ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Skuter Elektrik BMW CE 04 Dipertontonkan Di M’sia, Capai 130KM! Ini Spesifikasinya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui



BMW Group Malaysia hari ini telah mempertontonkan skuter elektrik BMW CE 04 bagi jenama BMW Motorrad Malaysia kepada media dalam majlis pelancaran BMW 3 Series.


REKA BENTUK SKUTER ELEKTRIK BMW CE 04




BMW CE 04 yang dipertontonkan kepada media hari ini didatangkan dalam bentuk sebuah skuter maxi yang berkepanjangan 2,285 mm, dengan kelebaran 855 mm dan berjarak antara roda  1,675 mm dan berketinggian 1,150 mm. Ketinggian tempat duduknya pula ialah 780 mm. Berat motor ini pula ialah 231 kg. 



Dari segi rekaannya, BMW CE 04 memiliki bentuk badan kelihatan futuristik sesuai untuk kegunaan di kawasan bandar.  Antara ciri yang menyerlah pada badan skuter ini ialah garisan atau lekukan halus badan badannya yang menyerlahkan gaya modennya. Ia didatangkan dengan panel yang dikemaskan dalam warna Light White yang kontra berbanding bahagian badan lain yang berwarna lebih gelap hitam kusam di sudut hadapan dan tepi. Ciri lain yang menarik perhatian ialah rekaan tempat duduknya yang seolah-olah ‘terapung.’


Menyempurnakan lagi gaya skuter ini ialah rim yang digunakannya yang bersaiz 15 inci dengan roda bersaiz 120/70 R15 67H di hadapan dan 160/60 R15 56H di belakang.


KUASA & PRESTASI SKUTER ELEKTRIK BMW CE 04




BMW CE 04 menggunakan motor elektrik tunggal dengan kuasa 42 hp/62 Nm yang dijana oleh pek bateri litium-ion 8.9 kWh. Ini meletakkannya sebaris dengan skuter maxi lain yang berkapasiti 500-650cc dalam saiz dan prestasi yang sama. 


Motor yang digunakan adalah jenis permanent magnet synchronous (PMSM) dengan magnet permukaan yang disejukkan oleh cecari. Ia memberikan kuasa kepada roda belakang. Trenkuasa yang digunakan turut didatangkan dengan sistem pemulihan tenaga automatik yang akan aktif semasa meluncur atau membrek. 


Dari segi prestasi, BMW CE 04 menjanjikan kelajuan yang tinggi iaitu kemampuan untuk melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 9.1 saat dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j. Selain itu, turut ditawarkan empat mod tunggangan iaitu ECO, Rain, Road dan Dynamic.


Menurut  BMW Motorrad Malaysia, model ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 130 km. Untuk dicas penuh dari 0% dengan menggunakan soket dinding standard berkuasa 2.3kW, masa yang diambil adalah 4 jam 20 minit. Sementara itu, menggunakan pengecas pantas 6.9 kW pula adalah 1 jam 40 minit. 


KEMUDAHAN/TEKNOLOGI SKUTER ELEKTRIK BMW CE 04




BMW CE 04 dilengkapkan dengan paparan berwarna TFT bersaiz 10.25 inci yang hadir dengan fungsi navigasi serta kemampuan sambungan yang lain melalui aplikasi BMW Motorrad Connected. Kemudahan lain iaitu port USB, ruang simpanan dengan pengecas USB, soket 12V, ruang simpanan helmet berlampu, flexcase berlampu, penghidup enjin tanpa kunci dan juga bantuan pengundur, yang mana kesemuanya adalah ciri standard.


Apakah pendapat anda mengenai BMW CE 04? Kongsikan pandangan di ruangan komen di bawah.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQY5930

SELANGOR

BSQ2476

JOHOR

JYW9747

PULAU PINANG

PSC4159

PERAK

APH5640

PAHANG

CFG5547

KEDAH

KGG1256

NEGERI SEMBILAN

NEK4532

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB7970N

Terakhir Kemas Kini 22 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-01-2025
EV

22-05-2024
Berita Auto

05-01-2024
EV

10-01-2023
EV

10-01-2023

Berita Terkini

EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.