ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

"Ingin Lebih 700K EV Di Jalan? Sediakan Insentif Mudahkan Pembangunan Infrastruktur Pengecas." – ZEVA

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Persatuan Kenderaan Pelepasan Karbon Sifar (ZEVA) gesa kerajaan agar menyediakan insentif yang memberi tumpuan kepada infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) dalam Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan Jumaat nanti. 


ZEVA dalam kenyataannya berkata, kerajaan memainkan peranan penting untuk menggalakkan pertumbuhan industri ini daripada kira-kira 2,000 EV ketika ini  kepada 700,000 berada di atas jalan raya menjelang 2030.


Tambah persatuan tersebut,  insentif infrastruktur pengecasan EV perlu ditawarkan bagi menyediakan kepada keperluan infrastruktur bandar, kawasan pengecasan lebuh raya dan bangunan bertingkat. 




Untuk infrastruktur bandar, ZEVA berkata "kos permulaan untuk mana-mana majlis perbandaran dan tempatan yang berminat untuk menyediakan pengecasan awam di mana-mana bandar tertentu perlu ditawarkan, manakala peruntukan pembiayaan sebanyak RM500,000 untuk setiap kawasan rehat yang menyediakan enam pengecas DC (arus terus) bagi setiap kawasan rehat" di kawasan pengecasan di lebuh raya perlu disediakan.




Sementara itu, untuk bangunan bertingkat pula,  geran perlu diberikan kepada pengurus hartanah bukan bertanah untuk pemasangan pengecas EV sebanyak RM10,000 setiap satu. 


Insentif yang diberikan tidak semestinya merangkumi kos pengecas 100% tetapi menampung kos berkaitan dengan pemasangan kemudahan pengecasan. 




“Bantuan kerajaan diperlukan kerana aset penggerak pertama hanya akan menggunakan sebahagian daripada kapasiti penuh kemudahan ini. 


“ZEVA percaya syarikat yang berhasrat untuk menggunakan pengecas mereka berdekatan akan dapat memanfaatkan kemudahan sedia ada ini dengan mudah, yang seterusnya menggalakkan lebih ramai untuk melabur,” katanya. 




Turut perlu dipertimbangkan untuk membantu pembangunan EV negara ialah geran penyelidikan dan pembangunan dalam industri EV, terutamanya bagi industri automotif, rebat tunai bagi pertukaran kenderaan menggunakan minyak petrol dan diesel kepada EV dan insentif tunai bagi pembelian EV baharu.


“Insentif kecil ini akan memberi manfaat kepada sebahagian, jikapun bukan semua, pembeli kenderaan baharu setiap tahun,” katanya.


Sumber: Bernama


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5408

SELANGOR

BST9876

JOHOR

JE7634J

PULAU PINANG

PSF8270

PERAK

APL7152

PAHANG

CFH8367

KEDAH

KGJ2490

NEGERI SEMBILAN

NEM670

KOTA KINABALU

SJU2779

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

11-08-2023

Berita Terkini

EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.