ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Perodua Axia 2023 Dilancarkan, Lebih Canggih & Bergaya, Dari RM38.6K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) hari ini telah melancarkan secara rasmi Perodua Axia 2023. Empat varian ditawarkan iaitu  G, X, SE dan AV yang dijual pada harga antara RM38,600 hingga RM49,500, harga atas jalan, tanpa insurans.


Dibina berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) sama seperti Alza dan Ativa. Menggunakan platform DNGA, Perodua Axia kali ini menjanjikan ciri keselamatan yang telah dipertingkat selain turut tampil dengan pelbagai elemen yang lebih menarik dan fungsi baharu yang canggih.


PRESTASI PERODUA AXIA 2023


Perodua Axia 2023 kali ini masih lagi menggunakan enjin sama seperti model terdahulu iaitu enjin 1KR-VE 1.0L tiga-silinder VVT-i dengan output 67 hp/91 Nm.




Namun kali ini sistem transmisinya digantikan dengan Dual-Mode CVT (D-CVT), bukan lagi transmisi automatik 4 kelajuan yang digunakan dahulu. Transmisi sama yang digunakan pada model Perodua yang lain (Myvi facelift, Ativa dan Alza 2022). Perodua mendakwa Axia 2023 memberikan bacaan penggunaan minyak pada kadar 4L/100km atau hingga 3.6L/100km dengan sistem gerak-henti automatik Eco Idle.


Varian teratas iaitu SE dan AV sahaja hadir dengan sistem Eco Idle. Selain itu, kedua-dua varian ini juga menerima mod Power (butang PWR pada stereng) yang dapat memberikan kereta lebih kuasa. 


LUARAN PERODUA AXIA 2023


Varian X dan ke atas menerima lampu hadapan jenis LED secara standard, sementara SE dan AV hadir dengan  lampu nyalaan siang LED dalam kemasan berbentuk T. 





Cermin sisi kesemua varian adalah jenis yang boleh dikawal secara automatik, namun hanya SE dan AV sahaja memiliki fungsi lipatan automatik. Bermula varian X, terdapat sistem kemasukan tanpa kunci atau keyless entry, bukan itu sahaja, generasi kali ini turut hadir dengan penderia elektrostatik yang membolehkan pintu dibuka dengan sentuhan tanpa perlu ditekan seperti butang yang terdapat pada Myvi.




KABIN PERODUA AXIA 2023


Varian tertinggi, Axia AV, kali ini tampil lebih mewah berbanding keluaran terdahulu.Ia dilengkapkan dengan instrumen digital penuh dengan skrin TFT 7.0 inci, saiz sama yang digunakan pada Ativa dan Alza. Varian ini turut memiliki skrin infotainmen yang bersaiz 9.0 inci. Varian lebih rendah yang lain pula masih menggunakan meter analog dan radio biasa. 




Varian lebih rendah, G dan X menggunakan tempat duduk biasa sementara SE dan AV pula tampil lebih sporty dengan tempat duduk jenis semi-bucket untuk pemandu dan penumpang hadapan. Sebagai varian tertinggi, AV, ia menggunakan upholsteri separa kulit dalam gabungan dua warna. 


CIRI KESELAMATAN


Dari segi keselamatan, seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Axia 2023 adalah antara model paling selamat dalam segmennya kerana telah menerima penarafan 4-bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 73.55 mata. 


Antara ciri keselamatan yang terdapat pada Axia 2023 adalah seperti berikut:

  • Sistem bantuan pemanduan Perodua Smart Drive Assist (PSDA)

  • 6 beg udara (berbanding 2 pada generasi terdahulu)

  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)

  • Amaran Keluar Lorong

  • Amaran Kekal Lorong

  • Pengesan Titik Buta (BSD)

  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)


Ciri keselamatan standard:

  • ABS dengan EBD dan BA

  • Kawalan kestabilan kenderaan (VSC)

  • Kawalan Cengkaman (TCS)

  • Bantuan Mula-Daki (HSA)


WARNA PERODUA AXIA 2023

Model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu: 

  • Granite Grey

  • Lava Red

  • Glittering Silver

  • Ivory White (solid) 

  • Coral Blue (warna baharu)


HARGA PERODUA AXIA 2023


Empat varian ditawarkan, iaitu varian terendah G (RM38,600), X (RM40,000), SE (RM44,000) dan AV (RM49,500) harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans. 


Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad memaklumkan bahawa harga Axia terbaharu adalah lebih tinggi kerana saiz kali ini lebih besar selain turut hadir dengan lebih banyak ciri canggih. 


Apa pendapat anda mengenai Perodua Axia kali ini? Adakah kenaikan harga berbanding keluaran sebelum ini sesuai dengan ciri terbaharu yang dimilikinya? Untuk pengetahuan anda, model facelift terdahulu dijual pada harga bermula dari RM34,990-RM43,190. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC7181

SELANGOR

BSQ8573

JOHOR

JYY8042

PULAU PINANG

PSD1475

PERAK

APJ2670

PAHANG

CFG7947

KEDAH

KGG5327

NEGERI SEMBILAN

NEK6701

KOTA KINABALU

SJS4390

KUCHING

QAB152P

Terakhir Kemas Kini 21 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

18-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

06-02-2026
Berita Auto

13-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

17-12-2025
Kereta Baru

17-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.