Nissan Leaf Dilancar, Harga RM168,888, Ada Program Langganan

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) secara rasminya melancarkan Nissan Leaf facelift 2023 ke pasaran Malaysia sebentar tadi.
Ia yang diimport (CBU) dari Jepun ditawarkan pada harga RM 168,888. Bagi pasaran Malaysia, Nissan Leaf facelift 2023 ini hanya ditawarkan dengan varian tunggal.
Model baharu ini merupakan versi dipertingkatkan daripada generasi kedua sejak ia diperkenalkan pada tahun 2019.

Ia dilengkapi dengan ciri baharu yang boleh meningkatkan keterujaan dan keseronokan semasa memandu di zaman elektrikfikasi ini.
Mengenai jentera ini, ia dikuasakan dengan bateri lithium-ion 40 kWh dimana ia mampu mencapai kuasa sehingga 148 hp dan tork 320 Nm.
Menyentuh mengenai daya pecutannya pula ia dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejakm (km/j) dalam 7.9 saat serta mampu mencapai kelajuan maksimum cecah 155 km/j.

Dengan sekali cas, ia sudah mampu bergerak sejauh 311 km dalam kitaran ujian NEDC.
Jarak ini dilihat lebih daripada mencukupi untuk kegunaan kebanyakan pemandu Malaysia di bandar mahupun di kawasan kampung.

Dari segi pengecasan pula, port pengecas boleh menerima dua jenis penyambung iaitu Type 1 (pengecas AC dengan kadar cas maksima 6.6 kW) dan CHAdeMO (pengecas DC pantas dengan kadar cas maksima 50 kW dalam masa sekitar 60 minit).
Bagi melakukan pengecasan, kedua-dua soket yang disebutkan tadi boleh diletakkan di hadapan kereta ini.
LUARAN:
Untuk tahun 2023, reka bentuk Nissan LEAF telah dipertingkatkan dengan gril hadapan aero hitam dan terdapat logo Nissan baharu untuk mempertingkatkan identiti jenama tersendiri.
Lampu hadapan disepadukan dengan lampu nyalaan siang hari jenis LED serta menampilkan kemasan dalaman berwarna hitam untuk penampilan yang lebih bergaya.
Jika diamati dengan teliti, bampar hadapannya juga telah direka semula manakalan bahagian belakang pula, Aero Spoiler diberi reka bentuk baharu dengan prestasi aerodinamik yang dipertingkatkan.

Sementara itu, diffuser panel di bawah bampar pula dilengkapi dengan kemasan kelabu selain jentera ini dipadangkan dengan rim aloi 17 inci bagi menampakkan ia lebih bergaya dan sporty.
Demi mengukuhkan kesan visual bumbung terapung, Nissan LEAF ditawarkan dengan kemasan luaran eksklusif dengan bumbung Super Black dan pelanggan ditawarkan 7 pilihan warna menarik.


Antaranya, Stealth Grey, Opera Mauve, Akatsuki Sunrise Copper, Burgundy, Vivid Blue, Pure White Pearl or Midnight Black. manakala warna dalaman untuk upholsteri kulit pula didatangkan dalam Graphite Black atau Stone Grey.
DALAMAN:
Menjenguk bahagian dalamannya, Nissan nampaknya menawarkan skrin sesentuh infotainmen lapan-inci baharu dengan fungsi Apple CarPlay, Android Auto, Bluetooth dan pengesan suara.


Selain itu, jentera ini juga dilengkapi dengan cermin pandangan belakang pintar dan menerima balutan kulit Alcantara.
Malah, terdapat juga pendingin hawa automatik dengan fungsi pemasa (timer), kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin.

