ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

UMW Toyota Serah 5 Unit Sedan Hidrogen Toyota Mirai Kepada SEDC Energy & Ketua Menteri Sarawak

Sofea Najmi

Kongsi melalui



UMW Toyota Motor semalam telah menyerahkan empat unit Toyota Mirai yang menggunakan teknologi sel bahan api hidrogen (FCEV) kepada SEDC Energy dan satu unit lagi kepada Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.




Berdasarkan foto yang dikongsikan Toyota, Mirai yang diserahkan ialah daripada varian asas XLE yang dikatakan mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 647 km. Sebagai sebuah kenderaan sel bahan api hidrogen, tenaga Mirai boleh dipenuhkan semula dalam masa yang sangat singkat iaitu lima minit sahaja.


Walaupun masih di peringkat awal dalam transformasi ke arah elektrifikasi, syarikat Toyota menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mencapai neutral karbon menjelang tahun 2050. 


Sebagai sebahagian daripada usaha ini, UMW Toyota Motor menjalinkan kerjasama dengan SEDC Energy bagi menjalankan kajian lebih lanjut mengenai potensi teknologinya dan untuk memanfaatkan peluang membangunkan ekonomi rendah karbon dengan sistem sel bahan api yang terbaharu.




Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, “Untuk meneruskan pecutan kenderaan elektrik, Toyota telah melabur dalam penyelidikan dan pembangunan untuk pengkomersilan kenderaan sel bahan api hidrogen."


"Dengan penghantaran Mirai kepada SDEC Energy, yang bernafas seperti manusia dan hanya menghasilkan air serta kuasa mengagumkan, kedua-dua UMW Toyota Motor dan SEDC Energy bersedia untuk memanfaatkan peluang bagi mengkaji lebih lanjut potensi teknologinya."



Berdasarkan prinsip “Mobility for All” dan matlamat "Leave No One Behind", Toyota merancang untuk menawarkan lebih banyak pilihan kenderaan kepada pelanggan, sekali gus menjadikan Toyota sebagai pengeluar kereta paling versatil di dunia. 




Kini, Toyota menawarkan pelbagai pilihan yang meliputi kenderaan HEV, sel bahan api hidrogen (FCEV) dan BEV. Sehingga kini Toyota telah menjual sebanyak 20 juta unit kenderaan elektrik  yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon sebanyak 160 juta tan metrik.


Baca: Sah! Kereta HEV Toyota Kedua Akan Dilancarkan Di Malaysia – UMW Toyota

Baca: Toyota Malaysia Kini Jenama Automotif Bukan Nasional No. 1: Lepasi Jualan 100K Unit Tahun 2022!

Baca: Harga 3 Model Toyota Ini Naik Dari RM2K Ke RM10K Bagi Tahun 2023

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ7812

SELANGOR

BST8542

JOHOR

JE5243J

PULAU PINANG

PSF6958

PERAK

APL5901

PAHANG

CFH7852

KEDAH

KGJ1946

NEGERI SEMBILAN

NEL9380

KOTA KINABALU

SJU2063

KUCHING

QAB5922P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Berita Auto

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.