Isuzu D-Max 2023 Dilancarkan – Lebih Ranggi & Moden, Harga Dari RM94K

Isuzu Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi trak pikap Isuzu D-Max 2023 yang telah diberikan pelbagai ciri baharu yang lebih menarik berbanding keluaran sebelum ini. Lapan varian ditawarkan dengan harga antara RM94,949 hingga RM150,938 (atas jalan, tanpa insurans).
PEMANDUAN YANG LEBIH SELESA & MEYAKINKAN
Kesemua varian D-Max dengan ciri 4x4 kali ini dihadirkan dengan ciri differential-lock belakang kawalan elektronik yang meningkatkan kualiti cengkaman jentera semasa melalui permukaan yang tidak rata atau licin.




Sementara itu, varian 3.0L Automatic Premium kini menerima tetapan suspensi yang diperbaik sehingga boleh menampung beban lebih berat berbanding sebelum ini, iaitu daripada 580 kg kepada 775 kg, peningkatan sebanyak 195 kg.
LEBIH RANGGI & MODEN






Isuzu D-Max 2023 tampil lebih sporty dengan rekaan gril radiator dan rim aloi baharu. Varian X-Terrain kini memiliki pelindung lampu kombinasi belakang (termasuk varian Premium). Kali ini, imej X-Terrain juga jelas lebih sporty dengan penggunaan warna kelabu gelap pada bahagian rel bumbung, cermin sisi, pemegang pintu, pemegang ekzos, bampar depan, pemijak dan juga pada bahagian over fender. Bampar bawah pula kini dalam kemasan berwarna perak.



Bergerak ke bahagian dalam, Isuzu D-Max 2023 diberikan sentuhan baharu yang mana kesemua varian kini menggunakan tempat duduk berwarna hitam dalam balutan kulit untuk varian X-Terrain dan Premium, dan fabrik untuk Auto Plus dan Standard.



Ruang kabin X-Terrain kini tampil lebih elegan dengan penggunaan warna kontra Cafe Brown pada beberapa bahagian seperti kemasan panel instrumen, yang turut digabungkan dengan warna Satin Silver pada kemasan pintu. Warna hitam dengan jahitan coklat pula digunakan pada bahagian atas dashboard, panel pintu, penutup konsol, stereng dan gear.
LEBIH CANGGIH


Model kali ini bukan sahaja dipertingkat dari segi gaya, tetapi juga kini lebih lengkap dengan pelbagai kemudahan misalnya pengecas tanpa wayar dengan output 15W untuk varian X-Terrain, Premium dan Auto Plus. Dua varian teratas menerima slot USB-C untuk pengecasan pantas.


Selain itu, X-Terrain kini hadir dengan ciri perakam video digital di bahagian hadapan (1440P) dan belakang (1080P). Video boleh dimuat turun dengan mudah menggunakan aplikasi telefon pintar. Varian Single Cab kini diberikan ciri kawalan tanpa kunci jarak jauh serta soket 12V. Sentuhan menarik lain diberikan pada keluaran kali ini ialah lampu ambien untuk varian X-Terrain yang termasuk pencahayaan di bahagian pemijak untuk memudahkan penglihatan pengguna semasa naik dan turun daripada trak.
WARNA ISUZU D-MAX 2023
Untuk model tahun 2023, beberapa warna baharu diperkenalkan. Varian flagship X-Terrain dan juga Premium kini ditawarkan dalam warna Islay Gray Mica selain warna putih baharu Dolomite White Pearl, yang lebih menarik berbanding warna putih sebelum ini Silky Pearl White (warna ini masih ditawarkan).

Sementara itu, pembeli juga boleh memilih warna baharu Biarritz Blue Metallic untuk varian Automatic Premium, Auto Plus dan Automatic Standard. Warna ini menggantikan warna Sapphire Blue yang ditawarkan dahulu.
HARGA ISUZU D-MAX 2023
Berikut adalah senarai harga terkini Isuzu D-Max 2023:
Isuzu D-Max 1.9L 4X4 Single Cab – RM94,949.20
Isuzu D-Max 3.0L 4X4 Single Cab – RM101,888.40
Isuzu D-Max 1.9L 4X4 MT Standard – RM104,099.20
Isuzu D-Max 1.9L 4X2 Auto Plus – RM105,499.20
Isuzu D-Max 1.9L 4X4 AT Standard – RM111,499.20
Isuzu D-Max 1.9L 4X4 AT Premium – RM129,149.20
Isuzu D-Max 3.0L 4X4 AT Premium – RM135,638.40
Isuzu D-Max 3.0L 4X4 AT X-Terrain— RM150,938.40
Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans.
Kunjungi mana-mana bilik pameran rasmi Isuzu untuk melihat model ini dengan lebih dekat. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang D-Max 2023 dengan melayari pickuptruck.isuzu.net.my atau https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4776
SELANGOR
BSP6496
JOHOR
JYV9154
PULAU PINANG
PSB9061
PERAK
APH1942
PAHANG
CFG4024
KEDAH
KGF6535
NEGERI SEMBILAN
NEK2996
KOTA KINABALU
SJR7083
KUCHING
QAB7054N
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Review Pandu Uji Isuzu D-Max X-TERRAIN 2022 Trak Pikap Yang Semestinya Anda Mahu!
Isuzu perkenalkan D-Max generasi ke-3 yang tampil lebih berani, bergaya dan canggih. Ia juga dinamakan sebagai "Best Value Pikap Tahun 2022"! Hari ni Caricarz akan share dengan korang, apa yang ada dengan Isuzu D-Max X-TERRAIN, dari harga sampai spesifikasinya... Berbaloi ke membeli Isuzu D-Max X-T
06-09-2022
Berita Terkini
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat