataupun singkatan kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar ‘kedua’ negara kita, seperti yang disebut dalam namanya, selepas Proton. Sehingga 31 Disember 2021 sejak awal penubuhannya, syarikat ini telah berjaya menjual lebih empat juta unit kenderaan! 



Ditubuhkan pada tahun 1993, misi Perodua adalah untuk menghasilkan kenderaan mampu milik yang berkualiti tinggi dan mencapai standard global. Ini terbukti apabila produk-produk yang dikeluarkan syarikat menerima permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia. Cuba kira berapa biji Perodua anda akan terjumpa setiap kali keluar rumah? 


KENAPA RAKYAT MALAYSIA SUKA GUNA PERODUA?


Banyak sebab kenapa jenama ini menjadi pilihan ramai. Berikut adalah antara sebabnya:


#1 Harga mampu milik


Ini menjadi kriteria penting bagi rakyat Malaysia. Sebagai jenama keluaran tempatan, kos penghasilan dan logistiknya juga tidak setinggi kereta-kereta import lain. Yang menambahkan keistimewaan Perodua, walaupun murah, kualitinya juga tidak mengecewakan (lihat poin seterusnya).  


#2 Berkualti tinggi dan tahan lasak


Untuk pengetahuan pembaca, Perodua menggunakan teknologi daripada Daihatsu/Toyota. Seperti yang kita tahu, kualiti teknologi Jepun bukanlah sesuatu yang boleh disangkal lagi. Dalam penghasilan kereta Perodua, khidmat nasihat daripada syarikat Jepun ini dimanfaatkan sepenuhnya. 


#3 Alat ganti mudah didapati


Alat ganti Perodua cukup mudah untuk didapati, lebih-lebih lagi kerana kereta-kereta keluaran jenama ini juga boleh disesuaikan dengan kereta Toyota atau Daihatsu. Tak cukup dengan itu, platform jual beli dalam talian juga banyak menawarkan alat ganti Perodua. 


#4 Mudah dijaga


Kata mat saleh, reliable, atau dalam bahasa Melayunya, mudah dijaga, tak menimbulkan banyak isu. Sudahlah murah untuk dibeli,  jimat juga dari segi penyelenggaraan. Lebih-lebih lagi dengan alat gantinya yang mudah didapati, ini menjadikan kos pembaikannya (sekiranya rosak) tidak mahal. 


#5 Perkhidmatan selepas jualan yang mantap


Perkhidmatan selepas jualan adalah salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah kenderaan. Perodua terbukti tidak mengecewakan dalam aspek ini. 


#6 Nilai jualan semula yang tinggi


Dengan kesemua kelebihan yang dinyatakan, tidak pelik kenapa Perodua terlalu laku, dan ini termasuklah sebagai sebuah kereta terpakai. Tak percaya? Baca artikel ini: Senarai Model Kereta Tak Jatuh Harga (spoiler: dikuasai oleh Perodua). 


PRODUK PERTAMA: PERODUA KANCIL




Produk pertama Perodua dikeluarkan pada bulan Ogos 1994. Sebuah kereta yang dinamakan Perodua Kancil dirasmikan pada harga RM24,800. Sebagai bukti ketahanan produk Perodua, sehingga kini, masih ada lagi Perodua Kancil yang dapat dilihat meluncur di jalan raya.


Secara keseluruhannya, sekitar 14,000 unit Kancil dieksport ke 19 buah negara termasuk Mauritius, Sri Lanka, United Kingdom dan Brunei


Tahukah anda? Pada bulan September 1997, Perodua telah mengeksport Perodua Kancil ke United Kingdom. Di sana, model ini dikenali sebagai Perodua Nippa. Ketika itu, model ini ialah kereta termurah yang ditawarkan di negara tersebut.


PRODUK TERLARIS: PERODUA MYVI


Jenama Perodua juga terkenal sebagai ‘ibu’ kepada ‘king’ Malaysia, Perodua Myvi. Pada tahun 2005, kereta hatchback segmen B ini dilancarkan. Siapa sangka, setelah hampir 20 tahun, Myvi masih menjadi buah mulut ramai dan kekal laris sehingga kini. 



[TULAR] King Myvi Kini Jadi Kereta Peronda Polis?


BAGAIMANA KING MYVI MENDAPAT NAMANYA?


Apa sebenarnya maksud Myvi? Ada maksud ke? Atau sekadar nama fancy yang direka? Untuk pengetahuan semua, “Myvi” merupakan singkatan kepada perkataan “My Vehicle,” “My Vision” dan “Malaysian Vision.” 


Berdasarkan laman web Daihatsu, Myvi dihasilkan untuk menjadi sebuah kereta yang seronok dipandu dan memberikan rasa bangga kepada pemiliknya. Hmm… kedengaran tepat sekali. Ramai anak muda bangga dan seronok dengan Myvi yang dimiliki, lihat sahaja berapa ramai yang suka mempercantik Myvi masing-masing melalui pelbagai modifikasi. 


