Skuter Elektrik BMW CE 04 Dipertontonkan Di M’sia, Capai 130KM! Ini Spesifikasinya...

BMW Group Malaysia hari ini telah mempertontonkan skuter elektrik BMW CE 04 bagi jenama BMW Motorrad Malaysia kepada media dalam majlis pelancaran BMW 3 Series.
REKA BENTUK SKUTER ELEKTRIK BMW CE 04

BMW CE 04 yang dipertontonkan kepada media hari ini didatangkan dalam bentuk sebuah skuter maxi yang berkepanjangan 2,285 mm, dengan kelebaran 855 mm dan berjarak antara roda 1,675 mm dan berketinggian 1,150 mm. Ketinggian tempat duduknya pula ialah 780 mm. Berat motor ini pula ialah 231 kg.


Dari segi rekaannya, BMW CE 04 memiliki bentuk badan kelihatan futuristik sesuai untuk kegunaan di kawasan bandar. Antara ciri yang menyerlah pada badan skuter ini ialah garisan atau lekukan halus badan badannya yang menyerlahkan gaya modennya. Ia didatangkan dengan panel yang dikemaskan dalam warna Light White yang kontra berbanding bahagian badan lain yang berwarna lebih gelap hitam kusam di sudut hadapan dan tepi. Ciri lain yang menarik perhatian ialah rekaan tempat duduknya yang seolah-olah ‘terapung.’
Menyempurnakan lagi gaya skuter ini ialah rim yang digunakannya yang bersaiz 15 inci dengan roda bersaiz 120/70 R15 67H di hadapan dan 160/60 R15 56H di belakang.
KUASA & PRESTASI SKUTER ELEKTRIK BMW CE 04

BMW CE 04 menggunakan motor elektrik tunggal dengan kuasa 42 hp/62 Nm yang dijana oleh pek bateri litium-ion 8.9 kWh. Ini meletakkannya sebaris dengan skuter maxi lain yang berkapasiti 500-650cc dalam saiz dan prestasi yang sama.
Motor yang digunakan adalah jenis permanent magnet synchronous (PMSM) dengan magnet permukaan yang disejukkan oleh cecari. Ia memberikan kuasa kepada roda belakang. Trenkuasa yang digunakan turut didatangkan dengan sistem pemulihan tenaga automatik yang akan aktif semasa meluncur atau membrek.
Dari segi prestasi, BMW CE 04 menjanjikan kelajuan yang tinggi iaitu kemampuan untuk melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 9.1 saat dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j. Selain itu, turut ditawarkan empat mod tunggangan iaitu ECO, Rain, Road dan Dynamic.
Menurut BMW Motorrad Malaysia, model ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 130 km. Untuk dicas penuh dari 0% dengan menggunakan soket dinding standard berkuasa 2.3kW, masa yang diambil adalah 4 jam 20 minit. Sementara itu, menggunakan pengecas pantas 6.9 kW pula adalah 1 jam 40 minit.
KEMUDAHAN/TEKNOLOGI SKUTER ELEKTRIK BMW CE 04



BMW CE 04 dilengkapkan dengan paparan berwarna TFT bersaiz 10.25 inci yang hadir dengan fungsi navigasi serta kemampuan sambungan yang lain melalui aplikasi BMW Motorrad Connected. Kemudahan lain iaitu port USB, ruang simpanan dengan pengecas USB, soket 12V, ruang simpanan helmet berlampu, flexcase berlampu, penghidup enjin tanpa kunci dan juga bantuan pengundur, yang mana kesemuanya adalah ciri standard.
Apakah pendapat anda mengenai BMW CE 04? Kongsikan pandangan di ruangan komen di bawah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN3429
SELANGOR
BST3544
JOHOR
JD3997J
PULAU PINANG
PSF2094
PERAK
APL1451
PAHANG
CFH5849
KEDAH
KGH7821
NEGERI SEMBILAN
NEL6304
KOTA KINABALU
SJT8147
KUCHING
QAB4849P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Skuter Elektrik SoloEra Solo 2 Kini Di Pasaran – 140 KM, Dari RM5,599*
Blueshark Malaysia memperbanyakkan lagi barisan motosikal elektriknya dengan pelancaran model terbaru, SoloEra Solo 2. Ini merupakan model kedua dari siri SoloEra yang diperkenalkan di pasaran tempatan.
12-10-2025
Skuter Elektrik Zeeho AE8 S+ Sarat Teknologi Kini Menarik Kini Di Pasaran – Dari RM18,888
Pengedar dan pengimport motosikal, MForce Bike Holding Sdn Bhd (MForce), mengakhiri tahun 2024 dengan pelancaran skuter elektrik premium terbaru edarannya, Zeeho AE8 S+.
01-01-2025
Skuter Retro Unik BMW CE 02 X Vagabund Didedahkan – Ada Speaker Mudah Alih
BMW Motorrad baru-baru ini telah mendedahkan versi unik skuter elektrik, BMW CE 02 .
05-08-2024
Makin Ramai Guna Skuter Beam! Jadi Pengangkutan Pilihan Di Stesen Transit & Universiti
Beam Mobility Malaysia telah berjaya mengubah landskap pengangkutan awam negara.
24-05-2023
Selamatkah E-Scooter Beam? Ini Rupanya Yang Beam Mobility Lakukan Demi Keselamatan
Ciri keselamatan e-scooter Beam yang ramai tak tahu.
20-04-2023
13 Motosikal, 4 Skuter Elektrik Terbakar Depan KLCC, Harap Pemiliknya Sabar
13 skuter motosikal dan 4 skuter elektrik terbakar secara tiba-tiba di hadapan pusat-belah KLCC, semalam.
14-04-2023
Medan Uji Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Dilancarkan MoT
Kementerian Pengangkutan (MoT) melancarkan Medan Uji Regulatori Negara untuk menguji penggunaan kenderaan mikromobiliti di negara ini.
14-03-2023
Skuter Elektrik Beam Kini Di 6 Bandar Besar Malaysia, Pas Bulanan Diskaun 50%
Beam Malaysia mengumumkan bahawa perkhidmatan skuter elektriknya kini ditawarkan di enam bandar utama di Malaysia.
23-02-2023
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