Bukan itu sahaja kabin kabin Nissan LEAF mampu memuatkan lima orang dengan selesa, dan suasana yang senyap dalam kabin merupakan salah satu kelebihan kenderaan 100% elektrik.
Pembahagian 60/40 pada tempat duduk belakang membolehkan ruang kargo seluas 435 liter, merupakan ruang kabin terbesar dalam kelasnya.
Untuk ruang yang lebih banyak, anda boleh merebahkan kerusi belakang dan ruang butnya boleh menjadi seluas 1,175 liter.
Dalam konfigurasi ini, basikal bersaiz penuh pun boleh dibawa tanpa menanggalkan roda.
CIRI-CIRI KESELAMATAN:
Untuk makluman anda, Nissan Leaf ini dilengkapi dengan Nissan Intelligent Mobility (NIM).
Bagi yang tidak tahu mengenai NIM, ia merupakan bahagian penting bagi semua model Nissan.
Ia diperkenalkanDiperkenalkan sejak 13 tahun lalu pada generasi pertama Nissan LEAF, NIM ialah rangkaian teknologi bersepadu yang bukan sahaja boleh meningkatkan keselamatan tetapi keselesaan dan kawalan semasa memandu.

NIM terdiri daripada tiga aspek utama iaitu:
- Intelligent Driving (Pemanduan Pintar).
- Intelligent Power (Kuasa Pintar).
- Intelligent Integration (Integrasi Pintar).
Difahamkan, Nissan LEAF 2023 telah dipertingkatkan ciri keselamatan baharu, iaitu Intervensi Penukaran Laluan Pintar, amaran pertukaran lorong, Bantuan Suluh Tinggi.
Tidak ketinggalan ialah enam beg udara, amaran pertukaran lorong, brek kecemasan pintar, amaran titik buta, pengesanan papan tanda trafik, amaran lintasan trafik di belakang, peninjau pintar 360-darjah, Bantuan Brek dan Bantuan Mula Mendaki.
PENARAFAN 5-BINTANG
Apa yang cukup menarik ialah Nissan LEAF baharu ini telah pun menerima penarafan keselamatan 5-bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Jepun (JNCAP).
Ini merupakan penarafan tertinggi untuk penilaian termasuk ujian perlanggaran kenderaan serta prestasi pelbagai sistem keselamatan aktif.
Selain itu, Nissan LEAF juga lulus dalam ujian perlindungan kejutan elektrik JNCAP yang mengukur aspek kenderaan khusunya untuk EV.
GANJARAN:
Bagi pelanggan yang membeli Nissan LEAF, anda sebenarnya boleh mendapatkan keahlian JomCharge selama 12 bulan secara percuma (bernilai RM600) untuk mengecas EV di stesen pegecas awam (107 pengecas AC Type 2 dan 30 pengecas pantas DC CHAdeMO dengan 600 kredit seluruh negara.
Ini juga termasuk tinting sejuk percuma bernilai RM2,200.
Sementara itu, pelanggan yang memilih program langganan turut berpeluang menikmati diskaun 50% bagi tinting sejuk dan RM300 subsidi bagi keahlian JomCharge selama 12 bulan.
Nissan LEAF serba baharu sudah boleh dipandu uji di bilik pameran Nissan terpilih seperti berikut:

Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang Nissan Malaysia di www.nissan.com.my.nisaaan
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1547
SELANGOR
BSS7258
JOHOR
JC4217J
PULAU PINANG
PSE6842
PERAK
APK6538
PAHANG
CFH4510
KEDAH
KGH5386
NEGERI SEMBILAN
NEL4351
KOTA KINABALU
SJT5374
KUCHING
QAB4032P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
PDRM Guna Nissan KICKS e-POWER Untuk Operasi
Bukan Calang-Calang! PDRM Uji Kehebatan SUV Elektrik Nissan KICKS e-POWER.
05-08-2026
KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.
11-06-2026
Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
03-03-2026
Jangan Beli MPV Lain Lagi! 5 Perkara Wajib Tahu Tentang Nissan Serena e-POWER C28 2026!
Ini 5 transformasi besar Nissan Serena e-Power C28 2026 yang bakal buat anda terpikat.
03-03-2026
Berita Terkini
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat