Perodua Myvi Kini Sedia Untuk Perlumbaan Ketahanan Sepang 1000KM 23-26 Nov Ini

International Modified (IAM) Kuala Lumpur and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 di MITEC, Kuala Lumpur menyaksikan pelancaran rasmi kereta lumba Myvi S1K 2023. Myvi S1K tampil dengan livery perlumbaan baharu yang bergaya, dengan gabungan warna yang menyerlah, hijau dan merah yang diinspirasikan daripada jenama Perodua.

Myvi S1K merupakan Perodua Myvi pertama dan satu-satunya yang bersaing dalam Perlumbaan Sepang 1,000KM. Model ‘king’ ini bakal beraksi dalam kategori perlumbaan, SP2V, menjadi pesaing kepada model-model lain seperti Honda Jazz, Suzuki Swift dan banyak lagi.
Pasukan yang kini diberi nama DMM 204 Speedster, diketuai oleh Datuk Dr. Zahari Husin, dengan barisan pemandu yang berpengalaman dan penaja baharu.


Untuk perlumbaan kompetitif kali ini, Faiz Sulaiman kekal sebagai pemandu, sementara Shafiq Rosli dilantik sebagai Pengarah Perlumbaan, dan Fariqe Hairuman sebagai Pengarah Teknikal Perlumbaan. Pemandu lain ialah Ashraff Dewal dan Aiman Haziq.
DMM 204 Speedster tahun ini menerima tajaan daripada DMM Performance, jenama di bawah DMM Sales, pengedar berlesen Perodua terbesar di Malaysia. Penaja lain ialah Vort-X Malaysia, EXN, Wrap Autowerks, Raxer Wheels, Max Racing, AES, 4 Qul, Fawster, Recaro Malaysia, RnR Autosport, 204 Autoworks dan MS Racing.




Pemilihan Perodua Myvi untuk perlumbaan ini dibuat berdasarkan kemampuan model ini yang telah terbukti selepas berjaya menempuhi sejumlah 181 pusingan di litar Sepang sebelum ini. Walaupun telah mempamerkan prestasi luar biasa, pasukan terus bekerja keras untuk menambah baik segenap aspek Myvi S1K.


Proses pembangunan model ini cukup mencabar kerana data perlumbaan yang terhad berbanding kereta perlumbaan lain yang telah terbukti seperti Honda Jazz atau Suzuki Swift. Walau dengan masa dan alat ganti yang terhad dalam perlumbaan sebelum ini, pasukan berjaya membuktikan kebolehan dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 dalam kelasnya, dan tempat ke-38 daripada 68 kereta secara keseluruhan.


Perlumbaan ketahanan Sepang 1000KM 2023 akan berlangsung pada bulan hadapan, dari 23 hingga 26 November.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
IAM-MIME 2023 Kini Berlangsung Hingga 29 Okt – Hampir 300 Kereta Modifikasi!
International Modified (IAM) KL and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 kini sedang berlangsung di MITEC. Apa yang menarik?
27-10-2023
[GALERI] Ekspo EVM Asia 2023: Pameran Mobiliti Hijau Meriahkan Acara
Suasana sekitar Ekspo EV Antarabangsa, Teknologi Mobiliti, Alat Ganti dan Komponen 2023 (EVM Asia 2023).
21-09-2023
EVM ASIA 2023: Pameran EV Terbesar Malaysia, Lebih 200 Syarikat, 19-21 Sept Ini
Pameran EVM ASIA 2023 edisi kedua bakal berlangsung di MITEC.
27-07-2023
MMM Tayang 2 Kereta, Boleh Pandu Uji
Jom meriahkan Tokyo Auto Salon 2023 tapi jangan sentuh kereta pameran.
09-06-2023
Tiket Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 Diskaun 10%! Ini Dia Maklumat Terperinci Acara Permotoran Terbesar Dunia...
Bayaran kemasukan kini ditawarkan pada harga lebih rendah dengan diskaun sebanyak 10%!
16-01-2023
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?
Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.
17-04-2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
