- Berita
- Berita Auto
- Tiket Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 Diskaun 10%! Ini Dia Maklumat Terperinci Acara Permotoran Terbesar Dunia...
Tiket Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 Diskaun 10%! Ini Dia Maklumat Terperinci Acara Permotoran Terbesar Dunia...

Berita gembira bagi peminat kereta! Acara permotoran terbesar, Tokyo Auto Salon 2023 bakal diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Jun nanti. Acara tersohor ini bakal diadakan buat julung kalinya di Malaysia pada 9-11 Jun ini di Hall 2-4, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Bagi yang bercadang untuk menghadiri acara Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023, bayaran kemasukan kini ditawarkan pada harga lebih rendah dengan diskaun sebanyak 10%.
"Bayaran masuk berharga RM40/hari dan tiket boleh didapati secara online. Mereka yang membeli sebelum hari acara akan menikmati diskaun 10%. Butiran pembelian tiket akan diumumkan dalam masa terdekat," memetik kenyataan rasmi penganjurnya.

Antara kereta yang dipamerkan semasa Tokyo Auto Salon yang diadakan di Singapura pada tahun 2013 (Sumber foto: Hawk 'n' Poke | Charles J)
Pengumuman mengenai kedatangan pameran ini di Malaysia dibuat selepas majlis penandatanganan memorandum persefahaman penganjuran antara San Ei Corporation dan penganjur, MUSE Group diadakan di Tokyo.
Sebelum ini, MUSE pernah menganjurkan Tokyo Auto Salon di Singapura pada tahun 2013 yang berjaya menarik lebih 70,000 pengunjung.

CEO MUSE Group, Riduwan Matni berkata, “Kami berbesar hati kerana berjaya mendapatkan lesen eksklusif Tokyo Auto Salon dan ia merupakan satu penghormatan untuk disenarai pendek oleh San Ei Corporation, pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon, untuk menjadi rakan kongsi mereka di luar negara Jepun. Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur akan menjadi satu-satunya francais berlesen secara langsung di bawah jenama itu di dunia.”
Bagi Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 yang akan diadakan nanti, para pengunjung dapat menyaksikan pelbagai kereta berkonsep unik dan menarik dipamerkan.
Info Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023:
Tarikh: 9-11 Jun 2023 (Jumaat-Ahad)
Waktu: 10 pagi-10 malam
Lokasi: Hall 2-4, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)
Harga tiket: Normal RM40 (Nota: Kini ditawarkan dengan diskaun 10%)
Jangan lupa ‘lapangkan’ jadual sepanjang acara ini dilangsungkan nanti ya!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge