Skuter Elektrik Zeeho AE8 S+ Sarat Teknologi Kini Menarik Kini Di Pasaran – Dari RM18,888

Pengedar dan pengimport motosikal, MForce Bike Holding Sdn Bhd (MForce), mengakhiri tahun 2024 dengan pelancaran skuter elektrik premium terbaru edarannya, Zeeho AE8 S+. Zeeho, jenama elektrik keluaran gergasi dua roda China CFMoto, kini ditawarkan di Malaysia menerusi rangkaian pengedar rasmi di bawah MForce iaitu CFMoto Malaysia.
Trenkuasa Zeeho AE8 S+
Direka khusus untuk kegunaan bandar, skuter elektrik ini menawarkan kecekapan setanding skuter pembakaran dalaman (ICE) 150cc dengan prestasi bersamaan model 250cc.

Skuter ini dilengkapi motor elektrik berkapasiti 12.5 kW (16.8 hp) dan tork maksimum 218 Nm, yang disalurkan kepada roda belakang menerusi sistem pacuan tali sawat. Bateri litium-ion 69V 27Ah berkembar pula dipasang di bawah pelana.
Gabungan teknologi ini membolehkan skuter mencapai kelajuan 0-50 km/j dalam masa hanya 2.6 saat, dengan kelajuan maksimum sekitar 100 km/j. Dari segi jarak perjalanan, ia mampu mencapai sehingga 105 km berdasarkan penilaian WMTC, manakala pengecasan hingga 80% boleh dicapai dalam tempoh 2.5 jam menggunakan pengecas khas 1,900W.
Ciri Luaran Zeeho AE8 S+
Dari segi dimensi, Zeeho AE8 S+ berukuran 1,910 mm panjang, 743 mm lebar dan 1,154 mm tinggi, dengan jarak roda 1,380 mm. Model ini memiliki jarak kelegaan tanah 152 mm serta ketinggian tempat duduk 785 mm, sesuai untuk kebanyakan penunggang, walaupun beratnya agak tinggi iaitu 133 kg.


Untuk pasaran tempatan, Zeeho AE8 S+ ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik, iaitu Starship Silver dan Eclipse Silver.
Ciri Premium & Teknologi Zeeho AE8 S+



Skuter ini menyerlah dengan pelbagai sentuhan rekaan inovatif, dilengkapi rim aloi 12 inci, lampu depan LED adaptif serta lampu belakang LED dan lampu signal yang menarik. Sistem suspensinya merangkumi fork teleskopik di hadapan serta penyerap hentakan boleh laras di belakang, dengan sistem brek cakera Brembo berserta ABS dua saluran.




Di bahagian panel kawalan, skuter ini menampilkan skrin TFT 5 inci dengan sambungan NFC, Bluetooth serta sambungan aplikasi telefon pintar. Turut tersedia ialah port pengecasan USB-A dan USB-C.
Melalui aplikasi Zeeho Ride, pengguna boleh mengakses pelbagai fungsi seperti mengunci dan membuka kunci, pemantauan data perjalanan, serta kemas kini perisian over-the-air (OTA) untuk unit kawalan elektronik (ECU).



Tiga mod tunggangan ditawarkan iaitu ECO, Street dan Sport, serta ciri kawalan kelajuan automatik (cruise control).
Harga & Jaminan Zeeho AE8 S+


Zeeho AE8 S+ kini boleh didapati melalui pengedar sah CFMoto di seluruh Malaysia dengan harga jualan RM18,888 (tidak termasuk insurans dan kos atas jalan). MForce turut menawarkan jaminan pengilang selama dua tahun atau sehingga 20,000 km.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW6479
SELANGOR
BSP7052
JOHOR
JYW1093
PULAU PINANG
PSB9635
PERAK
APH2414
PAHANG
CFG4179
KEDAH
KGF6933
NEGERI SEMBILAN
NEK3225
KOTA KINABALU
SJR7357
KUCHING
QAB7143N
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Skuter Elektrik SoloEra Solo 2 Kini Di Pasaran – 140 KM, Dari RM5,599*
Blueshark Malaysia memperbanyakkan lagi barisan motosikal elektriknya dengan pelancaran model terbaru, SoloEra Solo 2. Ini merupakan model kedua dari siri SoloEra yang diperkenalkan di pasaran tempatan.
12-10-2025
Skuter Retro Unik BMW CE 02 X Vagabund Didedahkan – Ada Speaker Mudah Alih
BMW Motorrad baru-baru ini telah mendedahkan versi unik skuter elektrik, BMW CE 02 .
05-08-2024
Makin Ramai Guna Skuter Beam! Jadi Pengangkutan Pilihan Di Stesen Transit & Universiti
Beam Mobility Malaysia telah berjaya mengubah landskap pengangkutan awam negara.
24-05-2023
Selamatkah E-Scooter Beam? Ini Rupanya Yang Beam Mobility Lakukan Demi Keselamatan
Ciri keselamatan e-scooter Beam yang ramai tak tahu.
20-04-2023
13 Motosikal, 4 Skuter Elektrik Terbakar Depan KLCC, Harap Pemiliknya Sabar
13 skuter motosikal dan 4 skuter elektrik terbakar secara tiba-tiba di hadapan pusat-belah KLCC, semalam.
14-04-2023
Medan Uji Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Dilancarkan MoT
Kementerian Pengangkutan (MoT) melancarkan Medan Uji Regulatori Negara untuk menguji penggunaan kenderaan mikromobiliti di negara ini.
14-03-2023
Skuter Elektrik Beam Kini Di 6 Bandar Besar Malaysia, Pas Bulanan Diskaun 50%
Beam Malaysia mengumumkan bahawa perkhidmatan skuter elektriknya kini ditawarkan di enam bandar utama di Malaysia.
23-02-2023
Sewaan Skuter Elektrik Mungkin Diharamkan Di Paris, Ini Puncanya...
Penduduk Paris akan mengadakan undian samada penyewaan skuter elektrik akan diharamkan atau tidak setelah lebih daripada empat tahun servis perkongsian skuter ini ditawarkan di sana.
21-01-2023
Berita Terkini
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV
KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).
07-05-2026
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV
Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.
28-04-2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran
Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.
21-04-2026
EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?
Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.
20-04-2026
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?
Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.
17-04-2026
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"
Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.
14-04-2026
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu
ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.
12-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat