ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Honda Bakal Lancarkan 30 EV, Divisyen Baharu Ditubuhkan Untuk Merancakkan Usaha Elektrifikasi

Sofea Najmi

Kongsi melalui


SUV elektrik, Honda Prologue yang bakal memasuki pasaran Amerika Utara pada 2024


Honda Motor Co., Ltd. baru-baru ini telah mengumumkan langkah penstrukturan semula organisasi dan operasi syarikat dengan menubuhkan sebuah divisyen baharu untuk memperkukuh dan merancakkan lagi strategi elektrifikasinya di peringkat global. 


Divisyen baharu, Electrification Business Development Operations diwujudkan untuk menyatukan pembangunan strategi elektrifikasi bagi kesemua produknya yang merangkumi automobil, motosikal dan kuasa. 


SUV elektrik, Honda Prologue yang bakal memasuki pasaran Amerika Utara pada 2024


Honda turut mengumumkan untuk menyatukan operasi serantau globalnya kepada hanya tiga kawasan utama iaitu Amerika Utara, China dan kawasan ketiga yang menggabungkan pasaran Jepun, Asia & Oceania, Amerika Selatan, Eropah, Afrika dan Timur Tengah.


Melalui penyatuan operasi ini, strategi elektrifikasi yang dilaksanakan dapat disatukan mengikut kawasan dengan setiap kawasan menerima model yang tersendiri. 


Rombakan yang dilakukan ini adalah sebahagian daripada usaha Honda untuk mudah bergerak ke hadapan dalam aspek pengeluaran EV setanding pengeluar lain seperti Tesla dan BYD. Tahun lalu, Honda mengumumkan bahawa syarikatnya telah meletakkan sasaran untuk melancarkan 30 model EV di seluruh dunia membabitkan pelaburan berjumlah ¥5 trilion (RM164 bilion).


SUV elektrik, Honda Prologue yang bakal memasuki pasaran Amerika Utara pada 2024


Honda turut merancang untuk membangunkan platform EV Honda e:Architecture yang bakal digunakan pada tahun 2026 nanti dan menyasarkan untuk mengeluarkan kira-kira 2 juta EV setahun menjelang tahun 2030, termasuklah 800,00 unit di Amerika Utara.


Sumber: Honda, Inside EVs


Baca: Honda Berjaya Atasi Sasaran Jualan Tahun 2022

Baca: Honda Malaysia: Harga Kereta Bagi Tahun 2023 Kekal Buat Masa Ini

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
EV

13-02-2026
Global

12-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Global

16-01-2026
Global

26-12-2025
Berita Auto

19-12-2025
Teknologi

07-11-2025

Berita Terkini

EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.