Ford F-150 Versi Pemanduan Sebelah Kanan Kini Dijual Di Australia – Dijual Recond Di M'sia?

Tempahan bagi Ford F-150 2023 versi pemanduan sebelah kanan (RHD) kini telah dibuka di Australia. Ini bukan sahaja satu khabar yang baik bagi peminat trak pikap di negara tersebut tetapi juga untuk pengguna kenderaan RHD negara lain seperti Thailand dan Malaysia.
Ford Australia mendedahkan, empat varian F-150 akan ditukarkan daripada versi pandu belah kiri (LHD) kepada versi RHD oleh syarikat kejuruteraan Thailand, RMA Group. Seperti yang dikatakan, proses yang dilakukan adalah ‘penukaran’ kepada RHD, yang telah diberikan lampu hijau secara rasmi oleh Ford sendiri.
Baca: Toyota Hilux GR Sport Nampak Sporty, Harga Pun Padu

F-150 versi RHD yang mula dijual di Australia tahun ini
PRESTASI FORD F-150 2023
Kesemua varian tersebut menggunakan enjin sama iaitu enjin petrol turbo berkembar V6 3.5L dengan output kuasa 400 hp/678 Nm. Kuasa disalurkan kepada keempat-empat roda melalui transmisi automatik 10 kelajuan. Varian-varian ini juga didatangkan dalam bentuk badan dual-cab (crew cab) dan dalam dua pilihan iaitu versi jarak antara roda pendek (SWB) dan panjang (LWB).
Baca: Kursus Pemula 4WD M4TREC Ford Ranger Getaways Akan Diadakan di Semenyih
VARIAN FORD F-150 2023

Dalam bentuk SWB, jarak antara roda trak ini ialah 3,683 mm dengan flatbed 1,676 mm. Sementara LWB pula memiliki jarak antara roda lebih panjang iaitu 3,987 mm dan flatbed yang juga lebih panjang berukuran 1,981 mm. Dua gred utama ditawarkan iaitu XLT (SWB dan LWB) serta versi berspesifikasi lebih tinggi, Lariat (SWB dan LWB).
Baca: Isuzu D-Max 2023 Dilancarkan – Lebih Ranggi & Moden, Harga Dari RM94K
REKAAN & KELENGKAPAN FORD F-150 2023
Ciri standard pada varian XLT ialah lampu depan halogen, rim aloi 20 inci, bampar depan dan belakang krom, pintu bed belakang dengan pemijak yang fleksibel.
Memasuki ruang kabin, terdapat sistem infotainmen 8.0 inci Sync Ford dengan sambungan Apple CarPlay (tanpa wayar dan berwayar) serta Android Auto (berwayar). Sistem ini turut dilengkapi dengan fungsi navigasi. Varian ini menggunakan panel meter digital 8.0 inci, tempat duduk hadapan dengan pelarasan automatik, dan kawalan iklim dua zon.


Varian lebih tinggi, Lariat, ditambah dengan ciri seperti pakej kemasan luar krom, lampu LED depan dan belakang, dwi bumbung suria, tempat duduk hadapan dengan fungsi pemanas dan ventilasi, sistem infotainmen dan panel meter yang lebih besar bersaiz 12 inci serta sistem audio premium Bang & Olufsen dengan 18 speaker.

CIRI KESELAMATAN FORD F-150 2023
Dari segi keselamatan, XLT dilengkapkan dengan enam beg udara, brek kecemasan autonomi (AEB), kamera pandang belakang, sensor parkir belakang, pemantau titik buta (dengan amaran lintasan trafik belakang), bantuan kekal lorong serta kawalan jelajah konvensional.
Varian lebih tinggi, Lariat, ditambah dengan sensor parkir hadapan, kamera 360 darjah, sistem pemusatan lorong, pengecaman papan tanda kelajuan, bantuan pengendalian evasif, AEB dengan sokongan di persimpangan serta kawalan jelajah dengan fungsi henti-mula.
HARGA FORD F-150 2023
Harga jualannya adalah antara AUS$106,950 (kira-kira RM323,280) bagi varian asas F-150 XLT SWB hingga AUS$140,945 (kira-kira RM426,038) bagi varian tertinggi F-150 Lariat LWB.

Ford F-150 mampu menampung kapasiti tundaan seberat 4,500 kg!
Sebelum ini, Ford tidak pernah lagi menawarkan versi RHD secara rasmi untuk trak pikap ini di mana-mana pasaran termasuk Australia dan UK. Di Malaysia dan beberapa pasaran RHD di rantau ini, model terdekat yang hampir menyamai trak Ford ini ialah Sutton CS3500 Monster Truck yang dipasang tempatan (CKD) dan dijual di Malaysia oleh Hamawangsa pada tahun 2019 lalu.



Sutton CS3500 Monster Truck 2019 yang dipasang tempatan (CKD) dijual oleh Hamawangsa. Ini merupakan model Ford F-150 Raptor versi RHD yang telah direka semula oleh sebuah syarikat di UK
Trak ini telah direka semula oleh sebuah syarikat penala dan kejuruteraan UK, Clive Sutton, yang cukup dikenali dengan kepakaran membuat penukaran pemanduan daripada sebelah kiri kepada kanan. Harga jualan trak tersebut sewaktu dilancarkan oleh Hamawangsa ialah RM780,888.
Kehadiran F-150 versi RHD di Australia bermakna kita ‘mungkin’ akan menerima beberapa unit yang dibawa masuk oleh pengimport kenderaan atau grey importer untuk dijual sebagai kenderaan recond sepertimana yang dilakukan kepada Ford Mustang.

Apa pendapat anda mengenai Ford F-150 versi RHD ini? Adakah anda tertarik untuk memilikinya walaupun dibawa masuk oleh pengimport recond? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

