Angkara Cuai, Wang Bantuan Awal Persekolahan Kena Samun

Cermin belakang kereta dipecah. Foto Viral.
Cermin kereta cikgu dipecah, Wang Bantuan Awal Persekolahan berjumlah lebih RM100,000 lesap dalam sekelip mata!
Itu yang berlaku ke atas seorang guru besar yang baru sahaja mengeluarkan wang tersebut dari sebuah bank di pekan Semenyih semalam.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.
"Kita akan siasat dari semua sudut, kemungkinan ada pembabitan orang dalam, kemungkinan ada kecuaian. Kita sudah rakam keterangan guru besar berkenaan dan akan ada lagi pihak akan dirakam keterangan dalam masa terdekat.
"Wang yang dikeluarkan ini sepatutnya akan diagihkan kepada pelajar hari ini dan kita menyiasat kemungkinan ada orang dalam," katanya kepada wartawan akhbar Berita Harian.

MOHD ZAID.
Apa yang dikesalkan Zaid ialah pihak sekolah tidak memohon bantuan pengiring keselamatan daripada pihak polis sebelum mengeluarkan wang berkenaan.
“Kita syorkan pada pihak sekolah untuk dapatkan bantuan pengiring daripada polis. Kita akan iring mereka daripada bank hingga ke tempat yang selamat," katanya.
Dalam kejadian itu pengetua berkenaan meletakkan wang berkenaan di bawah kerusi penumpang hadapan.
Dia kemudian ke kedai makanan bersebelahan bank untuk membeli minuman, namun sebaik tiba semula di kenderaannya, didapati cermin penumpang telah pecah dan wang telah hilang.
Difahamkan, guru besar berkenaan mengakui tidak pernah meminta bantuan pengiring sejak 10 tahun berkhidmat dan tidak pernah berlaku kejadian seperti itu.
Pihak polis sebenarnya sudah lama menyediakan perkhidmatan pengiring keselamatan kepada lebih sekolah yang ingin mengeluarkan wang tunai di bank.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


