Atto 3 Laku Keras, Terima 1,000 Tempahan Hanya Dalam 10 Hari!

Sebahagian pelanggan yang menerima ATTO 3.
Biarpun baru sahaja memasarkan jenamanya di Malaysia, namun BYD berjaya mencipta kejayaannya dengan apabila menyerahkan 100 unit pertama kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya, ATTO 3 kepada pelanggannya di negara ini.
Bagi yang belum tahu, Sime Darby Motors adalah cabang automotif Sime Darby Bhd yang dilantik sebagai pengedar eksklusif rasmi kenderaan elektrik penumpang BYD.

Buat masa ini, ATTO 3 sudah menerima kira-kira 1,000 tempahan dalam tempoh hanya 10 hari ekoran pelancarannya di negara ini.

ATTO 3 dibawa masuk ke Malaysia pada tahun lalu.
Pengarah Urusan Peruncitan & Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan, berkata, penyerahan pertama kenderaan itu membolehkan mereka mengekalkan momentum untuk membawa masuk lebih banyak unit ke Malaysia.

“Kami akan meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dalam meluaskan portfolio EV dengan rakan-rakan kerjasama bertaraf dunia seperti BYDuntuk membawa inovasi menarik ke pasaran.
"Kami juga berusaha memenuhi permintaan yang semakin bertambah bagi pilihan kenderaan mesra alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus menyokong aspirasi negara ke arah mencapai mobiliti karbon rendah," katanya dalam satu kenyataan.

Jeffrey (kanan) bersama salah seorang pelanggan ATTO 3.
Sekadar info, jentera ini hadir dalam dalam dua varian dan ia ditawarkan pada harga RM149,800 bagi Standard Range dan RM167,800 bagi Extended Range.
Terdapat pilihan lima warna yang menarik iaitu Surf Blue, Parkour Red, Boulder Grey, Forest Green dan Ski White.
Jentera ini memiliki ciri-ciri canggih selain menawarkan keupayaan bateri yang cemerlang untuk bergerak sejaun 480 kilometer dengan sekali cas.

Dibina menggunakan teknologi canggih BYD dengan e-platform 3.0, EV berprestasi tinggi itu dilengkapi dengan kepintaran, kecekapan, standard keselamatan tanpa tandingan dan reka bentuk yang tiada tolok tandingan.
Sehubungan itu, bagi yang mahu memandu sendiri kenderaan tersebut, anda boleh mengunjungi bilik pameran BYD di TREC KL di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://byd.simedarbymotors.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1030
SELANGOR
BST6848
JOHOR
JE2469J
PULAU PINANG
PSF5412
PERAK
APL4621
PAHANG
CFH7304
KEDAH
KGJ1094
NEGERI SEMBILAN
NEL8362
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5610P
Terakhir Kemas Kini 16 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
Berita Terkini
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.
11-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
