- Berita
- Berita Auto
- EKSKLUSIF: Honda Malaysia Akan Perkenalkan WR-V Dan 3 Model Lain Pada Tahun Ini? Wow!
EKSKLUSIF: Honda Malaysia Akan Perkenalkan WR-V Dan 3 Model Lain Pada Tahun Ini? Wow!

Ada desas-desus mengatakan bahawa Honda Malaysia bakal memperkenalkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.
Maklumat itu dikongsi selepas pengedar kereta Honda di seluruh negara menghadiri satu persidangan ketika Honda Malaysia mendedahkan mengenai produk jenama 2023 namun nama-nama model tidak didedahkan secara terperinci.
Bagaimanapun, sumber dalaman itu juga nampaknya tidak berani mendedahkan spesifikasi model itu selagi tiada sebarang pengumuman rasmi Honda Malaysia.
Sumber itu cuma memaklumkan ia terdiri daripada sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz kecil, SUV, sedan dan sports.


Menurut sumber itu, ada satu imej gelap ditayangkan dimana ia memberi bayangan bahawa ia seolah-olah sebuah SUV yang bersaiz kecil.
Walaupun model itu tidak didedahkan namun kami di CariCarz.com pasti ia adalah SUV kompak Honda WR-Va baharu yang sudah diperkenalkan di Indonesia pada hujung tahun lepas.
SUV kompak ini adalah versi produksi bagi model konsep SUV RS Concept namun dibina untuk pasaran ASEAN dan dikatakan merupakan pesaing utama buat Daihatsu Rocky dan Toyota Raize – kembar Perodua Ativa.
Di peringkat tempatan, model itu akan berada di bawah HR-V dan bakal menyaingi seterunya Perodua Ativa (juga berasaskan DNGA) dan Proton X50.

Di bawah hud WR-V ini terletak enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC NA dan dipadankan bersama transmisi automatik CVT untuk menghasilkan kuasa setinggi 119hp dan tork 145 Nm.
Ketika WR-V dilancarkan di Indonesia, ia memberi beberapa petunjuk bahawa ia mempunyai beberapa ciri premium sama seperti varian tertinggi RS.
Apa yang penting, crossover ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan lanjutan (ADAS) dan berkemungkinan besar menerima penarafan untuk ujian keselamatan ASEAN NCAP pada tahun ini.
Pendek kata, ketibaannya di pasaran Malaysia nanti bakal menggegarkan SUV segmen B.


Mengenai SUV pula, ia mungkin sama dengan Honda CR-V serba baharu.
Bagaimanapun, model yang diperkenalkan pada tahun 2017 itu telah menjalani beberapa penambahbaikan pada tahun 2020.
Malah, prototaip penyamaran model gen keenam baharu itu telah dikesan sedang menjalani ujian di Thailand baru-baru ini.

Nampaknya, ia bakal membuat penampilannya tidak lama lagi memandangkan pada persidangan itu, ada petunjuk bahawa ia akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.
Selain SUV, apa yang tertinggal ialah model sedan dan sports. Ada ura-ura juga yang mengatakan bahawa Honda Civic Type R akan dibawa ke negara ini.
Bagi meneruskan legasi pendahulunya, FD2R dan FK8R, kami menjangkakan Type-R baharu juga akan muncul pada penghujung tahun ini.


Maka, ia mencetuskan saingan kuat ke atas Toyota GR Corolla yang dilancarkan baru-baru ini.
Sementara itu, berdasarkan maklumat sumber dalaman, model sedan yang dimaksudkan mungkin akan menerima beberapa perubahan kosmetik kecil atau mungkin menjadi model facelift.
Kesemua petunjuk itu menunjukkan ia mungkin sama dengan sedan sub-kompak Honda City generasi kelima yang sedia ada.
Ia dikatakan telah menerima beberapa penambahbaikan sekali gus mampu memperkukuhkan kedudukannya untuk menyaingi pesaingnya, Toyota.

Apapun kita tunggu pengumuman rasmi Honda Malaysia mengenai ketibaan empat model ini di pasaran dimana salah satu modelnya hanya akan dilancarkan pada suku kedua.



Jadi, daripada keempat-empat model baharu Honda ini, yang manakah membuatkan anda teruja untuk melihatnya?
Kongsikan komen anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW1491
SELANGOR
BSU6516
JOHOR
JG4716J
PULAU PINANG
PSG8739
PERAK
APM5332
PAHANG
CFJ2557
KEDAH
KGJ6171
NEGERI SEMBILAN
NEM4186
KOTA KINABALU
SJU7488
KUCHING
QAB8464P
Terakhir Kemas Kini 28 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda WR-V Harga Keras Tapi Ada Level Tersendiri
Pandu uji Honda WR-V, patutlah masih laku.
24-01-2024
Honda WR-V 2023 Rasmi Dilancarkan – 4 Varian, Dari RM89K
Honda Malaysia baru sahaja melancarkan Honda WR-V 2023. Ini spesifikasi kereta.
13-07-2023
Tempahan Honda WR-V Kini Dibuka, Tarikh Pratonton Diumumkan
Honda Malaysia kini menerima tempahan untuk SUV kecil, All-New Winsome Runabout Vehicle (WR-V).
12-06-2023
Honda City Facelift 2023 Dilancarkan Di Thailand - Pembaharuan Luaran, Kabin & Ciri Keselamatan
Honda City yang diberikan nafas baharu telah dilancarkan di pasaran Thailand minggu ini.
06-07-2023
Pembeli Lega Dapat Kereta Yang Sudah Ditempah Lama
Rata-rata pembeli kini menarik nafas lega apabila mereka mula mendapat kereta yang ditempah sejak enam bulan lalu.
23-11-2022
Honda City & Accord Kini Dengan Warna Baharu
Honda Malaysia memperkenalkan warna baharu bagi dua buah model iaitu Honda City dan Honda Accord.
11-03-2022
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
Berita Terkini
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
11,888 Tiket Extra KTMB Deepavali: Laluan Mana Yang Terlibat
NTING: KTMB Buka Tiket ETS Tambahan Deepavali 27 Oktober Ini.
26-10-2026
Adakah ECRL Bakal 'Membunuh' Perkhidmatan Bas Ekspres?
Nampaknya, Ramai Akan Beralih ke ECRL, Apa Pula Nasib Bas Ekspres.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

