Bentley Bentayga EWB Azure - Harga RM1.09 Juta, Kuasa 542 Hp, 770 Nm

Bentley Kuala Lumpur buat julung kalinya mendedahkan jentera terbaharunya, Bentayga Extended Wheelbase (EWB) Azure di ibu negara sebentar tadi.
Ia dijual pada harga bermula RM1,09 juta namun harga ini tidak termasuk cukai, insurans dan pendaftaran.
Untuk makluman, jentera ini dikuasakan oleh enjin V8 4.0 liter turbo berkembar dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 542 hp dan tork 770 Nm.

Maka tidak hairanlah, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 4.6 saat dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 290 km/j.
Menurut Bentley Malaysia, Bentayga EWB ini memiliki ukuran jarak antara roda 180 mm lebih panjang (3,175 mm) sekali gus menjadikan dimensi panjang sebenar bertambah kepada 5,322 mm.
Ia juga hadir dengan jarak antara roda yang lebih panjang,
Selain ukuran panjangnya, EWB Azure menawarkan ruang yang cukup luas dan selesa manakala ruang kakinya juga agak besar.

Menjengah bahagian dalamannya, tempat duduk Bentley Airline Seat hadir dengan larasan 22 cara, terdapat sistem kawalan iklim automatik, dan teknologi pelarasan postur badan automatik di bahagian belakang.
Pendek kata, semua ruang itu diberikan kepada ruang kabin belakang yang meningkatkan lagi aspek kemewahannya.
Bukan itu sahaja, Bentley turut memasang tempat duduk paling selesa yang dikenali sebagai Bentley Airline Seat. Kerusi itu boleh dilaras seperti menyandar sehingga 40 darjah menerusi skrin sentuh boleh alih yang dilengkapi teknologi pengesan suhu.

Apapun, penulis cukup tertarik dengan pencahayaan pada trim pintu Bentley Diamond Illumination.
Apa yang cukup menarik terdapat 24 bilion kombinasi trim yang boleh dipilih.
-full.jpg)
Menyentuh mengenai ciri keselamatan, ia didatangkan Touring Specification selain Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Lorong, sistem penglihatan waktu malam dan paparan Head-Up.
Jika anda berminat dengan jentera mewah ini, ia sudah pun dibuka untuk tempahan.
Apa pula pandangan anda?
Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan komen ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bentley Bentayga Speed 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – Cecah 641 HP!
Selepas dilancarkan di peringkat global pada awal bulan ini, model mewah SUV super Bentley Bentayga Speed 2025 kini sudah boleh ditempah secara rasmi di Malaysia.
19-06-2025
Bentley Bentaygas Ada Sistem Pengesan Haiwan & Pandangan Malam Tercanggih, Ini Cara Ia Berfungsi
Dimuatkan dalam hampir dua pertiga kereta pelanggan ialah sebuah teknologi keselamatan terbaharu daripada Bentley untuk Bentayga.
07-02-2022
Mantap Dari Segi Rekaan & Prestasi: Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Bentley Bentayga S
Bentley memperkenalkan Bentayga S sebagai varian terbaharu 'keluarga' Bentayga.
25-08-2021
Bentley Bentayga Speed 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – Cecah 641 HP!
Selepas dilancarkan di peringkat global pada awal bulan ini, model mewah SUV super Bentley Bentayga Speed 2025 kini sudah boleh ditempah secara rasmi di Malaysia.
19-06-2025
Bentley Continental GT Azure Kini Di Malaysia – Dari RM2.976 Juta
Bentley Kuala Lumpur (Wearnes Quest Sdn Bhd) telah menyambut kedatangan Bentley Continental GT Azure. Ini spesifikasinya...
30-04-2024
Bentley Continental GT S 2023, Harga Boleh Tahan
Selain Bentayga Extended Wheelbase (EWB) Azure, Bentley Malaysia turut melancarkan sebuah lagi jentera mewahnya, Continental GT S 2023.
14-03-2023
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat