ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

EKSKLUSIF: Honda Malaysia Akan Perkenalkan WR-V Dan 3 Model Lain Pada Tahun Ini? Wow!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Ada desas-desus mengatakan bahawa Honda Malaysia bakal memperkenalkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.

Maklumat itu dikongsi selepas pengedar kereta Honda di seluruh negara menghadiri satu persidangan ketika Honda Malaysia mendedahkan mengenai produk jenama 2023 namun nama-nama model tidak didedahkan secara terperinci.

Bagaimanapun, sumber dalaman itu juga nampaknya  tidak berani mendedahkan spesifikasi model itu selagi tiada sebarang pengumuman rasmi Honda Malaysia.

Sumber itu cuma memaklumkan ia terdiri daripada sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz kecil, SUV, sedan dan sports.


Menurut sumber itu, ada satu imej gelap ditayangkan dimana ia memberi bayangan bahawa ia seolah-olah sebuah SUV yang bersaiz kecil.

Walaupun model itu tidak didedahkan namun kami di CariCarz.com  pasti ia adalah SUV kompak Honda WR-Va baharu yang sudah diperkenalkan di Indonesia pada hujung tahun lepas.  

SUV kompak ini adalah versi produksi bagi model konsep SUV RS Concept  namun dibina untuk pasaran ASEAN dan dikatakan merupakan pesaing utama buat Daihatsu Rocky dan Toyota Raize – kembar Perodua Ativa.

Di peringkat tempatan, model itu akan berada di bawah HR-V dan bakal menyaingi seterunya Perodua Ativa (juga berasaskan DNGA) dan Proton X50.


Di bawah hud WR-V ini terletak enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC NA dan dipadankan bersama transmisi automatik CVT untuk menghasilkan kuasa setinggi 119hp dan tork 145 Nm.

Ketika WR-V dilancarkan di Indonesia, ia memberi beberapa petunjuk bahawa ia mempunyai beberapa ciri premium sama seperti varian tertinggi RS.

Apa yang penting, crossover ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan lanjutan (ADAS) dan berkemungkinan besar menerima penarafan  untuk ujian keselamatan ASEAN NCAP pada tahun ini.

Pendek kata, ketibaannya di pasaran Malaysia nanti bakal menggegarkan SUV segmen B.


Mengenai SUV pula, ia mungkin sama dengan Honda CR-V serba baharu. 

Bagaimanapun, model yang diperkenalkan pada tahun 2017 itu telah menjalani beberapa penambahbaikan pada tahun 2020.

Malah, prototaip penyamaran model gen keenam baharu itu telah dikesan sedang menjalani ujian di Thailand baru-baru ini.


Nampaknya, ia bakal membuat penampilannya tidak lama lagi memandangkan pada persidangan itu, ada petunjuk bahawa ia akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Selain SUV, apa yang tertinggal ialah model sedan dan sports. Ada ura-ura juga yang  mengatakan  bahawa Honda Civic Type R akan dibawa ke negara ini.

Bagi meneruskan legasi pendahulunya, FD2R dan FK8R, kami menjangkakan Type-R baharu juga akan muncul pada penghujung tahun ini.


Maka, ia mencetuskan saingan kuat ke atas Toyota GR Corolla yang dilancarkan baru-baru ini.

Sementara itu, berdasarkan maklumat sumber dalaman, model sedan yang dimaksudkan mungkin akan menerima beberapa perubahan kosmetik kecil atau mungkin menjadi model facelift.

Kesemua petunjuk  itu menunjukkan ia mungkin sama dengan sedan sub-kompak Honda City generasi kelima yang sedia ada.

Ia dikatakan telah menerima beberapa penambahbaikan sekali gus mampu memperkukuhkan kedudukannya untuk menyaingi pesaingnya, Toyota.

Apapun kita tunggu pengumuman rasmi Honda Malaysia mengenai ketibaan empat model ini di pasaran dimana salah satu modelnya hanya akan dilancarkan pada suku kedua.




Jadi, daripada keempat-empat model baharu Honda ini, yang manakah membuatkan anda teruja untuk melihatnya?

Kongsikan komen anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6614

SELANGOR

BST4184

JOHOR

JD5281J

PULAU PINANG

PSF2897

PERAK

APL2154

PAHANG

CFH6110

KEDAH

KGH8424

NEGERI SEMBILAN

NEL6731

KOTA KINABALU

SJT8709

KUCHING

QAB5064P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

13-07-2023
Global

13-03-2023
Global

02-11-2022
Berita Auto

Honda City & Accord Kini Dengan Warna Baharu

Honda Malaysia memperkenalkan warna baharu bagi dua buah model iaitu Honda City dan Honda Accord.

11-03-2022
Berita Auto

24-07-2026
Kereta Baru

11-06-2026
Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.