Honda WR-V 2023 Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Beberapa bulan selepas diperkenalkan buat pertama kalinya secara global di Indonesia, Honda WR-V 2023 kini telah dilancarkan secara rasmi di negara jiran kita, Thailand. Model yang dikeluarkan oleh kilang Honda di Karawang, Indonesia ini ditawarkan dalam dua varian iaitu versi asas, SV dan versi lebih tinggi, RS. Berbeza dengan pasaran Indonesia yang hanya menawarkan satu varian WR-V.
PRESTASI HONDA WR-V 2023 THAILAND

WR-V yang dilancarkan di Thailand berkongsi trenkuasa yang sama seperti Indonesia yang mana kedua-dua variannya dikuasakan oleh enjin DOHC 4 silinder aspirasi natural 1.5L dengan output 119 hp/145 Nm. Kuasa daripada enjin disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi CVT.
REKA BENTUK LUAR HONDA WR-V 2023 THAILAND

Dari segi dimensi, crossover ini direka dengan kepanjangan 4,060 mm, kelebaran 1,780 mm dan ketinggian 1,608 mm. Jarak antara rodanya pula 2,485 mm. Kedudukannya adalah di bawah Honda HR-V dalam SUV segmen B. Sebagai perbandingan, model DNGA lain dengan saiz terdekat di pasaran Malaysia ialah Perodua Ativa dengan panjang 4,065 mm, lebar 1,710 mm dan tinggi 1,635 mm.


Secara visual, WR-V memiliki bentuk badan sebuah crossover/SUV, tetapi lebih kompak. Pada sudut hadapan varian asas, SV, dipasangkan dengan gril bermotif garisan yang memanjang, sementara RS pula gril pin krom yang kelihatan lebih sporty.




Perbezaan lain yang terserlah antara kedua-dua varian ini ialah pada bahagian roda yang mana SV menggunakan rim 16 inci dan RS pula dilengkapkan dengan rim 17 inci dalam kemasan dua tona.

Bergerak ke bahagian belakang SV dan RS, kedua-duanya menggunakan lampu belakang jenis LED dengan isyarat pusingan LED berjujukan (sequential). Turut hadir sebagai ciri standard kedua-dua varian ini ialah cermin sisi automatik namun untuk RS, cermin sisinya berwarna hitam berkilat.
KABIN HONDA WR-V 2023 THAILAND





Di dalam ruang kabin, kesemua varian WR-V Thailand menggunakan sistem infotainmen bersaiz 7 inci yang boleh menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Sementara itu, kluster instrumennya pula bersaiz 4.2 inci.
Selain itu, WR-V 2023 didatangkan secara standard dengan ciri seperti kawalan iklim automatik, sistem kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, teknologi penghidup enjin dari jarak jauh, Honda Smart Key Card dan sistem kamera undur dengan pandangan pelbagai sudut.



Varian SV didatangkan dengan tempat duduk dalam balutan fabrik/kulit sintetik dengan jahitan biru, stereng pula dibalut sepenuhnya dengan kulit dan dikemaskan dengan jahitan biru. Kelengkapan lain ialah sistem audio empat speaker.
Bagi varian RS pula, jahitan yang digunakan berwarna merah serta dilengkapi dua speaker tambahan untuk melengkapkan lagi sistem audionya selain diberikan fungsi Honda Connect untuk sistem infotainmen.
TEKNOLOGI KESELAMATAN HONDA WR-V 2023 THAILAND



Kesemua varian WR-V yang dilancarkan di Thailand dilengkapi pakej sistem bantuan pemandu termaju (ADAS). Pakej keselamatan ini termasuk teknologi seperti yang berikut:
Sistem pembrekan mitigasi pelanggaran (CMBS)
Sistem bantuan kekal lorong (LKAS)
Sistem mitigasi keluar jalan dengan amaran keluar lorong (RDM dengan LDW)
Lampu suluh tinggi auto (AHB)
Kawalan jelajah adaptif (ACC)
Sistem notifikasi kereta depan keluar lorong (LCDN)
Honda LaneWatch*
Nota: *Hanya pada model RS
WARNA HONDA WR-V 2023 THAILAND





Honda Thailand menawarkan lima pilihan warna untuk WR-V 2023 iaitu:
Ignite Red (dua tona dengan bumbung hitam)
Taffeta White
Meteoroid Gray Metallic
Crystal Black Pearl
Silver Stellar Diamond Pearl
HARGA HONDA WR-V 2023 THAILAND
Honda WR-V 2023 ditawarkan pada harga yang bermula dari THB799,000 (RM103,072) untuk varian SV, sementara varian lebih tinggi, RS, pula dijual pada harga THB869,000 (RM112,102) – lebih tinggi berbanding City Hatchback yang bermula dari THB599,000 (RM77,921).
BAGAIMANA DENGAN PASARAN MALAYSIA?