EVOLUSI PERODUA MYVI


PERODUA MYVI GENERASI PERTAMA


PERODUA MYVI 2005




Seperti yang dikatakan tadi, model ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2005. Generasi pertama Myvi ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu enjin 1.0L tiga silinder  EJ-VE dan juga enjin 1.3L empat silinder K3-VE.


Bagi varian 1.0L hanya transmisi manual yang ditawarkan, sementara itu varian 1.3L pula terdapat dalam versi transmisi manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan. 


FACELIFT 2008




Versi facelift Perodua Myvi generasi pertama hadir tiga tahun selepas pelancarannya iaitu pada 22 Ogos 2008. Perubahan dapat dilihat pada sudut depannya yang kelihatan lebih agresif. Dari segi hiburan, pemain audio Myvi kali ini boleh membaca fail WMA dan MP3.


Versi Premiumnya pula hadir dengan sambungan USB dan bluetooth. Pada 10 Oktober 2008, Myvi SE dilancarkan dengan beberapa ciri baharu termasuklah kit badan penuh serta spoiler wing pada bahagian belakang. 


PERODUA MYVI GENERASI KEDUA


PERODUA MYVI 2011




Myvi generasi kedua atau yang diberi gelaran sebagai “Myvi Lagi Best” dilancarkan pada 16 Jun 2011. Versi 1.3L ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Premium dan Elegance, sementara versi 1.5L ditawarkan dalam dua varian iaitu Special Edition dan Extreme. 


Versi 1.5L yang ditawarkan membuktikan kuasa sebenar yang mampu dicapai oleh sebuah kereta berbadan sekecil ini. Ciri menarik lain pada keluaran 2011 ialah tombol gear yang dialihkan kepada papan pemuka. Pada varian Elegance, terdapat sistem navigasi DVD berskrin penuh 6 inci. 


Kesemua varian hadir dengan dua pilihan transmisi iaitu automatik empat kelajuan dan manual lima kelajuan. Versi terlaris ketika ini ialah Myvi SE kuning. 


FACELIFT 2015




Beberapa tahun kemudian, versi facelift bagi generasi kedua dilancarkan. Myvi 2015 mengekalkan banyak reka bentuk sama dengan keluaran tahun 2011, tetapi tampil lebih menawan dan hadir dengan beberapa ciri standard tambahan.


Ketika ini, Perodua mula menyediakan kunci yang apabila ditekan sekali, hanya akan membuka pintu di bahagian pemandu, dan perlu ditekan dua kali untuk membuka kesemua pintu. Ciri keselamatan yang pada pendapat penulis, cukup penting terutamanya bagi pemandu wanita yang berseorangan. 


Terdapat juga beberapa perubahan di bahagian dalam kereta misalnya pemasangan paparan pelbagai info yang kini hadir dengan maklumat servis kereta. 


PERODUA MYVI GENERASI KETIGA


PERODUA MYVI 2018




Pada penghujung tahun 2017, Perodua memperkenalkan Myvi generasi ketiga. Buat pertama kalinya, Myvi direka sepenuhnya secara tempatan tanpa dipengaruhi oleh Daihatsu Boon/Toyota Passo seperti dua generasi sebelum ini. 


Datuk Aminar Rashid Salleh, yang merupakan CEO Perodua ketika itu, berkata, “Myvi serba baharu ini ialah model Perodua pertama yang direka secara tempatan sepenuhnya, tanpa pengaruh asing. Membuktikan keyakinan rakan kongsi teknologi kami, Daihatsu, terhadap kebolehan Perodua. Ia juga membolehkan kereta itu disesuaikan mengikut keperluan dan kehendak yang unik kepada rakyat Malaysia.”


Versi ini dilengkapkan dengan teknologi yang sebelum ini hanya ditawarkan pada kereta premium. Selain itu, Myvi 2018 juga mencatatkan pencapaian luar biasa dalam penilaian keselamatan di mana ia memperoleh penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP.


FACELIFT 2022




Pada 18 November 2021, Perodua melancarkan Myvi versi facelift, empat tahun selepas generasi ketiga diperkenalkan. 


Untuk keluaran kali ini, kesemua varian menggunakan transmisi automatik Dwi-mod CVT (DCVT) menggantikan transmisi automatik empat kelajuan yang terdapat pada model sebelum ini. Perodua juga telah menghentikan pengeluaran 1.3L versi manual kerana prestasi jualan yang tidak begitu memberangsangkan. 


Menggunakan transmisi terbaharu, kadar penggunaan bahan api kali ini adalah lebih baik iaitu daripada 21.1km/liter kepada 22.2km/liter bagi varian 1.3.


Untuk maklumat terperinci mengenai Myvi 2022, boleh klik artikel ini: Perodua Myvi Yang Dinantikan Ramai Telah Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM45,700


JENAMA KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA


Dari satu generasi ke satu generasi, Perodua tidak pernah mengecewakan rakyat Malaysia. Harga yang murah tidak semestinya tidak berkualiti, pelbagai ciri premium yang ditawarkan pada sesebuah kereta Perodua namun harganya tetap mesra rakyat.


Perodua menghadiahkan kereta berkualiti premium pada harga marhaen (Foto: Perodua)


Semoga Perodua terus melakukan inovasi dan dapat menghadiahkan yang terbaik buat rakyat Malaysia. Selamat menyambut bulan kemerdekaan yang ke-65!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPR4928

SELANGOR

BSH6064

JOHOR

JYG3659

PULAU PINANG

PRT8037

PERAK

APB391

PAHANG

CFD4156

KEDAH

KGC1843

NEGERI SEMBILAN

NEG9665

KOTA KINABALU

SJM4974

KUCHING

QAB1274M

Terakhir Kemas Kini 07 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.16

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya

Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya

Pelan pembiayaan pemilikan fleksibiliti itu juga membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka kepada model baharu.

12-08-2025
Berita Auto
Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025
Berita Auto
Imej Render Perodua Bezza Generasi Baharu Oleh Theophilus  – Lancar Tahun Ini?

Imej Render Perodua Bezza Generasi Baharu Oleh Theophilus – Lancar Tahun Ini?

Proses pembangunan Bezza baharu dari Perodua kini dipercepatkan, dan model ini dijangka bakal muncul lebih awal, iaitu seawal tahun ini.

17-07-2025
Berita Auto
Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.

20-06-2025
Berita Auto
Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion

19-05-2025
Berita Auto
Ketibaan Perodua D668 Ditangguh Sebab EV Perodua

Ketibaan Perodua D668 Ditangguh Sebab EV Perodua

Ketibaan D66B atau ‘Nexis’ ditangguh lagi.

14-05-2025
EV
Kena Intip:  Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Perodua e.MO-II sedang diuji di DUKE, baru-baru ini.

05-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Teaser Proton Saga Generasi Baharu Dipertontonkan – Sah Ada Ciri ADAS!

Teaser Proton Saga Generasi Baharu Dipertontonkan – Sah Ada Ciri ADAS!

Proton menayangkan video teaser model Saga generasi terbaru.

05-09-2025
Berita Auto
Pos Malaysia Tambah 136 Unit Van Elektrik, Sasar 100% EV Pada Tahun 2030

Pos Malaysia Tambah 136 Unit Van Elektrik, Sasar 100% EV Pada Tahun 2030

Pos Malaysia menyerlahkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar dengan memperbanyakkan lagi van berkuasa elektrik untuk khidmat penghantaran.

04-09-2025
Berita Auto
Imbas Kod QR, Sahkan Kewarganegaraan Sebelum Beli RON95 – KPDN

Imbas Kod QR, Sahkan Kewarganegaraan Sebelum Beli RON95 – KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang membangunkan satu sistem kawalan bagi menyelesaikan masalah ketirisan subsidi petrol RON95.

04-09-2025
Berita Auto
Harga Minyak Kekal Hingga 10 September Depan

Harga Minyak Kekal Hingga 10 September Depan

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 4 September hingga 10 September depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

04-09-2025
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia, Selangor FC Meterai MoU, Staria Jadi Kenderaan Rasmi Pasukan

Hyundai Motor Malaysia, Selangor FC Meterai MoU, Staria Jadi Kenderaan Rasmi Pasukan

HMY secara rasmi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pasukan Selangor FC atau lebih dikenali sebagai Red Giants.

02-09-2025
Berita Auto
GWM Ora Good Cat GT – EV Kecil Yang 'Garang' Ini Muncul Di Perarakan Merdeka

GWM Ora Good Cat GT – EV Kecil Yang 'Garang' Ini Muncul Di Perarakan Merdeka

GWM Ora Good Cat GT dalam warna kelabu Aqua Grey mencuri perhatian ramai semasa konvoi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

02-09-2025
Berita Auto
Kereta Dilanggar & Anda Tak Bersalah? Boleh Tuntut Insurans Sendiri, NCD Kekal

Kereta Dilanggar & Anda Tak Bersalah? Boleh Tuntut Insurans Sendiri, NCD Kekal

Pemandu yang tidak bersalah dan memiliki polisi insurans komprehensif kini boleh membuat tuntutan terus kepada syarikat insurans sendiri tanpa perlu menunggu pihak lawan.

02-09-2025
Berita Auto
Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya

Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya

‘Tradisi’ pengenalan model EV e.MAS kepada umum di bulan Merdeka diteruskan tahun ini untuk model hatchback kompak yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, Proton e.MAS 5.

01-09-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.