Mercedes-Benz Janji Tayang 4 Model "Entry Luxury" Tapi Bila?

Nampaknya, kereta berlencana bintang tiga bucu, Mercedes-Benz tidak sabar untuk menayangkan rangkaian kereta kompaknya pada tahun ini.

Antara model yang bakal ditayangkan ialah CLA, GLA, dan GLB. Ketiga-tiganya dikenali sebagai rangkaian Entry Luxury’.


Beberapa sumber di internet mendedahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya empat model daripada barisan rangkaian ini akan dipertontonkan kepada umum sebelum tahun 2023 berakhir.
Apa yang pasti kesemua model itu dibina berasaskan platform seni bina MMA yang serasi dengan rangkaian kuasa enjin petrol dan dan elektrik.
Malah, model hibrid juga akan tampil dalam tayangan pratonton itu.


Menerusi satu temu bual dengan Automotive News, Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz, Ola Kallenius mengesahkan pihaknya lebih menekankan segmen kereta kompak memandangkan model mewah itu jauh lebih menguntungkan.
Katanya, pihaknya masih membuat pelaburan ke atas segmen kereta kompak tetapi menumpukan pada model yang dilihat paling berjaya di seluruh dunia.
Ia susulan daripada jaminan jenama itu sebelum ini yang mahu memperkemaskan empat daripada tujuh kereta kompaknya secara keseluruhan.
Dikhabarkan, tiga model yang akan dikeluarkan daripada senarai tujuh kereta itu ialah GLA/EQA, GLB/EQB, termasuk kereta coupe empat pintu, CLA.
Ada juga yang melaporkan bahawa model G-Class akan menyertai rangkaian “Entry Luxury” baharu ini sebagai model keempat.
Langkah ini juga sejajar dengan hasrat Mercedes untuk menamatkan pengeluaran hatchback A-Class dan MPV kompak B-Class menjelang tahun 2025.
Bagaimanapun, penamatan pengeluaran kedua-dua model berasaskan Platform MFA ini berpunca daripada hasrat Mercedes-Benz untuk bergerak lebih jauh dalam pasaran.
Sehubungan itu, ahli lembaga pengarah Mercedes-Benz juga dilaporkan bersetuju untuk tidak memberi lampu hijau kepada pengganti A-Class.
Buat masa ini, tiada sebarang butiran yang disahkan namun sumber itu menyifatkan rangkaian “Entry Luxury” akan memenuhi matlamat Mercedes untuk bergerak jauh ke dalam pasaran menerusi penggunaan material dan teknologi canggih.
Dengan adanyanya Sistem Pengendalian Mercedes-Benz (MB.OS) baharu, model ini menyaksikan kenaikan harga hampir 14%.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