Dengan pelancaran rasmi model ini di negara jiran kita, mungkin Malaysia bakal menjadi destinasi seterusnya. Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa Honda Malaysia akan memperkenalkan sebuah SUV mini, bersama-sama tiga model lain yang mana salah satunya berkemungkinan besar Honda City facelift.
Apa pendapat anda mengenai Honda WR-V 2023 serba baharu ini? Adakah anda tidak sabar untuk melihat sama ada SUV mini ini mampu menandingi Ativa di pasaran Malaysia tidak lama lagi? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPY1946
SELANGOR
BSJ9298
JOHOR
JYK6134
PULAU PINANG
PRV4631
PERAK
APC3394
PAHANG
CFD9806
KEDAH
KGC8596
NEGERI SEMBILAN
NEH5328
KOTA KINABALU
SJN5474
KUCHING
QAB4786M
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
+0.06
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.95
+0.06
EURO 5 B7
RM 3.15
+0.06
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Berita Berkaitan
Honda Malaysia Kekal Jenama Kereta Bukan Nasional Nombor 1
Honda tetapi di hati rakyat Malaysia.
25-01-2024
Ini Dia Model Honda Yang Sertai TAS 2024
Honda bakal menayangkan beberapa model yang cukup mantap.
27-12-2023
Honda WR-V Laku Keras!
Hanya dalam sebulan, Honda Malaysia sudah menyerahkan 2,200 unit model WR-V.
23-08-2023
Honda WR-V 2023 Rasmi Dilancarkan – 4 Varian, Dari RM89K
Honda Malaysia baru sahaja melancarkan Honda WR-V 2023. Ini spesifikasi kereta.
13-07-2023
Tempahan Honda WR-V Kini Dibuka, Tarikh Pratonton Diumumkan
Honda Malaysia kini menerima tempahan untuk SUV kecil, All-New Winsome Runabout Vehicle (WR-V).
12-06-2023
Sah! Honda Malaysia Bakal Lancar 3 Model Baharu, 1 Facelift Termasuk SUV Kecil Pertamanya Tahun 2023
Honda Malaysia baru-baru ini telah membentangkan hala tuju perniagaan strategik syarikat itu bagi tahun 2023.
20-03-2023
Honda WR-V Bakal Ditayangkan Untuk Tatapan Umum 2 November Ini
Honda Indonesia bakal mendedahkan sebuah SUV crossover kompak terbaharu pada 2 November ini.
27-10-2022
Honda Accord Generasi Ke-11 Dilancarkan Di Thailand – Tiada LaneWatch, Hanya HEV
Honda Thailand baru-baru ini melancarkan Honda Accord generasi ke-11 atau model tahun 2025. Berbeza dengan versi terdahulu, model kali inii hanya ditawarkan dengen trenkuasa hibrid e:HEV.
27-08-2025
Berita Terkini
Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini
Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.
04-11-2025
Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit
Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.
03-11-2025
JMS 2025: 3 Lexus LS Concept Didedah
Lexus juga tidak ketinggalan daripada mempamerkan tiga kereta konsepnya pada pameran Japan Mobility Show (JMS) 2025 yang diadakan di Jepun, baru-baru ini
03-11-2025
Chery Fulwin T11 Dilancar Di China, Boleh Capai Gerak 1,400KM
Chery melancarkan secara rasminya SUV EREV (Electric Range Extender Vehicle) baharu mereka, Chery Fulwin T11 di pasaran China, baru-baru ini.
31-10-2025
JMS 2025: Mazda Vision-X Coupe & Vision-X Compact Ditunjuk
Mazda telah mencuri tumpuan di Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 yang sedang berlangsung apabila memperkenalkan dua kereta konsep terbaharunya iaitu Mazda Vision-X Coupe dan Vision-X Compact, baru-baru ini.
30-10-2025
JMS 2025: Mazda CX-5 Juga Ditunjuk Kepada Umum
Mazda secara rasmi memperkenalkan crossover CX-5 generasi ketiga serba baharu kepada umum pada Japan Mobility Show 2025 (JMS2025), baru-baru ini.
29-10-2025
SAIC IM LS9 Didedah Di China, Mampu Capai Gerak 1,500KM
IM Motors mengumumkan bahawa pra-jualan untuk SUV elektrik enam tempat duduk, IM LS9 sudah pun dibuka di China.
28-10-2025
Nissan Skyline 400R Limited Dilancar Di Jepun, Hanya Ada 400 Unit
Nissan Skyline 400R Limited dilancarkan di Jepun, baru-baru ini.
28-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

