Land Rover Discovery Sport 2024 Diperbaharui, Kabin Lebih Moden & Elegan

Land Rover Discover Sport 2024 Facelift tidak menerima banyak perubahan di bahagian luar
SUV crossover, Land Rover Discover Sport 2024 telah diberikan penyegaran semula dengan sebahagian besar perubahan dilakukan pada ruang kabin yang kini tampil lebih moden dan elegan.
Salah satu perubahan utama adalah reka bentuk papan pemuka yang telah dikemaskini sepenuhnya, di sini tumpuan diberikan kepada penggunaan skrin sentuh dan kawalan sentuhan dan bukan lagi butang kawalan fizikal. Papan pemuka kini dilengkapi skrin lengkung berukuran 11.4 inci yang serupa dengan Range Rover L460.


Kabin Discovery Sport baharu (kiri) Discovery Sport lama (kanan)
Panel kawalan iklim haptik yang terdapat pada model Discovery Sport sebelum ini telah dikeluarkan, memberi ruang untuk kotak simpanan baharu yang luas serta pad pengecas tanpa wayar untuk telefon pintar. Semua fungsi utama kini boleh dikawal melalui sistem infotainmen Pivi Pro oleh JLR.
Pada skrin sistem infotainmen ini turut terpapar bar sisi atau sidebar untuk memudahkan akses kepada fungsi-fungsi yang biasa digunakan termasuk media, navigasi, dan tetapan volum, walaupun semasa memandu. JLR juga menjanjikan bahawa pengguna boleh mengakses "sehingga 90% tugas dengan dua ketukan pada skrin utama".

Panel instrumen digital kini disediakan di dalam semua varian
Fungsi kawalan suara Amazon Alexa, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar juga kini ditawarkan sebagai kelengkapan standard. Selain itu, panel instrumen digital kini digunakan pada semua varian Discovery Sport.
Kabin kini diberikan dua port pengecas USB-C tambahan untuk tempat duduk barisan hadapan dan tengah. Tempat duduk barisan ketiga bagi varian 7 tempat duduk kini memiliki butang kawalan penyaman udaranya sendiri.



Dari segi luaran, perubahan terbesar ialah penawaran pelbagai pilihan warna cat baharu.
Berkenaan kuasa enjin, terdapat sedikit perubahan, varian hibrid plug-in (PHEV) P300e kini menggunakan bateri dengan kandungan kimia yang lebih baik. Perubahan ini telah meningkatkan jarak pemanduan elektrik kereta sejauh kira-kira 47 km. Menurut JLR, jarak ini cukup untuk 90% penggunaan harian tanpa menggunakan enjin pembakaran. Bateri 14.9 kWh yang digunakan boleh dicas dengan pengecas DC. Masa pengecasan hanya 30 minit dari 0-80%.

Selain itu, sistem hibrid ringan (MHEV) 48V kini turut terdapat pada varian yang menggunakan enjin diesel dan petrol 4-silinder.
Walaupun JLR telah mula menerima tempahan Discovery Sport yang diberikan pembaharuan ini di pasaran utama UK, syarikat masih belum mengumumkan bilakah penghantarannya akan dimulakan. Syarikat tersebut dilaporkan masih terkesan dengan krisis kekurangan cip, yang membuatkan syarikat memilih untuk memberi tumpuan kepada produk yang menguntungkan terlebih dahulu.
Pengeluaran bagi Discovery Sport yang diperbaharui serta model-model terkenal lain seperti Range Rover Evoque, Jaguar XE, XF, dan E-Pace, akan ditingkatkan sebaik JLR memperoleh "keyakinan bekalan". Ini juga bermakna pengeluaran bagi model-model ini agak terhad dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat