ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Agya 2023 Kembar Pada Perodua Axia..Nampak Sama Tapi Banyak Beza

Suhana Veru

Kongsi melalui


Di sebalik pelancaran rasmi Perodua Axia 2023 di ibu negara semalam, sehari sebelumnya, wakil  pengedar kenderaan Toyota di Indonesia, Toyota Astra Motor (TAM) pula mendedahkan Toyota Agya (2023).

Ada juga yang mengatakan Perodua Axia dan Toyota Agya adalah kembar seiras namun terdapat banyak perbezaan di antara kedua-dua kereta comel ini.

Berikut maklumat yang kami terima setakat ini:

Untuk makluman, Toyota Agya 2023 dibina berdasarkan platfrom Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang lebih selamat, stabil, ringan dan jimat bahan api.

Ia dilihat hadir dalam dua varian, iaitu Standard dan GR Sport ketika jentera itu didedahkan secara penstriman video siaran langsung YouTube.

Seperti mana generasi sebelum ini, kedua-dua model ini sebenarnya mudah dibezakan secara visual.

Walaupun profil di bahagian sisinya adalah sama, Agya dilihat agak berbeza kerana susur atur lampu LED di bahagian hadapan.

Jika diamati dengan lebih dekat,  lampu Agya nampaknya lebih nipis berbanding Axia.

Malah, jalur LED lampu berada pada kedudukan yang bertentangan dimana Agya di atas, manakala Axia pula di bawah.

Sementara itu, gril Agya dilihat “ternganga  besar”, sama seperti Toyota Yaris. 

Bagi varian GR Sport, ia menerima rim aloi lebih besar iaitu 15 inci. Malah, varian ini menerima aerokit yang lebih sporty berbanding dengan varian AV Axia.


Menjengah bahagian kabinnya, Agya dilihat menggunakan papan pemuka yang sama dengan Axia tetapi dibezakan dengan beberapa perincian kecil termasuk panel kawalan pendingin hawa. 


Ini kerana rekaan  panel pada Agya dilihat berbeza dan tidak mempunyai dua slot memori seperti Axia.

Bagaimanpun, varian GR Sport dilihat sudah dinaik taraf kerana ia dilengkapi dengan panel instrumen digital yang agak canggih seperti mana yang ada pada varian AV Axia.

Sebaliknya, skrin infotainmen yang berdiri sendiri di tengah-tengah  papan pemuka juga memaparkan Agya  diberikan sokongan Apple CarPlay.

Dikhabarkan, varian GR Sport ini agak luar biasa kerana  menerima sistem stereng dan suspensinya telah ditala semula bagi memberikan pengalaman pemanduan kereta sport.


Di sebalik semua ini, perbezaan yang begitu ketara antara Axia dan Agya ialah sudah pastinya daya prestasinya!

Ini kerana Toyota Agya (2023) dibekalkan dengan enjin 3-silinder 1.2 liter aspirasi semula WA-VE (88 PS / 112 Nm) sekali gus mempunyai kapasiti enjin yang lebih tinggi berbanding Perodua Axia. 

Menyentuh mengenai transmisinya, Agya mungkin menerima kotak gear D-CVT dan masih ditawarkan dengan pilihan kotak gear manual lima-kelajuan.


Buat masa ini, butiran lanjut mengenai Toyota Agya masih belum didedahkan sepenuhnya, namun ia akan dijual di pasaran Indonesia selewat-lewatnya pada tahun ini.

Apa pula pandangan anda mengenai Toyota Agya 2023?

Kongsikan komen anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-04-2023
Berita Auto

13-03-2023
Global

13-03-2023
Berita Auto

14-02-2023
Berita Auto

14-02-2023
Berita Auto

02-05-2023
Berita Auto

13-03-2023
Pandu Uji

11-03-2023

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.