IAM-MIME 2023 Kini Berlangsung Hingga 29 Okt – Hampir 300 Kereta Modifikasi!
International Modified (IAM) Kuala Lumpur and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 yang kini sedang berlangsung di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur sehingga 29 Oktober merupakan platform bagi hampir 300 kereta modifikasi.
PAMERAN MODIFIKASI KERETA & GAYA HIDUP TERBESAR ASEAN


Acara International Modified (IAM) Kuala Lumpur and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 telah dilancarakan secara rasmi hari ini
Dikenali sebagai siri pameran modifikasi kereta dan gaya hidup terbesar ASEAN, acara yang diadakan selama tiga hari ini menjadi 'pentas' pameran kenderaan modifikasi terbaik Malaysia serta pelbagai jenis kereta baharu termasuk kenderaan elektrik (EV) dan 4X4. Acara yang diadakan dengan sokongan Institut Automotif Malaysia, Robotik dan IoT (MARii).





Antara kenderaan unik yang dapat disaksikan di acara IAM-MIME 2023
Bagi peminat kereta modifikasi, IAM menyediakan hampir 100 anugerah dalam sembilan kategori utama, termasuk Anugerah Khas, Anugerah Gaya, Anugerah Audio Kereta, Anugerah Prestasi dan banyak lagi. Anugerah juga diberikan untuk Rekaan Dalaman Terbaik, Badan Lebar Terhebat dan pelbagai kategori untuk jenis kereta modifikasi yang berbeza.
Sejak penubuhannya pada tahun 2001 dan pertama kali diadakan di Malaysia pada tahun 2011, IAM telah menjadi platform untuk mempamerkan hasil modifikasi yang paling epik oleh peminat kereta Malaysia. Dalam acara tahun ini, terdapat pameran daripada JWide, Qartel, Vertex, Street Garage, SpeedSyndicate, B.A.R, Bambush, Bon Stylo, Blackmailz dan sebagainya.


Solidariti Palestin melalui modifkasi kereta
Sesi forum IAM Alliance juga akan diadakan untuk membincangkan budaya dan trend pengubahsuaian kereta di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.
Acara tahun ini turut dimeriahkan dengan Festival EV, yang akan mempertontonkan pelbagai EV yang mampu mencapai jarak perjalanan kira-kira 400 km dengan satu cas penuh, dalam lingkungan harga antara RM100,000 hingga RM500,000.




Turut diadakan, sudut pameran khas gaya hidup outdoor, 4X4 Xchange, yang mempamerkan kenderaan 4X4, peralatan khemah, kelengkapan off-road dan 4X4 yang lain.
Pelbagai lagi pameran menarik lain dapat disaksikan di acara ini seperti koleksi kereta lumba dan hot rod daripada JPM Museo; Supercar daripada Utama Motors; pameran gabungan Mazda, Kia dan Peugeot; serta kereta modifikasi Tesla daripada Exotic Mods.




Antara vendor yang terlibat dalam acara IAM-MIME 2023 selama tiga hari ini


Antara aktiviti yang diadakan di IAM-MIME 2023
Pengasas MIME, Yamin Vong, berkata salah satu tarikan utama pameran ini adalah untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelawat dan pembeli menguji kenderaan elektrik. Semasa pameran berlangsung, turut akan diadakan ialah undian digital “Peoples’ Choice Car of the Year,” mereka yang menyertai undian ini berpeluang memenangi hadiah pada setiap jam. Hasil undian ini akan diumumkan semasa majlis Car of the Year Awards yang akan diadakan pada 15 November 2023.
Pameran IAM-MIME 2023 juga akan menampilkan pelbagai tarikan lain termasuklah simulator perlumbaan, pameran RC (remote controlled), pertemuan pelbagai kelab kereta, pameran koleksi kereta eksotik diraja, festival muzik, serta banyak hadiah dan cabutan bertuah untuk orang ramai.
TIKET ACARA IAM-MIME 2023

Tiket boleh dibeli secara dalam talian atau secara walk-in. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun (dengan pengawasan sekurang-kurangnya seorang dewasa) boleh masuk secara percuma. Pameran ini berlangsung dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.
Untuk maklumat lanjut, layari www.internationalautomodified.com dan www.malaysiamotorexpo.com.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
IAM - MIME 2023: Pameran Kereta Terkini, Modifikasi & EV Bakal Berlangsung Oktober Ini
International Modified (IAM) Kuala Lumpur and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 bakal berlangsung!
23-08-2023
Perodua Myvi Kini Sedia Untuk Perlumbaan Ketahanan Sepang 1000KM 23-26 Nov Ini
Myvi S1K 2023 telah dilancarkan secara rasmi di acara IAM-MIME 2023.
29-10-2023
[GALERI] Ekspo EVM Asia 2023: Pameran Mobiliti Hijau Meriahkan Acara
Suasana sekitar Ekspo EV Antarabangsa, Teknologi Mobiliti, Alat Ganti dan Komponen 2023 (EVM Asia 2023).
21-09-2023
EVM ASIA 2023: Pameran EV Terbesar Malaysia, Lebih 200 Syarikat, 19-21 Sept Ini
Pameran EVM ASIA 2023 edisi kedua bakal berlangsung di MITEC.
27-07-2023
MMM Tayang 2 Kereta, Boleh Pandu Uji
Jom meriahkan Tokyo Auto Salon 2023 tapi jangan sentuh kereta pameran.
09-06-2023
Tiket Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 Diskaun 10%! Ini Dia Maklumat Terperinci Acara Permotoran Terbesar Dunia...
Bayaran kemasukan kini ditawarkan pada harga lebih rendah dengan diskaun sebanyak 10%!
16-01-2023
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
